Part 23

2.6K 17 0
                                    

Author POV

Cahaya matahari menerobos masuk dari celah jendela yang berada tidak jauh dari katil. Camellia mengeliat membetulkan otot badan yang terasa pegal akibat aktiviti panas mereka semalam.

Matanya terbuka perlahan. Dia mengerjipkan matanya berkali-kali lalu menoleh ke sisi kanannya. Terlihat susuk tubuh si suami masih nyenyak tidur menghadap kearahnya sambil tangan kekar lelaki itu berada di atas dadanya yang berisi.

Camellia mengiring perlahan mengadap Juan yang masih tidur. Matanya terpejam rapat. Camellia meneliti setiap inci diwajah suaminya.
Ternyata suaminya memiliki wajah yang sangat tampan, keningnya hitam pekat dan lebat, matanya bundar masih terpejam menampakkan bulu matanya yang hitam dan lebat. Memiliki hidung yang tak kalah tingginya dan mempunyai bibir yang merah merekah. Wajah Juan dipenuhi kumis yang hitam pekat dari atas bibir sampai kedagu, memenuhi dari pipi hingga ke rahangnya. Kumis itu seolah-olah dijaga rapi dan tampak kemas. Kulitnya yang putih bersih lebih menyerlahkan ketampanannya.

Ini kali pertama dia meneliti wajah Juan sedekat itu.
Camellia mengangkat tangannya, lalu jemari halusnya menyentuh kumis sang suami dari pipi hingga ke rahang dengan lembut dan perlahan.
Si pemilik yang tadinya tidur kini sudah tersedar. Dia rasa ada sesuatu yang menyentuh wajahnya lembut. Dia tahu itu ulah dari isterinya. Dia tersenyum bahagia.

"Terpesona dengan ketampananku bukan" ucap Juan,matanya masih terpejam rapat.
Camellia yang terkejut dengan teguran suaminya, segera mengalihkan tangannya menjauh dari wajah Juan.
Mata Juan terbuka perlahan lalu menatap manik mata berwarna coklat gelap yang berada dihadapannya yang masih menatap lekat kearahnya. Dia tersenyum seraya mengeryit sebelah matanya pada si isteri.

Wajah Camellia bersemu merah. Dengan cepat dia menarik selimut lalu menutup wajahnya dari terus dipandang oleh Juan.
Dia malu bila tertangkap oleh Juan ketika dia melakukan begitu tadi.

Juan yang melihat terkekeh ketawa. Geli hati dengan gelagat isterinya.

Segera dia meraih Camellia rapat kedalam pelukannya. Dia mencium puncak kepala Camellia.
Wajah Camellia masih tertutup dengan selimut. Juan menyerigai nakal. Dia turut masuk ke dalam selimut supaya dia dapat melihat wajah isteri yang sangat dicintainya.

Tindakkan pantas Juan tidak mampu dielak oleh Camellia. Juan pantas memagut bibir Camellia.

"Bibirmu manis sayang..." luah Juan sambil tersenyum. Wajah Camellia masih merona. Dia malu bila ditatap begitu oleh sang suami. Tanpa menunggu lama, Camellia lantas duduk sambil menekan selimut supaya menutup bahagian dadanya yang kenyal. Juan hanya memerhati gerak geri isterinya. Dengan kedudukan Camellia yang membelakanginya, dia dapat melihat susuk tubuh Camellia dari belakang yang terdedah, sangat menggoda naluri lelakinya.

Camellia menurunkan kakinya dari katil, memijak lantai mozek yang dingin. Dia bangun berdiri sambil menarik selimut supaya membalut tubuhnya yang telanjang. Kakinya mula mahu mengatur langkah;

"Arghh!!" Erang Camellia sambil memegang selangkangnya yang sakit. Dia jatuh terduduk di atas lantai.
Juan yang melihat segera melompat turun dari katil mendapatkan Camellia. Dia jadi cemas.

"Apa masih sakit?" Tanya Juan yang kelihatan bodoh. Dia lihat setitis airmata jatuh kepipi Camellia. Dia tahu isterinya sedang menahan kesakitan.
Segera dia menyeka airmata diwajah isterinya.

"Maafkanku sayang.." mohon Juan seraya mengendong Camellia ala bridal style. Dia membawa Camellia masuk ke bilik mandi lalu didudukkan Camellia di atas westafel.

Juan membuka air di dalam tub mandi supaya kekal di mood suam. Kemudian dia memasukkan mandian beraroma lavender ke dalam tub mandi. Setelah penuh, dia menghampiri sang isteri yang masih duduk di atas westafel tanpa beralih kedudukan.
Tubuh Camellia masih berbalut selimut.
Juan menurunkan Camellia supaya berdiri. Dia melepaskan selimut yang melekat di tubuh isterinya perlahan.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now