˗ˋ THE ONE | FORTY-THREE ˊ˗
43 ㅡ Again
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
" WEH, harini berapa haribulan?"
" 5 Jun." Aku menjawab laju, namun mataku masih tidak beralih pada buku latihan Bahasa Melayu itu. Baru sahaja aku hendak menulis soalan, tiba-tiba mataku terbuntang.
5 JUN?!
Berapa lama aku buang masa? Berapa banyak masa yang ada aku tak gunakan sebaik-baiknya? Dengan berbaki lagi 25 hari tu, memang aku akan jumpa ke dengan The Right One tu?
Jap, kalau aku kalah aku kena keluar dari Pulau Rintis ni. Tapi kenapa ek? Kenapa sampai keluar dari tempat tu sedangkan yang terlibat hanya budak si Boboiboy tu dengan aku. Mengapa dia perlu bangkitkan jika kekalahan aku macam aku kalah politik sampai kena keluar dari sini bagai?
" Hoi, kau menung apa? Soalan satu pun kau tak salin lagi, orang lain dah sampai soalan lima dah pun. Tuan Anas tu dah nak padam papan putih tu weh."
Aku tersentak apabila Aina menyiku aku secara mengejut menyebabkan pen di tangan hampir aku tuju pada wajahnya. Nasib baiklah aku tak sempat nak cucuk muka budak ni kalau tidak habis cacat pipi potato gebu Aina bak kata Ilyia.
Bapak ah, lama gila aku termenung memikirkan masa depan aku. Sudahlah aku tak salin soalan apa lagi, tup tup semua orang dah sampai soalan lima. Dengan kalut-kalutnya aku salin soalan, walaupun tulisan macam cakar unta tapi disebabkan ini hanya buku tulis kosong yang tidak menarik perhatian aku maka aku hanya mengambil mudah. Ya, ini perangai Elwyn Aisyah sila jangan ikut.
" Eh thial Tuan dah padam pulak." Semakin kalutlah aku menyalin soalan. Buku Aina di sebelah dengan selambanya aku tarik, menyebabkan aktiviti menulisnya terbantut. Kesan conteng pen hitam itu telah mengotorkan bukunya.
" Eh, babi habis kotor buku aku bodoh. " Aina mengertap giginya lalu menarik kembali bukunya namun dengan degilnya aku menekan buku itu dengan siku supaya tidak jauh dariku. Bola mata pen hitam laju menari-nari di atas kertas.
Kami saling berebut dan memaki sesama sendiri. Hinggalah aku dah habis siap menyalin soalan lima, lalu dengan selambanya aku melepaskan buku itu menyebabkan buku yang ditarik Aina terlepas secara mengejut. Buku terpelanting jatuh ke lantai, Aina pula hampir terjatuh dari kerusi. Kami berdua kini menjadi tumpuan kelas.
Suasana menjadi sunyi. Beberapa puluh pasang mata merenung ke arah kami berdua. Aina dengan kesempitan di dalam kesempitan yang ada, mencubit paha aku menyebabkan aku tersentak dan secara tidak sengaja menyepak bawah meja. Aku tidak mahu mengalah, malah tangan kami berdua kini berlawan tampar menampar di bawah meja.
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fiksi Penggemar【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...