51

125 23 32
                                    

˗ˋ THE ONE | FIFTY-ONE ˊ˗

˗ˋ THE ONE | FIFTY-ONE ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

51 ㅡ Night Date

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

14 JUN | 5.00 P.M.





Mama menyentuh dahi aku dengan lembut sebelum dia mengukirkan senyuman nipis. Jelas kelihatan di wajahnya bahawa dia benar-benar lega apabila aku dah sembuh sepenuhnya dari demam. Aku yang masih lali kerana terjaga dari tidur, kesan daripada ubat yang dimakan 3 jam yang lepas  menyentuh perlahan dahi aku sebelum mencebikkan mulut.




Ala, esok dah Isnin :(





" Bangun, sayang. Mandi. Lepastu makan sikit, nanti habiskan ubat antibiotik tu." Mama melabuhkan punggung di sebelah aku lalu mengusap perlahan rambut panjangku yang kusut masai.





Aku hanya mengeluh perlahan lalu bangkit dari tidur yang terasa lama. Tak seronoknya jenis dapat demam kejap je ni. Mana puas nak cuti, tapi aku taknak terperuk dalam rumah.




Baru saja mama nak bangun, aku pantas memeluk badan wanita itu. Wajahku disembamkan pada bahu mama, pada masa yang sama aku semakin eratkan pelukan itu.





" Elwyn?"





Haruman yang mama selalu pakai, aku sedut. Entah bila aku bakal menghidu bau seperti ini lagi. Terasa taknak lepaskan dakapan ni. Aku seperti rasa selamat bila dengan keluarga. Tak boleh bayang kalau aku yang meninggalkan mereka semua dulu.





Aku... tak sanggup.





" Mama... El sayang mama."





Terasa seperti belakang aku diusap perlahan oleh mama. Ianya buat aku rasa semakin taknak lepaskan pelukan ni. Nak meluah rasa, tapi tak sanggup. Hati yang memendam ini terlalu penat untuk menyimpan rasa galau, tetapi gagal untuk meluah. Tidak sampai hati nak buat mereka risau.





" Iya, sayang. Mama tahu tu. Dah, pergi mandi."




Akhirnya, dakapan dilepaskan dan aku tak menyangka apabila ibu jari mama menyeka lembut air mata yang mengalir perlahan di bawah mataku. Aku mengertap bibir, menahan rasa dari terus menangis walaupun dada sebak menahan rasa. Aku tak sedar bila aku menangis.




" Mama ada ni. Jangan menangis. Heads up, don't  cry because my princess is a strong person." Mama tersenyum sebelum mengecup perlahan pipi kanan aku yang basah dihujani mutiara jernih yang lebat mengalir.





The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now