54

132 24 42
                                    

˗ˋ  THE ONE | FIFTY-FOUR ˊ˗

˗ˋ  THE ONE | FIFTY-FOUR ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

54 ㅡ Hospitalize

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━




BIIP!

...

Biip!

...



Biip!



...



" Elwyn!"




Aku buka mata secara mengejut apabila satu suara yang menjengah dalam gegendang telinga, menyeru namaku. Dadaku berombak kencang diikuti nafas yang tidak teratur. Tanganku terkapai-kapai ke udara, cuba mencapai apa saja benda yang ada di sekeliling.



Telinga aku rasa berdesing. Seperti tak dapat mendengar keadaan sekeliling apabila gegendang telinga aku seolah-olah mendengar bunyi berfrekuensi tinggi itu.



" Doktor! Doktor!"



Suara siapa tu? Aku tak kenal!




Aku kat mana? Aku kat mana?!




Bayangan api marak bula berputar-putar dalam minda. Api besar, dengan asap yang tebal menyukarkan pandangan dan menyesakkan nafas. Jalan keluar terhalang oleh api dan besi-besi yang jatuh dari bumbung gudang. Aku bagaikan terperangkap dalamnya.




Tiada jalan keluar.




Anak mataku meliar, laju bergerak-gerak memerhatikan keadaan sekeliling. Tangan aku menggenggam palang besi yang terasa sejuk, sebelum aku genggam sesuatu yang lembut seperti selimut, dan akhirnya tangan aku digenggam oleh seseorang.




" Ni mama, sayang."




Aku berhenti terkapai-kapai apabila mendengar suara mama. Nafasku yang laju, kini semakin teratur. Dadaku mula berombak perlahan, sebelum aku memandang ke kiri, kelihatan ketiga-tiga abang aku berada di situ. Aku menoleh semula ke arah mama dan di belakangnya ayah. Jelas di riak wajah mereka berdua bahawa mereka sangat risau.



Air mata aku bertakung di tubir mata sebelum ianya menuruni laju ke pipi lantas aku memeluk mama dengan erat. Esakan kuat aku lepas, tanpa rasa malu untuk aku simpan. Mama mengusap-usap belakang aku dengan lembut sambil berbisik untuk menenangkan aku. Genggamanku pada baju mama semakin erat aku genggam bagaikan taknak lepas.




" E-El-Elwyn t-takut..." Aku menangis lagi. Suaraku agak tenggelam kerana pada mulutku, dipakai dengan alat bantuan pernafasan. Aku bernafas berat sambil tangisan esak langsung tiada tanda-tanda nak berhenti.




The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now