Juan POV"Mama ni, sejak ada menantu, mama sudah tak sayang Juan lagi" protesku sambil pandanganku beralih memandang Camellia. Dia menahan tawanya sambil menutup mulut dengan tangan kanannya. Lagi dan lagi..aku hanya ditertawanya terus menerus.
"Mama sayang anak mama. Tapi sekarang,mama lebih sayangkan menantu mama" kulihat ke arah mama. Mama memeluk Camellia erat dari sisi. Aku mengerti betapa mama terlalu menyayangi Camellia.
Aku tidak cemburu malah aku lebih senang begitu. Aku suka bila mama sayangkan isteriku lebih dariku. Aku senang bila mama menyambut baik pilihanku untuk menjadikan Camellia isteriku.
Aku hanya tersenyum melihat kelakuan mama pada Camellia."Kamu belum makan, Mell?" Soal mama. Matanya memandang tepat kearah sepinggan nasi yang berada di atas dulang.
Camellia yang mendapat pertanyaan itu hanya menggeleng lemah."Kamu harus makan sayang.. supaya kamu bertenaga. Setelah itu, makan ubat,baru cepat sembuh" nasihat mama sambil tangannya mencapai sepinggan nasi lalu menyuap ke mulut Camellia. Isteriku hanya menurut.
Ternyata mamaku berjaya memujuk isteriku supaya makan. Sudah separuh makanan dalam pinggan dijamahnya. Aku berasa sedikit lega.
"Ma.." mataku kembali menatap ke wajah isteriku.
"Ada apa sayang.." mama meletakkan pinggan di atas ribanya. Lalu mengambil segelas jus oren lalu diletakkan dibibir Camellia. Kulihat Camellia minumnya sedikit lalu menggelengkan kepalanya tanda sudah tidak mahu.
Aku memberikan ubat pada Camellia supaya dia makan saat itu juga. Kuserahkan segelas air putih. Dia menelan ubat bersama air putih dalam jangka masa beberapa saat sahaja.
Dia terdiam seketika dan kembali bersuara."Benarkah Juan tidak ada perempuan simpanan?" Soal Camellia tiba-tiba. Aku yang terkejut dengan pertanyaannya terbelalak memandang kewajahnya yang tersenyum sinis memandang kearahku. Keningnya diangkat sebelah tanda menang.
"Apa!? Perempuan simpanan?" Ternyata mamaku terkejut dengan pertanyaan Camellia mengenai perempuan simpanan. Mama memandang tajam kearahku.
Aku hanya menjungkit kedua bahuku tanda tidak mengerti.
"Benar sayang. Juan tidak pernah bawa masuk perempuan ke dalam rumah ini. Teman wanita pun dia tak pernah ada. Yang mama tahu, dia suruh mama pinangkan Mell untuknya" aku melihat dari sorot mataku, Camellia menatapku tajam. Aku yang mendapat respond sebegitu hanya menggarukan tengkukku yang tidak gatal. Aku tersegih kearahnya.
"Bagaimana mama tahu dia tidak pernah bawa pulang perempuan ke rumah ini? Bukankah Juan tinggal di sini berseorangan?" Camellia menoleh ke wajah mama, tapi tidak lama. Dia menoleh kearahku semula untuk melihat bagaimana riaksiku ketika itu.
"Kamu lupa sayang, di rumah ini ada ramai bodyguard yang menjaga diluar. Mama suruh mereka jadi mata-mata mama selama ini." Ujar mama lembut. Aku? Hehehh..aku mengangkat kedua keningku naik dan turun pada Camellia tanda menang.
Camellia tersenyum sumbing."Bagaimana pula dengan baju-baju dalam closet tu?" Camellia masih tidak berpuas hati mengenai topik baju wanita yang terlihat begitu banyak tersusun di dalam closet.
Jari ibunya ditunding ke arah closet yang dia maksudkan. Mama melihat kearah tempat yang ditunjukkan Camellia."Baju-baju dalam closet itu, mama dan mamamu yang bantu Juan membelinya. Kami pergi bersama mencari keperluanmu.." penjelasan mama membuatku senang. Aku melipat tangan kedada, kening ku angkat lagi naik dan turun tanda kemenangan berpihak padaku.
"Apa Juan tidak beritahu Mell mengenai hal ini?"
"Ada ma.. tapi..." ku lihat Camellia cuba berfikir untuk berkata-kata.
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...