˗ˋ THE ONE | THIRTY-NINE ˊ˗
39 ㅡ It means...━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
" EL, Ilyia ajak aku tukar pair dengan dia. Takpe ke?" soal Aina, kedengaran agak serba salah nak meninggalkan aku seorang yang masih terkulat-kulat tiada partner sejurus kitorang keluar dari makmal Sains pagi itu. Ya, subjek Sains pada awal pagi sememangnya buat aku mengantuk.
Apa mimpi Cikgu Rizman tiba-tiba nak bagi kerja kursus untuk penambahan markah exam pertengahan tahun nanti. Boleh dikatakan markah exam awal tahun Sains kelas kitorang agak teruk, jadi untuk menebus markah majoriti daripada kami (termasuk aku) yang memang corot itu maka terpaksa kami buat beberapa kajian tentang alam semula jadi, macam tumbuhan, manusia dan haiwan.
Tetapi tempoh yang diberikan adalah tidak dapat diterima hipotesis nyah. Sampai hujung minggu je Cikgu Rizman bagi tempoh untuk kitorang submit sebelum dihantar kepadanya oada hari Isnin minggu depan. Ini bermakna, 4 hari! 4 hari je kau kena rushing siapkan benda alah ni?
" Takpe. Tapi apesal dia tak nak pair je dengan Munirah? Kenapa nak tukar partner? Kalau buat kerja kumpulan ni duduk sebelah-sebelah lebih senangㅡ"
" Sebab aku sendiri nak pair dengan kau." Munirah mencelah bicara aku. Aku dan Aina serentak menoleh ke belakang. Wajah serius Munirah yang terpamer itu buatkan aku kadang-kadang rasa kekok nak berbual dengannya. Yelah, dia ni dahlah aku jarang sembang, lepastu tiba-tiba je satu hari tu dia sembang dengan aku. Tidak ke pelik aku dibuatnya.
Husnudzon, Elwyn. Mungkin dia nak cari kawan baru agaknya.
" Kenapa? Bukan ke nanti senang?" soal Ilyia tiba-tiba saja mencelah. Kami berempat memperlahankan melangkah, membiarkan rakan sekelasku yang lain pulang ke kelas terlebih dahulu.
" Sebab," Secara tiba-tiba leher aku dirangkul olehnya. Hampir terjatuh buku-buku Sains yang aku peluk bila lengannya kuat menarik leher aku supaya lebih rapat dengannya. " Saja. Asyik pair dengan Ilyia je, aku pun muak tengok muka kau HAHAHAHAHAHHAHA"
" Eh babinya. Terasa hati aku." Ilyia mecebikkan mulutnya berpura-pura merajuk sebelum dia mengikut Munirah ketawa sekali. Aina juga begitu, ketawa sambil tangannya dengan kasar menepuk bahu si Ilyia. Aku pula masih terkulat-kulat di situ, cuba memproses celah mana lawak si Munirah ni.
" Kalau kau nak pair dengan aku, boleh je. Tapi nak tukar tajuk sekali ke? Sebab aku dengan Aina dapat subtopik tajuk fasal mekanisme pernafasan manusia. Kau?" Aku memberi kata putus pada akhirnya.
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fanfiction【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...