Part 2

2.4K 26 0
                                    

Author POV

"Morning Pa..Morning Ma.." sapa Juan kepada Hendry dan Julia iaitu orang tuanya. Lalu dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Julia di meja makan.

"Flight ke Dubai jam berapa, Juan?" Soal Hendry sambil memandang anak sulungnya Juancruz Resende atau lebih dikenali sebagai Juan. Tangannya lincah menyapu peanut butter ke atas roti putih sambil memandang sekilas ke wajah papanya.

" jam 10pagi pa" jawab Juan sambil menjamah sarapan paginya cepat.

"Jangan terburu-buru. Makan pelan-pelan. Kamu tu naik privet jet, bukan penerbangan awam. Tak usah buru-buru" tegur Julia seraya memandang wajah tampan anak lelaki tunggalnya. Dia tak mahu anak tunggalnya terlalu memikirkan urusan kerja sehingga abaikan waktu makan. Kerja tu kerja juga, nak melakukan kerja perlulah ada tenaga. Jadi perlu makan, barulah boleh melakukan kerja dengan baik. Dia tak mahu anak tunggalnya itu jatuh sakit. Kelak, dia juga yang risau.

"Ma.. masa itu emas ma.. setiap detik tu penting buat Juan. Juan tak mau mensia-siakan masa. Biar awal dari jadual asal, asalkan Juan tidak terburu-buru. Kalau Juan lambat, jalan tentu sesak. Bukan ma x tau kota New York ni macam mana, perjalanan ke airport saja memakan masa hampir 1 jam. Kalau sesak, mau makan masa hampir 2 jam ma.." jelas Juan panjang lebar. Dia tahu mamanya prihatin padanya tapi itulah, sikapnya yang terlalu dedikasi dalam setiap urusan pejabatnya menyebabkan dia bertindak begitu. Sebagai CEO syarikat, dia perlu berdisiplin. Apatah lagi tentang masa.

Urusannya ke Dubai adalah untuk membuka anak syarikatnya yang baru disana. Lebih tepat lagi, dia membuka cawangan hotel di Dubai. Baginya, marketing di sana lumayan. Semenjak dia berkecimpung hampir 5 tahun dalam bidang pentadbiran hotel milik ayahnya Hendry, dia sudah berjaya menubuhkan 3 cawangan hotel bertaraf 5 bintang. Rata-rata di negara yang berbeza. Singapura, Los Angeles dan terbaru di Dubai. Bakatnya dalam bidang perniagaan saling tak tumpah dengan bapanya Hendry.
Hendry selain memiliki hotel bertaraf 5 bintang, dia juga mempunyai syarikat perabot mewah bertaraf antarabangsa 'La Cruz Furniture'. Rata-rata perabotnya datangnya dari serata dunia. Itu adalah bisnes pertamanya yang dia sayang sebelum berganjak ke perusahaan perhotelan. Kerjanya banyak di sana. Jadi sebab itulah dia membiarkan anaknya Juan menguruskan hotel miliknya. Cawangan-cawangan hotel yang lainnya, semua di serahkan kepada anak-anak saudaranya atau lebih tepat lagi, sepupu-sepupu Juan. Anak kepada adik Hendry, Heydra.

"Pa..ma.. Juan pergi dulu" Juan bergegas bangun mencapai tasnya lalu mencium pipi kedua org tuanya.

"Hati-hati ya Juan. Sampai di Dubai nanti jangan lupa call mama" pesan Julia sambil matanya membuntuti pemergian Juan.

"Ok ma" balas Juan pendek seraya berlalu.

Kereta Mustang Shelby nya sudah siap parking di hadapan kediaman.

"Alvin, kamu naik sama Robert dan Cavin ya. Nanti kamu bawa pulang kereta aku" pesan Juan kepada anak buahnya seraya masuk ke dalam mustang kesayangannya.

" baik Tuan Muda" sahut Alvin patuh.

Sekejapan sahaja kereta mustangnya berdesir laju keluar dari kediaman Hendry diikuti sebuah Range Rover berwarna hitam yang di pandu para bodyguardnya.

Juan tidak mahu naik beriringan dengan para bodyguarnya. Dia lebih selesa memandu sendiri kereta kesayangannya. Sebab itulah para bodyguardnya menyusul di belakang saja mengekori Tuan Muda mereka.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now