Author POV"Kamu! Apa kamu buat dengan tunangku hah!?" bentak lelaki itu bengis seraya mahu menerpa ke arah Juan. Melinda yang melihat seraya bangun menghalang tingkah Jaret.
"Jangan! Dia hanya berbual kosong denganku. Tidak lebih dari itu. Juan, aku mohon...tolong pergi" rayu Melinda sambil menatap sayu ke wajah Juan.
Wajah Juan berubah merah menahan marah. Mahu sahaja dia memukuli lelaki itu sampai mati."Apa kau tunggu lagi! Pergi kau dari sini!" Bentak Jaret angkuh seraya memandang kejam ke wajah Juan.
Juan menggenggam tangannya menahan marah."Please...." ucap Melinda tanpa luahan suara. Hanya pergerakan mulutnya sahaja yang Juan lihat. Juan yang mengerti segera berlalu meninggalkan bakal tunangan yang belum sah tunangan itu.
Dalam perjalanan pulang ke apartmen, Juan menghentak hentak stereng keretanya marah. Dia marah kerana tidak dapat menuntaskan rasa geramnya kepada lelaki itu.
Mengenangkan kata-kata Melinda sebentar tadi, dia seorang pengusaha pasar gelap dan club terkenal di situ, Juan serta merta berubah ngeri. Dia tahu apa yang boleh lelaki itu buat padanya. Mungkin tubuhnya akan dikerat2 dan dicampakkan ke dalam gaung. Juan menelan salivanya.Hari graduasi
"Selamat Graduasi sayang" ucap Julia lembut sambil mengucup kedua belah pipi anak kesayangannya.
"Selamat Graduasi Juan. Papa bangga dengan kamu. Kamu lulus dengan cemerlang" ucap Hendry bangga dengan anak lelaki satu-satunya itu seraya merangkul tubuh Juan erat.
"Uncle.. apa khabar uncle.. aunty" sapa Arga ramah seraya memeluk Hendry dan mencium pipi Julia mesra.
"Uncle dan aunty baik-baik saja. Selamat Graduasi Arga" sambut Hendry sambil tersenyum mesra.
"Juan, jom kita bergambar ramai-ramai" ajak Arga
"Kau nampak Zuar?" Soal Juan. Dari tadi dia mencari sahabatnya itu tetapi tidak jumpa.
"Eh! Iya la.. tadi bukan dia ada disini? Juan, aku tak sedap hati la" luah Arga mengenai kegusarannya. Dia seolah-olah dapat merasai sesuatu yang buruk berlaku pada sahabatnya.
"Kenapa ini?" Soal Hendry papa Juan. Dia hanya mendengar perbualan anaknya dengan Arga mengenai Zuar.
"Uncle, Arga rasa tak sedap hati la. Takut sesuatu terjadi pada Zuar."
"Kenapa kau cakap begitu? Apa maksudmu? Apa kau tahu sesuatu, dan kau sembunyikan dari pengetahuanku?" tanya Juan seraya memegang bahu Arga supaya berterus terang.
Serta merta wajah Arga berubah.
Juan masih menanti penjelasan dari sahabat karibnya itu."Kau ingat gadis di perpustakaan tempoh hari?"
Juan mengangguk deras."Gadis itu.. gadis itu.." Arga merasa serba salah. Mau luah ataupun tidak pada Juan.
"Cakap! Gadis itu apa!?" Bentak Juan geram. Kenapa Arga seperti ini?
Arga menelan kasar salivanya.
"Gadis itu kekasih Zuar" jawab Arga laju.
"Apaa!!!" Jerit Juan terkejut.
"Sebenarnya Jaret dah tahu bahawa Melinda curang padanya. Dan dia kesini untuk bertemu dengan kekasih bakal tunangnya. Tapi dia tidak tahu yang laki-laki itu,Zuar" terang Arga memperjelaskan tentang rahsia yang diselindungkan dari Juan selama ini.
"Jadi, kau dah kenal dengan Melinda? Kau tau siapa Jaret tu!?" Bentak Juan mula menyinga. Mukanya merah padam.
" aku tahu. Zuar pun tahu. Tapi Zuar x mau ambil pusing pasal Jaret. Dia sayang sangat pada Melinda. Dia sanggup mempertahankan hubungannya dengan Melinda dari jatuh ke tangan lelaki tak guna seperti Jaret. Dia sanggup mati demi Melinda."
"Dasar bodoh!" Geram Juan. Hendry yang mendengar hanya mengeluh berat sambil mengusap belakang Juan suruh bersabar.
"Siapa Jaret tu?" Soal Hendry ingin tahu. Dia memandang sekilas ke arah Juan dan Arga bergantian meminta jawapan.
"Dia orang berbahaya pa" sahut Juan mendahului Arga.
"Dia Jaret Revill seorang pengusaha pasaran gelap. Dia melakukan penyeludupan senjata api dan barangan haram"
"Apa!" Juan terpempan mendengar kata-kata Arga.
"Tunggu. Aku lupa bahawa aku boleh mengesan dimana Zuar berada. Dia memasang aplikasi GPS di handfonnya." Ujar Arga seraya mencapai handfonnya di dalam saku seluar. Tangannya lincah mencari keberadaan sahabatnya itu.
"Sini! Bermakna...." kata-kata Arga terputus
"Belakang universiti" ujar Arga dan Juan serentak seraya berlari ke arah paparan GPS di handfonnya.
Hendry yang melihat terus menghubungi seseorang. Selesai menghubungi, dia membuntuti ke mana arah Juan dan Arga pergi.
YOU ARE READING
LOVE at First Sight
Romance⚠ DON'T COPY MY STORY⚠ Cerita ini mengandungi unsur 18++ Pertemuan pertama tanpa sengaja antara Camellia Alihandro dengan Juancruz Rensende akibat kecelakaan di jalan raya mula menimbulkan perasaan aneh dalam hati salah seorang dari kedua pasangan i...