68

93 21 21
                                    

˗ˋ THE ONE | SIXTY-EIGHT  ˊ˗

 ˗ˋ THE ONE | SIXTY-EIGHT  ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

68 ㅡ Might+U

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

[ now playing Might+U ㅡ Makayla Phillips ]



MATA Elwyn terbuntang luas apabila kini dia berada di dalam cengkaman Megalordd. Dalam sekelip mata, dia berada dalam tangan makhluk aneh ini. Lajunya seperti kelajuan cahaya. Dan serta merta bayangan nightmare yang pernah dia dapat sebelum ini, kini laju bermain di minda.




Muka ini, muka macam Titan ni adalah gerangan alien yang nak makan dia.



Semuanya dah jelas. Degupan jantung Elwyn kini berdetak dengan laju, bersama peluh dingin yang merenek di dahi. Nafasnya tidak teratur dan kadangkala tersingkap.




Beberapa pelajar yang lain juga, tetapi dia tak kenal siapa sama nasib seperti dirinya. Semuanya meronta-ronta minta dilepaskan. Ada yang menangis dan meraung supaya dilepaskan, dan ada yang cuba untuk melawan namun tiada daya.



" HAHAHAHAHAHA! Semuanya akan aku hancurkan! Semuanya akan aku habiskan! Semua power sphera ini akan menjadi milik aku! Milik aku!"



Ketawa seringai itu kedengaran amat menyeramkan bagi mereka yang mendengar, tambahan lagi yang kedudukannya tidak jauh dengan Megalordd.




Boboiboy mengertap giginya dengan kuat, geram dengan Megalordd yang menggunakan mereka sebagai tebusan. Anak matanya bergetar sementara otaknya ligat memikirkan pelbagai cara untuk kalahkan Megalordd walaupun dia tahu, ianya hampir mustahil.



Tapi bukan sepenuhnya mustahil.



Ketawa bergema lagi tetapi kali ini lebih lama. Kelima-lima mereka cedera parah tetapi disebabkan keadaan sekarang masih belum selesai, jadi mereka gagahkan diri untuk selamatkan mereka, selamatkan power sphera, dan kalahkan alien durjana tu. Demi nyawa orang lain, mereka sanggup gadaikan nyawa sendiri.




" Macam mana sekarang?" Ying mendekati Fang yang bernafas berat menahan sakit. Luka di seluruh tubuh badannya, darah yang kini menyelaputi sebahagian kepalanya dan tangan. Ying juga dsh tiada tenaga untuk melawan. Dia pasti, kawan-kawannya yang lain turut kehilangan tenaga untuk melawan.




Fang menjeling ke arah Ying dan dia menutup mata seketika. Dia memaksa otaknya supaya dikerah lebih keras, memaksa serebrumnya berfungsi dalam keadaan sebegini.




Dia cuba mencari kelemahan walaupun masih tak jumpa. Megalordd terlalu kuat untuk mereka. Kalau nak suruh Boboiboy guna fusion, dia pasti yang jejaka itu pasti tak cukup tenaga.




The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now