70

133 22 31
                                    

˗ˋ THE ONE | SEVENTY ˊ˗

 ˗ˋ THE ONE | SEVENTY ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

70 ㅡ Sayonara

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

8 JULAI | RABU



Hari keempat. Kini Elwyn dah sedar setelah hampir empat hari dia tidur tidak sedarkan diri. Bibirnya yang kering dan mengelupas itu diusap perlahan dengan ibu jarinya sebelum dia menjeling ke arah jam yang tergantung di dinding wadnya.



Pukul 10 pagi.



Oh, patutlah masa dia bangun hanya nampak muka nurse saja rupanya pada sejam lepas. Itu pun right timing masa nurse baru saja masuk ke dalam wadnya untuk memeriksa isipadu air dalam botol dripnya.




Sudah sejam dia termangu sendiri tanpa berkata sepatah pun. Hanya mendengar dia bernafas berat dan sekali sekala dia mengeluh perlahan. Kepalanya masih terasa berat bila dia cuba untuk bangun. Rasa pening itu tiba-tiba saja menyerang kepalanya buatkan dia kepalanya berdenyut.




Elwyn juga masih tak dapat mencerna apa yang telah berlaku padanya sebelum ni. Tapi kata doktor Elwyn tak alami sebarang gegaran otak yang serius dan menyebabkan amnesia. Cuma kepalanya berdarah dengan banyak kerana terkena pada batu konkrit itu.




Otaknya masih biul. Nak pula line otaknya masih di tahap 1G jadi untuk mencapai rangkaian Internet adalah susahㅡ okey maksud aku mungkin dia akan okey cuma lambatlah. Otaknya sekarang masih tak dapat berfungsi dengan baik.




Hanya pandangan kosong dia lemparkan pada luar tingkap. Cahaya matahari yang memasuki melalui tingkapnya dan membentuk bayang-bayang pada lantai wadnya. Dia terasa kosong. Seperti tiada apa yang perlu dia buat. Sebentar dia memandang brannula yang dicucuk pada belakang tapak tangannya bersama tiub lalu disambungkan pada botol drip.




Fikirannya terasa seperti kosong tapi entah kenapa, ada beberapa bayangan yang dia mula dapat menangkap dengan sendiri. Tetapi dia tidak memaksa untuk mengingati apabila kepalanya terasa berdenyut dan mula berat.




Elwyn mengusap belakang tengkuknya sebelum dia menghela nafas yang panjang. Baru teringat, dia berada di sini sebab masatu akademi diserang oleh erm, alien yang besar. Dan pada masa itu, hari itu, di mana ditetapkan bahawa tarikh itu adalah hari terakhirnya dia melihat dunia.




" Aku akan ubah takdir demi kau."




And guess what, kata-kata Petir yang tiba-tiba saja terngiang di telinganya kini telah terbukti benarnya. Elwyn mengertap bibir bawahnya dan menggigit dengan kuat untuk menzahirkan rasa geram dalam hati.




Lengan kirinya perlahan menutup bahagian matanya sebelum perlahan-lahan air mata mengalir turun ke pipi.




" Aku benci kau lah..."




The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now