Author POVMustang Sheldy silver tiba di hadapan kediaman mewah Mr.Roland Clair rakan bisnesnya. Dia melangkah keluar lari keretanya lalu menyerahkan kunci keretanya pada penjaga yang sudah berada dihadapannya. Kakinya melangkah masuk ke dalam kediaman mewah menuju ke kawasan kolam renang. Disitulah party berlangsung.
Juan memandang sekeliling, dia dapat melihat sudah ramai tetamu yang hadir memenuhi ruang yg ternyata sangat luas itu.
Kediaman yang ditata rapi sempena majlis anniversary Mr.Roland dan Mrs.Liana Clair. Suasana yang sangat cantik dihiasi bunga rose mekar berwarna putih dan merah juga dipenuhi dengan hiasan lampu-lampu kecil yang bergantungan menjadikan suasana disitu bertambah ekslusif dan eligan. Terasa begitu romantis.Banyak mata gadis memandang kearahnya. Malam itu dia kelihatan sangat tampan apabila mengenakan kemeja berwarna putih dipadankan dengan tuxsedo berwarna hitam sepadan dengan seluar panjang hitamnya dan bold tie hitam yang terletak kemas di leher kemejanya.
Sesiapa yang melihatnya akan terpesona.
Juan hanya membiarkan mereka memandangnya tanpa memberi respond apa pun. Dia tidak berminat! Kebanyakan gadis hanya menginginkan hartanya kekayaannya sahaja.Seorang pelayan lelaki datang menghampirinya sambil menatang dulang. Di atasnya terdapat beberapa gelas berkaki panjang berisi red wine. Dia mengambil satu lalu meneguknya.
"Hey Mr.Juancruz Rensende ..youre coming" sapa seseorang sambil menepuk bahu Juan dari belakang.
Juan menoleh kebelakang apabila mendapat sapaan dari seseorang."Hey Mr.Roland. Happy Anniversary" sapa Juan seraya bersalam dan berpelukan dengan lelaki yang bernama Mr.Roland, pemilik kediaman mewah ini.
"Thank you" ujar lelaki itu sambil terkekeh.
Di sebelahnya berdiri seorang wanita anggun berbusana mini dress tanpa lengan berwarna merah dan berstiletto warna senada. Solekan tipis dipadankan dengan lipstik yang berwarna merah darah. Sangat cantik. Itulah Mrs.Liana isteri kepada Mr.Roland.
"Happy Anniversary Mrs.Liana Clair" ucap Juan sambil mencium pipi wanita itu.
Senyuman terukir di wajah mereka."Thank you Juancruz. Anyway, thanks for coming. Actually, your mom and dad is here too" sahut Mrs.Liana ramah sambil jari telunjuknya yang runcing menunding ke arah meja bersebelahan kolam renang.
Juan menoleh ke arah tempat yang ditunjukkan oleh isteri sahabatnya itu.
Terlihat sosok tubuh dua lelaki dan dua wanita sedang leka berbual sambil ketawa. Satu pasangan itu tidak dikenalinya. Mungkin sahabat papanya Hendry. Pikir Juan"Excuse me" pinta Juan sambil tersenyum seraya melangkah meninggalkan Mr.Roland dan isterinya.
******
Dia menghampiri meja yang dimaksudkan Mrs.Liana.
"Hai ma..pa.."sapa Juan kepada kedua orang tuanya sambil memandang kedua pasangan yang tidak dia kenali seraya memberikan senyuman.
Keempat pasangan yang leka berbual itu menoleh memandang ke arah sapaan di sebelah mereka.
"Juan...you're here..?" Tegur Julia mama kepada Juan. Julia sedikit kerkejut melihat anaknya juga berada di majlis tersebut. Dia bangun berdiri lantas memeluk anak lelaki kesayangannya. Satu ciuman singgah dipipi Juan.
"Of couse ma.. he's my friend" lelaki yang dimaksudkan Juan adalah Mr.Roland.
"Oh ya?" Celah papanya Hendry mengangkat kedua alisnya. Dia merangkul erat tubuh Juan.
