Author POV
Hampir 16 jam dalam perjalanan dari New York ke Dubai sangat meletihkan raga Juan. Dia menginap di sebuah hotel mewah milik sahabatnya Arga Ali Khan seorang bisnesman hebat dan tak kalah kaya di Dubai.
Masanya hari ni dia ambil untuk berjalan-jalan seketika di bandar Dubai sebelum esoknya dia harus ke pejabat sahabatnya untuk menguruskan pemilikannya sebagai owner Hotel tersebut. Yah! Lebih tepat lagi, hotel yang diinapnya sekarang.
Ruangan khas paling atas tingkat 30 yang diinapnya adalah sebuah penthouse 3 tingkat. Sungguh mewah dan exclusive serta pemandangan luar yang sangat indah di pandangan mata. Bandar Dubai memang cantik.
Juan mengukir senyum. Tubuhnya masih memakai bathroop.Usai mandi tadi, dia mendengar ketukan di pintu hadapan. Oleh sebab dia tak sempat memakai baju, dia mencapai bathroop hitam yang ada dlm close set yang tersedia di dalam ruangan kamar mewah itu lantas menyarung dan bergegas turun ke pintu utama penthouse. Pintu terkuak, berdiri seorang lelaki berpakaian seragam hotel, kemas dan rapi sambil menatang dulang di tangannya.
"Morning Sir. Saya bawakan Sir sarapan pagi " ujar lelaki itu sambil membongkok tanda hormat.
"Masuk" jawab Juan seraya membuka pintu mengizinkan lelaki tadi masuk lalu dia meletakkan dulang itu di atas meja di living room. Lalu meminta izin keluar dari ruangan penthouse.
Juan mengangkat dulang masuk ke kamarnya. Dia menikmati sarapan pagi hanya di kamar. Usai sarapan, dia mencapai secawan oren jus lantas berdiri sambil memandang ke luar jendela.
Sejenak dia terkenang peristiwa semalam.
Segera dia mencapai telefon bimbitnya.
'Oh..macam mana aku boleh lupa pasal hal ini.'Dia melihat panggilan dan mesej dari Alvin.
17 miss call dan 10 pesanan ringkas. Cepat-cepat dia membuka mesej dari orang kepercayaannya itu;"Tuan Muda"
"Saya dah uruskan kereta gadis tu dan sekarang berada di bengkel"
"dan saya juga dah siasat latar belakangnya. Namanya Camellia Adreana Alihandro anak kepada Alaxander Alihandro seorang pengusaha kaya di New York"
"bapanya memiliki beberapa hotel dan apartment mewah di New York atas nama Alihandro Corp Hotel dan Apartment. Anaknya adalah salah seorang penginap di situ. Dia tidak tinggal dengan orang tuanya kerana mahu hidup berdikari"
"Dia anak perempuan tunggal dari Alaxander Alihandro dan Catriona Rose. Dia bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat peragaan di New York"
"Masih single"
"Dia mempunyai teman rapat bernama Celia dan Lux"
"Dan yang paling menariknya Tuan Muda, bapanya Alaxander Alihandro adalah sahabat rapat Tuan Besar"
"Disini saya sertakan photonya Tuan Muda"
Juan menatap foto gadis idamannya lama. Dia tak nafikan, sesiapa sahaja yang memandang tentu cair melihat wajah gadis idamannya. Tidak! Hanya dia sahaja yang boleh menatap lama gadis itu. Lelaki lain dia tidak dibenarkan sama sekali. Dia yakin akan menakluki gadis cantik ini dalam waktu yang terdekat setelah pulangnya dia ke New York.
Juan tersenyum lebar membuatnya kelihatan sungguh tampan.
Tidak sukar lagi baginya untuk mendekatkan dirinya dengan gadis idamannya itu. Permintaannya nanti sudah pasti diterima oleh orang tuanya Hendry dan Julia."Amboi, dari tadi aku tengok kau tersengih-sengih. Siapa gadis cantik dalam tu?" Soal Arga menyentakkan lamunan Juan. Matanya tertuju pada skrin handfon Juan. Juan tersentak seketika dengan teguran sahabat baiknya itu seraya mengukir senyuman lebar atas pertanyaan Arga.
"She mine" sahut Juan tersenyum lebar.
"Wow! Cantik. Sejak bila kau ada kekasih? Bukan kau anti perempuan ke?" Soal Arga lagi. Alisnya terangkat satu sambil memeluk tubuh memandang Juan meminta jawapan. Juan menjungkit bahu.
"Mm..semalam. Dan tidak lama lagi dia akan jadi milikku" luah Juan megah sambil mengukir senyumannya menampakkan barisan gigi yang tersusun indah dan bersih. Sangat tampan. Dengan kumisnya di tata rapi disisi rahang dan juga dagunya..ohh.. sangat cair bagi sesiapa yang memandangnya.
"What! Semalam? Seriously!?" Soal Arga tidak percaya sambil memandang ke wajah sahabatnya Juan.
"Yah.. and i think, i love at first sight" ujar Juan sambil tersenyum manis. Hatinya berbunga bunga tatkala menyebut perkataan itu.
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...