69

112 21 38
                                    

˗ˋ THE ONE | SIXTY-NINE ˊ˗


69 ㅡ Guilty

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━


TANGAN kanan satu-satunya anak perempuan yang dia ada itu diusap perlahan sebelum bibirnya mengucup lembut bersama linangan air mata perlahan-lahan turun ke pipinya. Luluh hati seorang ibu apabila melihat keadaan anaknya dalam keadaan cedera begini.



Si suami pula dengan penuh sabar memujuk si isteri supaya menerima takdir yang sudah tertulis. Perlahan tangan suaminya mengusap belakang isterinya. Tiga anak teruna sepasang suami isteri itu hanya memandang keadaan adik mereka yang kini terlantar tidak sedarkan diri di atas katil hospital.



Dah tiga hari. Tiga hari. Tetapi tanda-tanda bahawa Elwyn akan bangun dalam keadaannya yang tidak sedaran diri itu juga tiada. Kecederaan parah di kepala akibat terkena serpihan besar konkrit bangunan itu. Pada awalnya doktor kata kemungkinan Elwyn mengalami kecederaan yang agak parah namun Alhamdulillah setakat ini dia sudah disahkan dalam keadaan stabil.




Dan di antara mereia bertiga sudah tentu Aidan yang paling teruk sekali menangis. Memang betullah Aidan ni terlalu sayangkan adiknya. Mungkin sebab Elwyn adalah satu-satunya puteri dalam keluarga mereka.




Siapa je tak terkejut bila dapat tahu berita tu. Dapat masuk dalam surat khabar pulak tu. Bila ditanya sebab yang terjadi, anda dah dapat agak reaksi mereka bahawa Mama dengan Ayahnya terkejut beruk sebab alasan yang tak dapat diterima dek akal.



Diserang Alien. Pfth, siapa je nak percaya?




Tapi itu spe-sial nya duduk di Pulau Rintis. Hanya disitu tempat tumpuan pelancong unik yang datang dari galaksi- okey takdelah gurau.




Tambahan pulak pada masa itu mereka semua baru merancang untuk menyambut hari jadi Elwyn ketika pulang dari sekolah. Namun manusia hanya mampu merancang, Allah sahaja yang menentukan. Rancangan itu terus terkubur begitu sahaja. Dan tengoklah sekarang, Elwyn hanya sambut hari jadinya di hospital.



Aisy menjeling tajam ke arah Elwyn yang seakan-akan tidur. Riak wajah tenang adiknya dipandangan tanpa sepatah kata sebelum perlahan-lahan, Aisy berpusing dan terus melangkah keluar dari wad di mana Elwyn ditempatkan.



Sepanjang langkahnya menuju ke sebuah wad untuk berjumpa seseorang, telinganya sipi-sipi dapat menangkap suara ibu bapa yang bertindih sesama sendiri. Suara menangis kerana melihat keadaan anak mereka yang mengalami kecederaan yang agak serius, suara seperti gembira apabila melihat anak mereka yang terlibat dalam kejadian itu selamat.





The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now