Part 31

1.8K 13 0
                                    

Author POV

Mansion Rensende

Juan dan Camellia disambut mesra oleh pelayan di pintu utama.
Sewaktu masuk ke perkarangan mansion tadi, Camellia terpegun melihat suasana kediaman luar yang lanskapnya sangat cantik. Terdapat pancutan air berukiran patung mermaid sedang menuang air dari gayung di tengah-tengah kawasan luar kediaman. Lampu bersinar terang menghala ke arah mansion menampakkan lagi suasana mansion yang tersergam indah.

"Selamat datang sayang..." sambut Julia ramah sambil memeluk dan mencium pipi Camellia kiri dan kanan. Dia melihat penampilan Camellia, sangat anggun dimatanya. Dress tanpa lengan separas lutut berwarna merah terang sedondon dengan stiletto berwarna senada. Manakala Juan mengenakan kemeja merah senada dengan Camellia dan set jas berwarna hitam. Tampak kacak dan bergaya.

"I miss u mom" ucap Camellia ramah. Kali terakhir dia berjumpa dengan mama mertuanya adalah semasa mamanya datang melawatnya yang sedang sakit akibat ulah anak lelaki tunggalnya.

"I miss u too" sahut Julia sambil tersenyum lebar.

"Papa..."tegur Camellia. Hendry mencium kedua-dua belah pipi Camellia.

Juan melakukan perkara yang sama. Mencium kedua orang tuanya.

"Ayuh kita ke ruang makan. Kamu lewat sekali sayangku" ucap Julia seraya melangkah beriringan dengan menantu kesayangannya Camellia. Camellia yang mendengar kata-kata Julia segera memandang sekilas ke arah Juan. Sebab ulah dari Juan, mereka jadi lambat.
Juan? Juan tidak lepas pelukannya dari pinggang ramping isterinya. Dia yang mendapat jelingan dari sang isteri hanya tersenyum sumbing.

Julia yang melihat terasa bahagia.
Dia tahu bagaimana sayangnya Juan pada Camellia.
Dia juga masih ingat lagi sewaktu Juan menyuruhnya cepat-cepat kahwinkan dia dengan Camellia tanpa tunangan.

Ternyata anaknya sudah tidak sabar mahu menikah. Dia takut Camellia jatuh ke tangan lelaki lain. Dan akhirnya mereka akur.

*****

Di ruang makan mansion Rensende

"Bagaimana dengan kerjamu, Juan" Hendry memandang Juan sekilas sambil meneruskan santapannya. Satu potongan daging dihiris lalu disuapnya ke dalam mulut.

"Ok pa.. dah hampir dua bulan Juan jalankan usahasama dengan Levill Alp Corporation. Semuanya berjalan lancar" balas Juan sambil meneguk wain yang berada dalam gelas berkaki tinggi dihadapannya.
Hendry hanya sekadar menganggukkan kepala. Dia tahu anak lelaki tunggalnya mampu menguruskan syarikat dengan baik.

Camellia yang mendengar nama syarikat yang disebut Juan seraya menoleh memandang ke arah Juan. Keningnya berkerut.

"Levill Alp Corporation? Bukankah pemiliknya sekarang Mike Levill?" Tanya Camellia. Juan mengangguk mengiakan kata-kata isterinya.

"Kamu kenal dengan Mike Levill?" Soal Hendry pada Camellia. Wajah menantunya ditatap menanti jawapan.

"Iya pa.. Mike itu tunangan teman rapat Mell, Lux. Kami pernah keluar bersama beberapa kali sebelum mengenali Juan" jawab Camellia jujur. Dia tersenyum diakhir pertuturannya.

"Oh, iya.. bie lupa nak beritahu sayang pasal hal ni. Masa meeting untuk usahasama dulu, Lux juga ada datang. Dia senang kita mahu bekerjasama dengan mereka" sambut Juan pantas. Dia sendiri terlupa mahu menceritakan hal ini pada Camellia dulu.

"Bagaimana dengan kerja mu,Mell?" Soal Julia pula pada Camellia.

"Ok ma.. semuanya berjalan dengan baik. Mell juga dapat banyak sponser dari jenama-jenama terkenal. Banyak syarikat yang ingin bekerjasama dengan syarikat Mell. Tapi Mell tak mampu nak grab terlalu banyak. Tambahan pula sekarang ni Mell dah ada tanggungjawab lain sejak berkahwin. Banyak tugas-tugas Mell, Mell serahkan pada pembantu Mell." Juan yang mendengar penjelasan dari Camellia tersenyum bangga.

