67

128 21 45
                                    

˗ˋ THE ONE | SIXTY-SEVEN ˊ˗

˗ˋ THE ONE | SIXTY-SEVEN ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

67 ㅡ Megalordd

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
ㅡ bismillah assalamualaikum, dengan berani matinya aku publish chapter ni walaupun aku takreti buat action. maaf atas segala kekurangan imaginasi, sejak pkp ni otak tak nak berfungsi.




SATU lagi ngauman yang amat kuat kini terlontar ke udara menyebabkan mereka berada berdekatan di situ, menutup telinga kerana bunyi yang amat kuat itu. Keadaan di akademi kini semakin huru-hara dengan jeritan para pelajar, serta sepihan-sepihan konkrit beberapa blok bangunan kini telah jatuh menghempas bumi.



" Mana?! Mana?! Bagi aku semua power sphera tu!" Suara garau yang berselang seli dengan ngauman besar makhluk yang bernama Megalordd.



" Macam mana dia boleh sampai sini? Macam mana boleh dia tahu TAPOPS-U ada kat sini?" Gopal menggoncangkan tubuh Fang dengan laju menyebabkan Fang menepis lengan Gopal dari terus menyentuhnya.




Salah satu tangannya yang menegang penukul besi dan mempunyai ceracak tajam di sekelilingnya dan bersaiz gergasi itu diangkat tinggi sebelum dihempas ke atas lantai simen blok bangunan tersebut sebelum semua cermin tingkap di koridor bangunan itu retak seribu dan pecah berderai. Mereka bertiga terus berlari menjauhi hujan kaca pecah tersebut bersembunyi di sebalik salah satu blok yang berdekatan.



" Kita kena ada rancangan untuk kalahkan dia. Kalau dibiarkan macam ni, habis semua orang dekat sekolah ni!" Boboiboy kini telah bertukar menjadi Solar namun tangannya direntap oleh Fang menyebabkan niatnya untuk menyerang Megalordd terkubur.



" Jangan. Kalau kau pergi seorang diri macam tu je, memang habislah kau kena belasah. Kita kena ada rancangan. Kita lima kena bergabung kuasa atau sekali dengan kita akan mati." Fang menjeling tajam ke arah Solar sebelum beralih ke alien yang dikatakan sangat hebat itu. Dia mengertap giginya dengan kuat dan penumbuknya digenggam erat. Jantungnya berdegup laju, peluh dingin kini lebih banyak merenek di dahi. Rasa gementar kini berleluasa.




Gegaran yang kuat itu menyebabkan jeritan lebih kuat dari sebelumnya. Ying dan Yaya yang sibuk mengarahkan semua pelajar Tingkatan 5 di situ terus memandang sesama sendiri.



" Biar aku pergi." Yaya terus terbang keluar dari blok tersebut melalui tingkap yang sudah berderai tersebut dan terhenti apabila melihat keadaan blok Tingkatan 3 tersebut kini telah hampir hancur apabila bahagian tingkat paling atas bangunan tersebut ada satu figura yang besar. Yaya menganggap itu mungkin puncanya, dan serta merta dia teringat cerita Fang apabila dia melihat wajah gerangan tersebut.




Megalordd. Ianya berbahaya dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Controller and the main villain di galaksi. Yaya meneguk liur yang terasa kelat dan terus terbang menerusi salah satu tingkap di tingkat empat. Terus kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Anak matanya mengecil apabila mendapati bahawa beberapa orang pelajar di sepanjang koridor itu terbaring bersama darah di lantai dan dinding. Cermin tingkap pecah berderai, siling semuanya runtuh.




The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now