˗ˋ THE ONE | FIFTY-TWO ˊ˗
52 ㅡ Kidnapped
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
15 JUN
" Elwyn! Kau dah sembuh AAAA I MICCHU~"
Aku hanya tersenyum apabila Ilyia memeluk aku dengan erat sebaik saja aku menapak masuk ke dalam kelas. Agak terkejut jugak sebab harini Ilyia sampai awal, kalau tidak selalunya sampai masa loceng dah nak bunyi.
" Kau buat macam tak pernah jumpa setahun padahal tiga hari je pun." Aina mendekati Ilyia dan menarik kolar baju kemeja yang dipakai Ilyia menyebabkan gadis itu tercekik kerana lehernya terjerut. Ilyia merengus marah, hingga asap keluar dari hidungnya. Munirah di sebelah, hanya mampu ketawa kecil melihat gelagat mereka.
Eh, takdelah. Tipu je. Saja hiperbola.
" Rasa macam lama sebab dalam group tu kau tak reply langsung! Kau seen je ? Dasar lho." Ilyia memeluk tubuhnya lalu menoleh ke tepi. Aina tersengih sebelum dia mengusik Ilyia dengan meniup di telinga kanan gadis itu menyebabkan Ilyia menjerit geli.
Suaranya yang nyaring tu buatkan beberapa orang dalam kelas tu serentak menoleh ke arah kami sebelum mereka kembali menyambung kerja mereka yang tergendala. Aku menggeleng perlahan sebelum menuju ke tempat duduk. Beg sekolah diletakkan atas kerusi lalu aku melabuhkan punggung pada kerusi yang sama.
" Weh, kau okey tak?" soal Aina setelah dia duduk di sebelahku. Ilyia dan Munirah serentak menarik kerusi lalu duduk di hadapanku. Aku yang menopang dagu, mengerling ke arah mereka berdua sebelum memaksa diri untuk senyum.
" Aku okey. Kenapa?"
" Ini bukan kau yang kitorang kenal. Pagi-pagi selalu kau happy, gelak sakan macam kitorang. Kau betul-betul dah sembuh ke ni?" Tanpa sempat aku berkata apa, Ilyia dengan pantas melekapkan tapak tangannya pada dahi aku sebelum menarik kembali. Dahinya di kerutkan.
" Tak panas. "
" Ish, apa kau ni? Aku okey, cuma mengantuk. " Aku bohong. Bibir bawah dikertap kuat sebelum aku sembamkan wajah pada lipatan lengan. Beberapa ketika, aku mengubah posisi kepala dengan menoleh sedikit, memandang ke arah Aina yang jelas kelihatan risau.
Aku tahu mereka risau, tapi mereka tidak mahu menyoal banyak lagi. Mungkin faham dengan keadaan aku yang baru sembuh dari demam. Perbualan Munirah, Aina dan Ilyia semakin rancak, dan aku di sebelah hanya mendengar perbualan mereka sambil tersenyum nipis. Seronok mendengar.
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fanfiction【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...