˗ˋ THE ONE | FORTY-SIX ˊ˗
46 ㅡ She━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
BUTANG tin minuman yang dipilih ditekan dengan kasar, sampai bergegar vending machine tu dibuatnya. Satu tin minuman 100 Plus jatuh ke bawah, menghasilkan bunyi yang kuat. Aku dengan kasar mengambil tin itu sebelum ditarik pin penutup tin itu tanpa ragu-ragu. Nasib baiklah gas tak percik keluar banyak sangat, kalau tak memang habislah baju sekolah ni bau air gas.
" Cih, rahsia konon." Aku mengelap bibir yang terlekat sisa air dengan lengan baju. Nafas direngus kasar sebelum kaki aku terus melangkah menuju ke pagar sekolah.
Sudahlah hari ni panas. Tambah pulak aku yang memang tengah panas dari tadi, semakin terasa bahangnya. Anak mataku melirik ke arah tempat menunggu di luar pagar akademi. Masih ramai pelajar yang setia menunggu ibu bapa untuk mengambil mereka pulang. Tetapi aku macam biasa, pulang dengan berjalan kaki sebab rumah aku takdelah jauh mana.
Sengaja nak balik seorang diri. Aina dan Ilyia pun aku suruh diorang balik dulu. Aku menghela nafas panjang. Baki 100 Plus yang tinggal suku aku gagah habiskan walaupun lidah terasa tercucuk dengan rasa tajam air isotonik ini.
" Bagitahu jelah, hak alah dia nak main rahsia pulak. Ini kalau aku tak fikir dia tu hensem, dah lama aku sepak kepala lutut dia. Huh! Tak boleh pakai."
" S-siapa ?"
Cahaya tersenyum nipis sebelum dia menggeleng perlahan. " Rahsia. Aku tak boleh bagitau sekarang. "
" Ala~ takkanlah dengan aku je tak boleh? Hmh? " Sila sepak aku gaes. Aku pun geli buat muka comel semata-mata nak tahu jawapan Cahaya.
Cahaya menepuk kepala aku perlahan, sebelum tangannya perlahan-lahan turun ke bahagian tepi sebelum telinga aku dipiatnya secara tiba-tiba. Aku menjerit sakit dan merayu supaya dilepaskan.
" Degil. Aku kata rahsia tu rahsia la. Dah, pergi balik kelas." Cahaya menggulingkan matanya ke atas, sebelum dia bangun untuk menuju ke belakang makmal, mengambil beberapa radas yang diperlukan lagi.
Aku berdecit marah sambil mengusap telinga yang sakit dipiat Cahaya. Dengan rasa yang amarah, aku terus melangkah keluar dari makmal itu tanpa berkata apa-apa.
Tak, sebenarnya benda pagi tadi tu memang buatkan aku terasa panas. Tapi kejap je. Aku panas balik sekarang ni sebab Fang tiba-tiba je serang aku lepastu dia marah aku supaya jangan masuk campur hal itu.
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fanfiction【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...