59

125 23 45
                                    

˗ˋ  THE ONE | FIFTY-NINE ˊ˗

˗ˋ  THE ONE | FIFTY-NINE ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


59 ㅡ Aisy Raihan

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

26 JUN | JUMAAT
ㅡ 4 days left.



" Aisy, aku nak pergi perpustakaan, kau nak ikut tak?"

Aisy mengangkat wajah apabila Aidan mengajukan soalan kepadanya. Dia kemudian melihat jam yang terlilit di pergelangan tangan kirinya sebelum dia memandang Aidan semula. Phone di dalam genggaman dia simpan dalam poket bomber jaket berwarna hijau tua  yang dipakainya sebagai top kepada kemeja berwarna hitam itu.

" Aku ikut." Aisy tanpa berlengah memasukkan laptop dan beberapa buah buku sebagai buku catatan dan buku rujukan ke dalam beg galanya. Lantas dia menggalas di sebelah bahu lalu mengikut langkah Aidan. Terdapat dua orang lagi rakan kuliah mereka yang ingin mengikut Aidan ke perpustakaan.

Aisy langsung tidak bersuara semasa perjalanan mereka ke perpustakaan yang agak jauh dari kelas kuliah mereka. Lagipun pada pukul 12 nanti ada kelas dengan Miss Tan jadi pada ada jarak masa yang agak panjang ini, mereka mengambil kesempatan untuk lepak di sana sambil study sedikit apa yang patut.

" Kau ni asyik hadap phone je, kau kenapa?" Phone yang ditatap Aisy terus dirampas oleh Aidan menyebabkan si abang terkejut dan cepat-cepat menggagau tangannya untuk mendapatkan balik gajetnya dari si adik.

" Bagi baliklah. Itu bukan urusan kau. Sibuk. "

Aisy merengus sebelum dia memasukkan kembali phone ke dalam poket yang telah dia dapat dari tangan Aidan. Dia menoleh ke tempat lain dan berdecit marah. Aidan hanya tersenyum senget, langsung tak kisah dengan Aisy yang memang ingin marah itu.

" Alah, Aisy. Kau jangan garang sangat, takut tau takㅡ okay okay tak cakap apa dah." Salah seorang rakan sekuliah si kembar itu, Muiz menoleh ke tempat lain apabila kata-katanya dipotong oleh jelingan tajam Aisy. Peluh dingin laju saja merenek ke dahi, terasa seram dengan aura jelingan Aisy.

Luthfi dan Aidan hanya ketawa mengekek melihat reaksi Muiz. Tahu takut, kau pergi kacau lagi ular tedung tu. Itu baru kena jeling, belum kena sengat. Kalau kena, innalilahiwainnahirojiuun terus kau kena bisa dia.

" Abaikan Aisy tu. Dia memang jenis tak mesra dengan orang luar. Dengan aku pun kadang-kadang boleh gaduh besar macam perang Dunia Pertama kau tahu." Aidan mencelah. Beberapa ketika mereka tiba di perpustakaan dan seperti yang dijangka, keadaan di situ agak ramai penuntut di kolej itu ketika masing-masing tiada kuliah. Kebanyakan mereka hanya study dan tak kurang juga beberapa pasangan yang dikatakan seperti merpati dua sejoli kononnya nak study tapi hanya dating di situ.

Tak apalah, itu bukan masalah mereka jadi mereka tak nak kacau.

Muiz dan Luthfi memandang sesama sendiri sebelum tersenyum senget. Bukan apa, tapi personaliti Aisy yang dingin dan sukar didekati itu kadang kala mereka sendiri pun gerun. Berbeza pula dengan Aidan yang extrovert dan easy-going dari semua aspek, kontranya bagaikan langit dengan bumi.

The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now