˗ˋ THE ONE | FORTY-SEVEN ˊ˗
47 ㅡ Stop
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
9 JUNE | 10.30 A.M.
" Pusing-pusing pokok mulberry, pokok mulberry~ sepanjang hari~"
Selesai hantar buku-buku latihan Sejarah yang cikgu mintak sebelum rehat tadi di bilik guru tadi, aku melangkah keluar dengan senang hati. Sekarang waktu rehat dan semestinya aku nak mengisi perut kosong yang sudah meminta jasa tuannya memberi nutrisi kepadanya.
Kira-kira 30 meter dari pintu masuk kafeteria, tiba-tiba sahaja kolar kemeja aku bagai ditarik kasar oleh seseorang dari belakang menyebabkan secara automatik leher aku terjerut sekali.
" AKHH!! Siapa ni? Sakitlah gila!"
" Diam! Jangan gerak! Kalau tak aku tembak kau!"
Aku secara tidak langsung terkaku di situ. Kedua-dua tangan serentak diangkat ke udara sepetti gaya penjenayah menyerah kalah kepada pihak polis. Terasa ada sesuatu yang menyentuh kulit kepala lagilah buat aku rasa takut. Hee.
" Hai." Tanah tersengih lebar bila aku perlahan-lahan menoleh ke belakang untuk melihat gerangan manusia yang menculik aku. Aku memberi jelingan maut seraya tangan ini laju mencuit pinggang jejaka itu menyebabkan dia menjerit geli.
" Kau ni buat aku takut. Sakit leher aku kau tarik tahu tak?" Aku masih sempat memarahi dia. Tanah tersengih sambil meminta maaf kepada aku. Dalam genggamannya ada sebatang chopstick, benda yang dia acu di kepala aku.
" Kenapa kau tarik aku secara tiba-tiba? Ada apa? "
Pada mulanya Tanah seperti teragak-agak namun aku masih setia menunggu jawapan jejaka itu. Akhirnya Tanah tersenyum nipis.
" Ikut aku, please? "
" Untuk ? "
Tanah merenung anak mata aku. Pandangan iris coklatnya itu sememangnya ada sesuatu yang aku tak tahu.
" Something. We need to talk."
ㅡ
" Kenapa...?"
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fanfiction【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...