Part 6

2K 17 0
                                    

Juan POV

Lagi seminggu aku akan graduasi. Ini bermakna tidak lama lagi aku akan membantu pekerjaan bapaku di pejabat. Hanya aku satu-satunya anak yang orang tuaku punya. Tidak ada yang lain lagi. Jadi mahu tidak mahu, aku terpaksa menyambung legasi perniagaan bapaku. Kebetulan pula aku juga minat dalam urusan perniagaan. Tidak lama lagi aku akan menggantikan takhta bapaku di pejabatnya. Adakah aku siap?

'huh...akhirnya aku berjaya juga habiskan pembelajaranku disini. Pasti aku akan rindu dengan tempat ini'

Aku mengeluh berat. Sayang untuk tinggalkan tempat yang penuh dengan kenangan sepanjang aku belajar disini. Aku berpusing dan menoleh sekitar ruang kawasan universiti. Tempat yang akan aku tinggalkan seminggu sahaja lagi.
Tiba-tiba pandanganku tertancap pada susuk tubuh seorang gadis yang duduk di meja baju dibawah pohon rendang berhampiran taman di dalam kawasan universiti tersebut. Gadis itu hanya berseorangan sibuk menelaah buku pelajarannya tanpa menyedari bahawa aku sedang melihatnya dari jauh.

"Melinda" ujarku perlahan. Ya.. dia Melinda. Gadis yang aku selamatkan dari diganggu oleh lelaki gila di dalam perpustakaan.

Langkahku untuk ke parking kereta aku abaikan. Aku lebih tertarik untuk dekat dengan gadis di hadapanku itu. Aku melangkah menghampirinya tanpa dia menyedari kehadiranku di hadapannya.

"Belum pulang?" Soalku memecahkan kesunyian.

Gadis itu tersentak seketika. Dia terkejut melihatku yang kini berada dihadapannya. Dia mengerutkan keningnya seolah-olah berfikir seraya wajahnya berubah tenang dan tersenyum

"Belum" jawabnya pendek.

"Hurmm.." aku berdehem

"Boleh aku duduk?" soalku memulakan bicara.

Dia mendongak memandangku

"Silakan" balas gadis itu lagi.
Mataku hanya memerhati tingkahlakunya yang sibuk menulis dan sesekali menelaah buku tebal di hadapannya.

"Boleh saya bertanya, siapa lelaki haritu? Kenapa saya tak pernah nampak dia selepas kejadian di perpustakaan minggu lepas? Apa dia masih belajar disini ata...."

"Dia Jaret,bakal tunangku." balas Melinda lantas memotong pertanyaanku.

"Jadi betul la apa yang dia bilang haritu bahawa dia tunanganmu?" Soalku tidak puas hati

"No! Bakal tunang. Belum sah menjadi tunanganku" jawab Melinda tegas.

Wajahku merona. Ternyata bodoh pertanyaanku kali ini. Sudah jelas dia bilang bahawa lelaki itu bakal tunangannya, bukan sudah sah tunangan. Bodoh kau Juan!

"Dimana dia sekarang?" Soalku lagi cuba mencari tahu. Ya... jika ramai yang cakap makcik bawang, pakcik bawang yang suka kepoh. Aku la pakcik bawang itu. Hahahaha.. aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku sibuk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gadis ini. Ada daya tarikan tersendiri yang aku dapat rasakan.

"Dia bukan student disini. Dia hanya datang melawatku hari itu. Hari yang kamu datang bantuku tempoh hari. Dia seorang ahli perniagaan di pasar gelap dan seorang pemilik club yang terkenal di sini" luah Melinda cuba menceritakan perihal bakal tunangannya padaku.

Mataku melopong seketika tidak percaya. Aku menelan salivaku kasar.
Ternyata aku sekarang berada dalam bahaya. Bodoh kau Juan! Nak sangat tunjuk hero depan gadis. Kalau dia datang bunuhku bagaimana? Ish..x mungkin la.. ini kan universiti. Mana boleh dia masuk suka-suka hati.
Wait! kalau benar apa yang aku kata, bagaimana dia boleh masuk dan berjumpa Melinda di perpustakaan?

"Bapanya adalah pemilik universiti ini" terang Melinda memperjelaskan kekusutan dalam fikiranku.
Aik! Bagaimana Melinda tahu bahawa aku sedang berfikir mengenai lelaki jahat itu? Aku memandang ke wajahnya penuh tanda tanya. Aku dapat rasakan raut wajahku umpama kerang yang busuk di tepi lautan.

Melinda tersenyum
"Aku tahu dari raut wajahmu. Kamu tidak tahu bahawa aku ini mengambil jurusan Psikologi? Lihat ni" Melinda menunjukkan buku tebal di hadapannya.

MANIPULATION and PERSUASION- Joseph Sorensen

Aku tersenyum kambing. Malu alah jadinya.

"Hai sayang..." sapa seseorang dari belakangku. Seraya aku menoleh

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now