˗ˋ THE ONE | SIXTY ˊ˗
60 ㅡ Sapphire━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
28 JUN | JUMAAT
ㅡ 2 days left.Hari ini entah angin apa yang merasuk Aisy, tiba-tiba je dia ajak aku pergi jalan-jalan makan angin. Aidan pun ikut sekali, Ammar je tak ikut sebab dia Aisy tak nak ajak dan tak bagi aku ajak dia. Entahlah Aisy ni apa yang fikir pun aku sendiri tak boleh agak. Macam-macam hal.
Dalam kereta, aku hanya banyak bersembang dan berjenaka dengan Aidan. Aisy yang memandu langsung tidak dihiraukan. Tak apa, Aisy memang macam tu, tak banyak cakap dan selalu serius. Kalau tiba-tiba dia ada buat lawak dengan kau nanti, faham-faham jelah bahawa dunia akan berakhir.
Eh takdelah, gurau. Hakikatnya, nak dengar dia gelak pun susah apatah lagi dia buat lawak. Heh.
Kira-kira 45 minit kemudian, kereta Honda HR-V merah itu membelok masuk ke perkarangan parkir kompleks beli belah itu. Setelah puas pusing punya pusing cari tempat parkir akhirnya jumpa jugak. Hujung minggu, jadi memang pusat membeli belah kompleks ni tidak putus-putus menerima kedatangan orang ramai.
Fuhlamak aie Elwyn, sejak bila aku punya point of view cerita ni berbaku-baku dia punya ayat.
Okeylah, berbalik pada cerita aku tadi, kami bertiga berjalan merentasi lautan orang ramai di tingkat paling bawah mall tu. Walaupun tak tahu ke mana destinasi sebenar tapi aku hanya mengikut langkah Aisy dan Aidan di hadapan. Aku menoleh ke serata tempat, mencari-cari kedai yang berkenan untuk aku masuk.
" Oi, jalan dengan aku. Kang hilang aku jugak yang susah." Tidak semena-mena tangan aku ditarik lembut oleh Aisy hingga aku rapat dengannya. Terkebil-kebil sebentar dengan kelakuannya yang boleh aku cakap, berubah 180 darjah.
Mungkin sejak insiden tu dia mula risau dengan aku kot sebab tu protective dia lain macam. Aku tersenyum sedikit, untung jugak dapat abang caring macam ni walaupun suka buli aku HOHOHO
" Nak beli apa? Aku belanja."
Serentak aku dengan Aidan menoleh memandang Aisy sebelum kami berpandangan sesama sendiri. Agak terkejut sebenarnya sebab bab-bab belanja orang ni memang bukan sesuatu yang sebati dalam diri Aisy. Kalau tak sebelum ni nak belanja aku aiskrim hijau seringgit tu pun dia dah berkira habis.
" Kau seriuslah Aisy? Kalau macam tu jomㅡ"
" Bukan kau, tapi Elwyn je. Kau dah besar, pakai duit sendiri."
Wajah Aidan menjadi cemberut apabila kata-katanya dipotong laju oleh Aisy. Dia memasukkan tangan ke dalam poket jaket denimnya dan memandang ke tempat lain lalu berdecit marah. Merajuk mungkin.
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fanfiction【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...