Part 38

1.3K 8 0
                                    

Author POV

Copacabana,
Rio de Janeiro, Brazil..

Klikk
Klikk

"Sudah dulu, honey.. aku sudah lapar. Jom kita pergi makan dulu. Nanti kita sambung"

"Sabar sayang.. kau tunggu aku di dalam kereta. Sekejap lagi aku datang"

"Ok, honey"

Inilah Celia dan Rudy. Hubungan mereka tidak pernah nak serius. Bagi Celia, dia tidak mahu berkahwin. Baginya, berkawan lagi bagus. Dia tidak mahu serabutkan fikirannya dengan masalah rumahtangga jika sudah berkahwin kelak.

Tetapi berbeza dengan Rudy. Sudah acap kali lelaki itu mengajaknya berkahwin, malah dia hanya mendapat jawapan yang menghampakan.

Dia terlalu sayang dan cintakan Celia, tetapi gadis itu tetap mahu menganggapnya sebagai sahabat atau best friend.
Sedangkan, mereka selalu sahaja sering melakukan hubungan ranjang bersama.

"Ok..aku dah siap. Jom kita pergi cari makan" ujar Celia seraya masuk ke dalam kereta,duduk di kerusi sebelah pemandu.

Tanpa menjawab, Rudy menekan pedal keretanya dan pergi dari situ.

Rio de Janeiro merupakan bandar kedua terbesar di Brazil, di pantai Atlantik Selatan. Rio sangat terkenal dengan landskapnya, pantai-pantainya, dan juga karnivalnya yang diadakan pada setiap tahun.

*****

Nomangue Caiçara menjadi restoran pilihan untuk mereka mengisi perut hari ini.

"Eu gostaria de pedir Lombo de Peixe cozido na Mocueca uma refeição e
File de salmào grelhado com Molho de Camarão também um prato."

"uma bebida capuccino e chocolate"

Setelah makanan sampai, mereka berdua menjamahnya sampai habis.

Langsung tiada perbualan antara mereka. Sesekali mata mereka melirik pada skrin handfone masing-masing. Sesekali melempar pandang ke sekitar restoran.

***

Usai makan, mereka perlu balik ke pejabat.
Sekarang, Celia sudah mempunyai kerja yang tetap sebagai photographer di sebuah syarikat majalah yang dikendalikan oleh Rudy.

Rudy Blazera Altenza, itulah nama penuh kekasih Celia. Seorang lelaki tampan berbadan sasa dan tegap.

Dari paras rupa yang Rudy miliki, dia sering mendapat perhatian dari wanita, tetapi semua itu hanya dipandang sebelah matanya sahaja.

Dia lebih sukakan Celia yang berpewatakan lincah.

Di awal pertemuannya dengan Celia, saat itu dia sedang baru sahaja siap menguruskan urusan photoshoot model-modelnya dengan sebuah majalah terkenal, VOUGE. Sebagai pengurus syarikat, dia juga harus turun padang seraya memberi pandangan yang membina kepada pekerja-pekerjanya. Saat itu, mereka berada di Ibiza.

Usai kerja, hanya tinggal dia dan Ray di pantai. Sedang asyik berborak dan bertukar fikiran, mata Rudy tertancap pada susuk tubuh seorang wanita yang sedang ketawa seorang diri saat air pantai menghempas pesisir, wanita itu lari. Seolah-olah sedang bermain dengan air pantai yang datang dan pergi dihempas ombak.
Di lehernya tergantung lensa kamera.
Pakaian yang dikenakan pula hanyalah skinny sport bra dan short hot pants skirt.

Rudy memandang sekeliling, cuba mencari kelibat seseorang yang datang bersama wanita itu, tiada. Ternyata wanita itu hanya berseorangan.
Siapakah dia? Hati lelakinya mula terusik. Dengan senyumannya, gayanya, tingkahlakunya yang menggemaskan hati lelakinya, kecantikkannya. Gadis ini kelihatan lincah.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now