Part 18

1.7K 14 0
                                    


Lux POV

Bila aku sudah sah bergelar tunangan Mike, Mike memutuskan supaya aku bekerja dengannya, disampingnya sebagai pembantu peribadinya. Dan dia juga memintaku untuk tinggal sebumbung dengannya. Aku tidak mampu membantah setiap arahannya. Sebagai Mike, tidak ada jawapan "tidak" dalam pengucapannya. Mahu atau tidak, aku menerimanya.

**********

Selepas tamat waktu berkerja, aku menerima panggilan dari Camellia. Dia mahu aku ke apartmentnya. Mendengar dari suaranya yang serak, aku tahu dia baru habis menangis. Aku jadi risau. Aku meminta Mike untuk menghantarku ke apartment Camellia.

Ding dong..

Pintu terbuka perlahan menampakkan wajah Camellia yang sugul, tampak begitu berantakan. Aku melangkah masuk membuntuti langkah Camellia yang berjalan menuju ke kamarnya lalu merebahkan tubuh ke atas katil empuk miliknya. Ku lihat airmatanya kembali jatuh.
Aku yang melihat keadaannya, perlahan berbaring disampingnya. Tubuhnya ku raih dalam pelukkan ku.

"Apa sebenarnya yang berlaku sehingga kau seperti ini?" Soalku sambil jemariku perlahan menyelit rambut yang turun dipelipisnya ke belakang telinga.

Mendengar pertanyaanku, dia menoleh memandangku hiba. Matanya merah. Lantas dia bangun duduk. Melihat itu, aku pun ikut duduk. Tubuhku dipeluknya erat.

"Tolong aku Lux.. aku tak mahu.." luah Camellia sebak.
Aku yang hairan dengan sikapnya mula melepaskan pelukan. Wajahnya kutatap dengan penuh persoalan. Wajahnya ku raup dengan kedua tanganku supaya menatapku lekat.

"Ada apa denganmu Mell? Apa yang kau mahu aku bantu? Apa yang kau tak mahu, cuba jelaskan supaya aku mengerti" pintaku sambil memandang ke wajahnya. Ku sapu sisa airmata yang masih melekat dipipi Camellia lembut.

Camellia mengeluh.
"Papa dan mamaku dah tetapkan tarikh pernikahanku" luahnya.

"Apa!!!" Memang aku terkejut mendengarnya. Aku menatapnya lagi menanti kata-kata seterusnya.

"Pernikahanku akan dilangsungkan minggu depan"

"Apa!!! B-but, who?" Serius aku terkejut. Apalah nasib temanku yang satu ini. Aku hanya menatap wajahnya dengan perasaan simpati.

"I don't know!"

"Yang aku tahu, dia adalah anak pada rakan papaku. Tolong aku Lux, aku tak mahu kahwin.." setitis airmata keluar dari pelupuk matanya. Dari perlahan menjadi makin laju. Camellia menangis terisak-isak. Aku meraihnya kedalam pelukkan.

"Apa yang kau mahu aku tolong?" Tanyaku padanya. Camellia melepaskan pelukkan, dia menatap kewajahku dengan mata yang masih berair.

"Aku nak pergi jauh dari sini.."

Kata-katanya membuat duniaku terhenti seketika. Apa!? Seperti inikah rasanya bila dipaksa berkahwin? Atas sebab apa papa dan mamanya memaksa Camellia berkahwin dalam waktu yang mendadak seperti ini? Patutkah aku bantu Camellia untuk pergi jauh dari keluarganya, daripada ku? Perlukah aku? Patutkah aku?
Masalah Camellia benar-benar mengganggu fikiranku. Aku berfikir cuba mencari kata-kata.

"Mell..dengar kataku, mungkin ada sebab papa dan mamamu bertindak seperti ini. Mungkin ada alasannya.."

"Alasan apa!? Demi duit papaku sanggup jualku pada orang yang tidak ku kenali" bentak Camellia memperuntuki perbuatan papanya Alax.

Aku mengeluh berat.

"Syhh.. Mell,dengar kataku. Jangan menuduh orang tuamu seperti itu. Tak baik. Cuba kau lihat, dari kau kecil sehingga sekarang, kedua orang tuamu memberi apa sahaja kemahuanmu. Semua cukup, tidak ada yang kurang sedikit pun. Apa yang kau pinta, semua kau dapat. Pernah orang tuamu merungut atau membantah dengan kemahuanmu? Tidak kan!?" Aku menekan kata-kataku supaya Camellia faham dan menilai baik buruk kata-kataku ini.

LOVE at First SightWhere stories live. Discover now