"Yup! He's my bisnes partner on the next project" balas Juan sambil membuahkan senyuman.
Hendry menanggukkan kepalanya.
"Oh ya, papa kenalkan kawan papa Alaxander Alihandro dan isterinya Catriona Rose Alihandro" Hendry memperkenalkan sahabat rapatnya kepada Juan.
Kedua mereka ikut berdiri. Juan mengerutkan kedua alisnya cuba mengingati nama itu.
Seraya mengukirkan senyuman. Ah! Tampan sekali."Hello Mr. and Mrs. Alihandro. Nice to meet you" sapa Juan ramah sambil bertukar salam. Satu ciumannya singgah di pipi Mrs.Alihandro.
"No..no.. just call uncle and aunty, lebih mesra. Hendry, aku tak tahu kau ada anak lelaki setampan ini. Selama kita kenal, ini kali pertama aku lihat anak kau.. tampan, macam papanya" puji Alax kepada Hendry dan Juan. Hendry dan Juan yang mendengar hanya terkekeh.
"Duduk..duduk.." pelawa Alax menepuk kerusi kosong di sebelahnya. Juan menurut.
Juan ingin berbicara sesuatu. Tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara. Dia tahu, Alaxander Alihandro dan Catriona Rose adalah orang tua kepada gadis idamannya Camellia Adreana.
Dia masih ingat lagi info yang diberikan Alvin minggu lepas.
Jika dihitung, hampir 2 minggu dia mengenali gadis itu.
Ini adalah peluang keemasan. Dia tak mungkin melepaskannya. Bibirnya mengukirkan senyuman."Er-er... uncle, aunty.." panggil Juan. Kedua pasangan itu menoleh memandang ke arahnya menanti kata-kata Juan yang selanjutnya. Begitu juga dengan kedua orang tua Juan.
Kini, 4 pasang mata sedang menatap kearahnya seolah-olah ingin menjatuhkan hukum keatasnya. Dia menelan salivanya agak kasar."Firstly, saya nak 'minta maaf'.."
Alax mengerutkan kedua alisnya seraya menoleh memandang isterinya disebelah. Keduanya bertukar pandangan antara satu sama lain.
Tanpa berkata apa-apa, dia menoleh memandang ke wajah anak muda disebelahnya smula menanti kata-kata selanjutnya."Sebenarnya, sayalah lelaki yang telah melanggar kereta anak uncle dan aunty tempoh hari" luah Juan sambil menundukkan wajahnya, dia memejamkan matanya erat. Dia tidak berani bersetentang mata dengan kedua pasangan itu.
Hendry kelihatan tenang, tapi tidak dengan isterinya Julia. Mulutnya melopong memandang ke arah Juan tidak percaya.
"What!? Juan kemalangan? When? How? Where?" Pelbagai persoalan di hujam pada Juan. Anaknya tidak pernah bercerita mengenai peristiwa ini pada mereka. Anaknya jarang balik kerumah. Dia lebih selesa tinggal di kediaman mewah miliknya dari tinggal dengan kedua orang tuanya. Jadi, sebab itulah mereka tidak tahu apa-apa cerita mengenai anaknya.
"Honey...." Julia menoleh memandang Hendry yang memanggilnya lembut sambil menggelangkan kepalanya tanda tidak mengizinkan isterinya memotong bicara Juan.
Juan yang memahami menyambung bicaranya..
"Hurmmm.." dia berdehem memikirkan kata-kata seterusnya.
"Jadi, inilah jejaka yang Mell ceritakan tu?" Ujar Alax. Alisnya terangat satu sambil tangan kekarnya memeluk dada. Matanya masih memandang ke arah Juancruz.
Juan menelan salivanya tersekat-sekat.. bermakna, gadisnya itu pernah menceritakan perihalnya kepada kedua orang tuanya.
Juan mula mengukirkan senyuman, ternyata gadis itu mengingatinya. Tapi dalam masa yang sama tersirat rasa bersalah.Alaxander yang melihat, mengerti dengan tindaktanduk Juan seraya ketawa..
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...