Part 28

1.8K 11 0
                                    

Author POV

Sewaktu sedang tidur, telinga Camellia terdengar sesuatu di hujung kamar. Sepertinya suaminya telah pulang. Camellia cepat-cepat bangun dan duduk ditepi katil. Matanya ligat melihat Juan megeluarkan semua baju-bajunya dan dipindah masuk kedalam cooper yang bersaiz besar.

"Bie nak kemana bawa baju banyak-banyak macam tu?" Soal Camellia. Pertanyaannya langsung tidak diendahkan oleh Juan.
Camellia turun dari katil menghampiri Juan.

"Bie..,Mell tanya ni...bie nak pergi mana dengan baju banyak-banyak macam ni?" Suara yang tadinya perlahan kini semakin kuat.
Pertanyaannya masih tidak dijawab. Malah, Juan memandangnya dengan tatapan mata yang tajam.
Camellia menelan salivanya tersekat-sekat. Dia takut dengan pandangan Juan seperti itu padanya.

Setelah selesai, Juan menarik coopernya seraya mahu melangkah keluar dari kamar.

"Bie..bie.. tolong bie.. please jangan tinggalkan Mell. Mell tahu Mell salah. Please jangan buat Mell macam ni" Camellia menarik lengan Juan seraya melutut dan merayu. Dia menangis semahunya. Jika begini caranya untuk melembutkan hati suaminya, dia rela.
Tangan Camellia ditepis kasar oleh Juan sehingga tubuhnya jatuh tersungkur. Seraya mengaturkan langkah keluar dari kamar.

Camellia? Dia menangis teresak-esak. Kini suaminya telah pergi tinggalkannya.

"Biee.....maafkan Mell.. jangan tinggalkan Mell"

"Hahhhh!!!...hah...hah...hah!!" Camellia terjaga dari tidurnya. Dia meraup mukanya dengan kedua tangannya yang halus.
Ternyata hanya mimpi. Nafas Camellia turun dan naik dengan laju.
Pandangannya dibuang ke sisinya, ternyata masih kosong.
Camellia melihat jam di atas meja, sudah pukul 6.30pagi. Ternyata semalaman suaminya tidak pulang. Kemanakah Juan pergi?
Camellia mencapai handfone, layar handfonenya menyala. Jari runcingnya lincah memeriksa jikalau ada mesej atau panggilan dari suaminya, ternyata tiada balasan dari Juan. Camellia berasa hampa.

***

Pagi-pagi lagi Camellia dah bertengkar dengan bodyguard di hadapan mansion. Camellia hanya meminta kunci keretanya.

"Alvin, kamu tahu dimana kunci keretaku?"

"Tak tahu Puan Mell" jawab Alvin dengan suara yang sedikit mendatar.

"Bohong! Semalam suamiku serahkan kunci keretaku padamu. Aku lihat sendiri"
Tekan Camellia lagi. Dia sudah hilang sabar.

"Iya..memang saya yang ambil. Lepas pulang dari menghantar barang-barang ke rumah, saya serahkan semula kunci tu pada Tuan Muda" jelas Alvin jujur.

"Damn!" Bentak Camellia. Dia berjalan masuk semula ke dalam mansion. Dia melangkah masuk ke ruang pejabat suaminya. Dia membuka laci meja kerja. Dia tahu Juan menyimpan kunci-kunci keretanya disitu.

'Kalau kunci keretaku tak ada, kunci kereta lain masih ada'
Getus Camellia dalam hati.

Camellia mencapai kunci kereta Audi Sport milik Juan seraya keluar dari bilik dan menapak laju ke arah porch melalui pintu belakang.
Dia menghidupkan enjin kereta, dan kereta berdesir laju meninggalkan mansion.

Alvin yang perasan, segera menghampiri sebuah kereta Range Rover hitam lalu mengejar kereta yang dinaiki Camellia.

Alvin menghubungi Juan, setelah lama menunggu, panggilan diangkat.

"Maaf Tuan Muda, Puan Camellia kabur"

"........"

"Maaf Tuan Muda, salah saya"

"......."

"Baik Tuan Muda"

Tut
Tut
Tut.
Panggilan dimatikan dari arah sana.
Alvin kembali mengencar kereta Audi Sport, ternyata sudah hilang dari pandangannya.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now