56

128 21 76
                                    


˗ˋ THE ONE | FIFTY-SIX ˊ˗


56 ㅡ Expelled

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

22 JUN | ISNIN
ㅡ 8 days left.


Harini aku kembali ke sekolah seperti biasa. Dan seperti apa yang aku jangkakan, majoriti beberapa pasang mata pelajar-pelajar akademi tersebut tertumpu pada aku ketika aku melangkah menuju ke kelas. Baik senior atau junior, semuanya merenung ke arahku bagaikan aku ni penjenayah.


Aku menggumam bibir, gugup dengan pandangan yang terpaksa aku terima ini. Terasa seperti aku di perhatikan oleh pihak polis pulak. Janganlah pandang aku macam tu aku tahulah aku femes macam retisㅡ ok gurau.



Haih, dah lama tak membongok. Even hambar pun at least aku buat lawak jugak. HA GELAKLAH TENGOK APA LAGI?



Aku berdehem. Hampir seminggu jugak aku berehat di rumah. Setelah discharge dari hospital tersebut, aku ditatang bagai minyak yang penuh di rumah. Aisy pun dah tak banyak buli aku OHOHO TERASA SEPERTI AKU ANAK RAJA


Tapi apa yang buatkan aku masih rasa pelik dan semacam sampai ke harini, mata biru itu. Aku tak tahu lah apa yang aku nampak itu disebabkan aku terlalu mengantuk atau pun ianya memang benar-benar depan mata, tetapi bayangan mata biru itu kini bermain dalam bayangan aku pulak. Mimpi ngeri pasal api juga tak menjengah dalam minda pada waktu aku tidur setiap malam.



Terima kasih, akhirnya aku boleh tidur dengan nyenyak.



Tetapi mata biru itu... adakah The One itu ialah... Angin selama ni?



Aku melepaskan keluhan panjang sebelum perlahan-lahan aku menolak pintu gelungsur kelas. Baru sahaja nak menapak masuk ke dalam kelas, tiba-tiba entah dari mana munculnya Ilyia dan Aina yang berlari dan meluru ke arah aku. Aku tak sempat mengelak hingga mereka berdua berlanggaran dengan aku sehingga menyebabkan kami bertiga terjatuh dan tergolek depan kelas.



" Sakit bodoh! Kau nak tolak Elwyn pun, jangan tolak aku sekali! Habis lantai ni aku cium!" Aina mengelap bibirnya yang sudai dinodai oleh lantai  dengan hujung lengan kemejanya. Sambil itu dia mulutnya tak habis-habis mengomel ke arah Ilyia.



" Ahaha~ sorry. Kau halang laluan aku, memang kau kena sekalilah. "



Dengan itu, belakang kepala Ilyia selamat menerima tamparan maha dahsyat hak milik Aina. Ilyia mengaduh sakit sebelum dia membalas kembali perbuatan yang sama terhadap Aina. Dan itu menyebabkan mereka bergaduh kembali.



The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now