Julia mengangguk. Dia akui Camellia bijak dalam membahagikan masa. Dia juga sudah tahu,Camellia memang mahir dalam menguruskan rumahtangga kerana menurut mama Camellia, Catriona, Mell sudah lama tinggal sendiri. Tidak ada seorang pembantu pun dirumah anaknya. Semuanya dia lakukan sendiri.
Dia sedikit berbangga dengan pilihan anaknya,Juan.

"Sekarang, Mell tengah busy untuk Wedding Fashion Event yang bakal diadakan hujung minggu nanti. Mama papa jemputlah datang." Undang Camellia kepada kedua mertuanya. Matanya memandang kearah kedua mereka.

"Interesting... papapun dah lama tak pergi ke acara seperti itu, kan honey?" Ujar Hendry seraya menoleh memandang isterinya, Julia.

"Iya.. nanti papa dengan mama datang. Terima kasih menjemput" ucap Julia sambil tersenyum.
Tiada lagi perbicaraan antara mereka.
Mereka hanya meneruskan acara makan diselangi perbualan kosong.

******

Ruangan santai mansion Rensende

Usai makan, mereka duduk bersantai di sofa empuk yang terdapat pada hall mansion.

Juan mengambil tempat disebelah Camellia, tangannya tak lepas dari memeluk isteri kesayangannya itu. Manakala Hendry duduk disebelah Julia.

Sebelum duduk tadi, Camellia sempay melihat suasana dan cara tatarias didalam rumah ini. Menampilkan elemen mewah yang sangat eligen. Ternyata keluarga ini mempunyai barangan perabot-perabot import yang mewah. Camellia teruja dengan susun atur dan pilihan warna dan jenis perabot yang didekorasikan. Terlalu santai dan tenang pada pandangan matanya.
Tergantung mewah Chandelier berukuran besar di langit-langit hall yang tinggi separas 3 tingkat.

'Cantik' bisik hati Camellia.

Sudah pastinya perabot yang digunakannya mewah dan mahal sesuailah dengan pemilik mansion ini sendiri adalah pengurus besar sebuah syarikat perabot import yang mewah.

"Hurmm... " Hendry berdehem. Mata Juan dan Camellia tertumpu sepenuhnya pada Hendry.

"Papa dan mama panggil Juan dan Mell datang sini sebenarnya..kami ada hal nak bincang dengan kamu berdua."
Juan dan Camellia saling bertukar pandang dan menoleh semula memandang ke arah Hendry. Mereka hanya diam menanti kata-kata seterusnya dari Hendry. Camellia memandang ke wajah Julia sekilas, wajah wanita itu hanya mendatar tanpa sebarang riaksi.

"Sepanjang pernikahan kamu berdua, papa dan mama rasa..kami belum beri apa-apa hadiah lagi kepada kamu berdua. Jadi papa dan mama rasa, inilah masa yang sesuai untuk kami beri hadiah istimewa ini kepada Juan dan Mell."

"Hadiah? Hadiah apa pa,ma?" Wajah Hendry langsung tiada riaksi, tapi tidak pada Julia, dia hanya tersenyum mendengar pertanyaan Juan.

"Tony.." panggil Hendry dengan suara yang agak tinggi.
Beberapa saat kemudian, datang seorang lelaki membawa satu sambul ditangannya lalu diserahkan pada Hendry.
Hendry lantas mencapainya.

"Ini hadiah dari papa dan mama" ujar Hendry seraya menyerahkan sampul coklat itu ke tangan Juan.
Tanpa menunggu lama, Juan membuka sampul yang ada ditangannya.

"Tiket penerbangan ke Paris sekali dengan tempat penginapan selama 2 minggu? Lamanya pa.." Hendry terkekeh mendengar rungutan Juan.

"Papa nak kamu berdua spend time bersama dalam jangka masa yang panjang. Papa dan mama dah tak sabar nak timang cucu" ucapan Hendry membuatkan Mell melopong. Wajahnya dah merona. Dia tersenyum malu seraya menundukkan kepalanya.

Juan yang melihat riaksi isterinya, ketawa geli hati sambil memeluk bahu Camellia dengan sebelah tangannya lalu ditarik tubuh Camellia rapat ke tubuhnya.

"Terima kasih papa..mama.." ucap Camellia lembut.

"Welcome honey.." sambut Julia sambil tersenyum lebar.

Hampir 3 jam mereka di situ, akhirnya mereka memohon diri untuk pulang ke mansion milik Juan.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now