66

125 24 46
                                    

˗ˋ THE ONE | SIXTY-SIX ˊ˗

66 ㅡ The Great King of Galaxy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


66 ㅡ The Great King of Galaxy

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

ISNIN | 6 JULAI



" Kau serius ke kau nak pergi sekolah ni? Kau dah okey?"



Aku mengangguk perlahan lalu mendongak memandang Aisy yang memandang aku dengan pandangan was-was nya itu. Aku menggulingkan mata dan menggeleng perlahan. Pagi-pagi macam ni aku malas nak gaduh dengan Aisy. Tak kuasa aku nak bazirkan air liur aku demi dia je.



" Petang ni Elwyn balik macam biasa ke atau ada kelas extra petang ni?" soal Mama apabila aku melangkah masuk ke dapur lalu mendekati meja makan yang kini telah diduduki oleh Ayah dan Ammar. Aisy dengan Aidan muncul setelah aku melabuhkan punggung pada kerusi.



" Macam biasa," balasku pendek dan bersahaja. Roti bakar disalut coklat nutella itu disuapkan ke dalam mulut sebelum aku mengunyah perlahan.



" Kau seriuslah nak pergi sekolah ni, El? Muka kau nampak pucat, baik kau duduk rumah je lah harini." Aisy tak habis-habis memujuk aku supaya tidak ke sekolah namun aku abaikan dia. Muka aku harini takdelah pucat mana, tapi nak kata ada lingkaran hitam bawah mata tu, aku bolehlah cakap ada. Tapi elok je muka aku harini, dia je yang gelabah biawak harini kenapa eh?



" Bising sia kau pagi-pagi. Biarlah adik kau nak pergi sekolah, yang kau gelabah kenapa?" Aidan di sebelah menyiku pinggang Aisy menyebabkan si abang sedikit terhinjut kerana tindakan refleks tersebut. Mereka berdua membalas jelingan tajam.



" Entahnya. Kalau El jadi bengap kau jugak yang tak mengaku adik. " Ammar di sebelah aku menyokong kenyataan Aidan namun aku di sebelahnya memberi jelingan tajam sebelum aku menyepak betis Ammar di bawah meja. Ammar tersengih dalam sakit, cuba untuk lindung rasa sakit disepak dek aku.



Label aku bengap lagi, padan muka.



" Aip, apa ni gaduh depan rezeki? Along ni jangan cakap benda tak elok kat adik. Nak Ayah piat telinga Along ke nak rotan?"



Seperti biasa, Ayah wins the situasion. Serta-merta ketiga-tiga abang aku menunduk memandang makanan masing-masing. Semua tak berani angkat muka, apatah lagi menjawab. Aku sedaya upaya menahan tawa melihat wajah pucat mereka bertiga namun apakan daya, muka Aisy kecut tu yang paling lawak.



" Ha dah, makan. Nak gelak sambung gelak kat sekolah." sampuk Ayah menyebabkan tawa kecil aku terhenti sebelum aku menghabiskan sarapan yang biasa-biasa saja tapi sedap. Biasalah, kalau air tangan mak mana boleh lawan, walaupun dia cuma sapu nutella kat roti je.




The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now