Part 15

1.9K 18 0
                                    

Author POV

Cahaya matahari menerobos masuk melalui jendela kamar. Camellia membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa pusing. Dia memejamkan matanya seketika. Kemudian cuba bangun semula.
Belum sempat bangun, terasa tangan kekar memeluk erat pinggangnya.
Camellia membuka mata seluas-luasnya terkejut. Dia melihat suasana bilik berbeza dengan ruangan kamar hotel yang diinapnya.

Camellia baru tersedar ada sosok tubuh lelaki yang masih terbaring disebelah tempat tidurnya. Lelaki itu tidak mengenakan pakaian. Hanya berseluar panjang.

"Arghh!!! Jerit Camellia. Wajahnya pucat dan ketakutan. Dia memerhati tubuhnya, baju yang dipakai sudah bertukar dengan lingerin berwarna silver, bertali halus dibahu,labuhnya hanya separas paha.

Lelaki yang mendengar jeritan Camellia sebentar tadi tersentak bangun seraya memandang Camellia.

Mulut Camellia melopong.

"You..! Apa yang awak dah buat pada saya" erang Camellia. Dia terasa hidupnya musnah. Terasa maruahnya yang dijaga sejak dulu dicarik-carik. Dia menangis semahunya.

Si lelaki mula gelisah melihat gadisnya menangis. Dia menghampiri Camellia yang sudah duduk terperosok di celah katil sambil berbalut selimut ditubuhnya.
Dia cuba menenangkan gadisnya, tetapi ditepis oleh Camellia.

Lelaki itu adalah Juancruz Rensende. Selepas memadu asmara dengan gadisnya dipantai semalam, tiba-tiba gadisnya terkulai tidak sedarkan diri. Sebab itulah dia membawa gadis itu ke hotelnya.

"Sayang.. i'm sorry.. sumpah, saya tak buat apapun dekat sayang. Percayalah.. saya tak akan ambil kesempatan dalam kesempitan, tambah lagi pada orang yang saya sayang" luah Juan merayu sambil cuba memujuk gadis yang dicintainya, Camellia.

"Kenapa buat saya macam ni..hisk..hisk.. apa salah saya..hisk..hiskk" Juan menatap sayu gadisnya yang tersedu sedan menangis sambil menutup mukanya dengan selimut.

"Sayang..awak pengsan semalam.. saya tak tahu nak buat apa, jadi saya bawak sayang kesini"
Camellia mengangkat wajahnya memandang lelaki dihadapannya. Matanya merah akibat menangis. Wajah Juan ditatap tajam.

Sebenarnya Juan tahu dimana Camellia menginap. Kunci hotel juga ada dalam saku seluar Camellia. Dia sengaja tidak mahu menghantar Camellia balik kesana. Dia ingin berdua-duaan dengan Camellia. Dengan gadis yang sudah membuat hatinya tidak menentu.

"Siapa yang tukar baju saya? Siapa yang buka baju saya dan gantikan dengan pakaian macam ni!?" Tanya Camellia meminta jawapan dari Juan.

Juan jadi serba salah. Dia akui salahnya. Dia tidak sepatutnya menggantikan pakaian Camellia semalam. Tapi dia mahu Camellia tidur dengan selesa. Bukan tidur dengan memakai seluar denim seperti itu.

Semalam dia telah mengarahkan Alvin belikan baju tidur buat Camellia, tak sangka pulak Alvin belikan baju seperti ini. Juan menahan diri supaya tidak tersenyum dihadapan Camellia. Ini bukan saatnya.

Juan mengeluh, dia akui, dia berghairah bila melihat lekuk tubuh Camellia sewaktu dia mengganti pakaian semalam. Tetapi dia cuba mengawal nafsunya. Dia tidak akan melakukan tanpa kerelaan Camellia.

"Jawablah!" Tengking Camellia.
Juan mengeluh berat.

"Sa-saya... sorry.. ta-tapi saya sumpah, saya cuma tukar baju je..tak lebih dari tu" Juan cuba jujur pada Camellia. Dia takkan apa-apakan Camellia. Yang dia inginkan adalah hati Camellia.

"Tipu. Tipu..awak tipu..!!!" Jerit Camellia sambil meronta-ronta tidak tentu arah. Juan yang melihat lantas merangkul tubuh Camellia erat.

"Syyyhhhhhh....." Juan mengusap belakang Camellia lembut cuba menenangkan Camellia.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now