˗ˋ THE ONE | FIFTY-SEVEN ˊ˗
57 ㅡ TAPOPS-U━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
25 JUN | KHAMIS
ㅡ 5 days left.Aku hanya merenung helaian daun hijau yang gugur ke tanah. Satu persatu ia gugur. Angin yang datang secara tiba-tiba menampar lembut pipi aku. Helaian daun yang gugur kini terbang mengikut arah angin. Anak mataku hanya mengikut arah daun-daun yang berterbangan itu sebelum aku bangun dari bangku di taman Sains itu.
Keluhan berat dilepaskan. Harini aku seorang diri. Ilyia dan Aina kena panggil dengan cikgu subjek Sejarah pulak sebab apa tah. Tak silap aku mereka berdua kena tolong sesuatu kot dekat bilik guru sana tu. Sekarang tinggallah aku seorang diri, tiada peneman waktu rehat macam ni. Haih.
Baru aku menyedari bahawa hari ini sudah hari Khamis, dan ini bermakna tinggal lagi lima hari untuk aku mencari The One selama ni. Aku menunduk, memandang kasut kanvas hitam yang dipakai.
Bukan sengaja nak membazirkan lagi tiga hari itu, tapi masalahnya sejak hari di mana berita pasal Munirah dan sekutunya tersebar satu akademi, mereka semua hilang. Aku mencari juga kelibat mereka, namun batang hidung sesiapa pun aku tak nampak. Walaupun Gopal, takpun Ying atau Yaya.
Mungkin mereka ada, cuma terlampau sibuk kot. Tak apa, kita husnudzon Elwyn. Jangan overthinking sangat, nanti kau jugak merana.
Aku menyentuh perlahan luka di siku kanan aku di mana tempat dijilat api tempoh hari di sebalik kain kemeja tersebut. Sudah tidak berbalut namun ianya meninggalkan kesan parut kekal yang besar. Begitu juga dengan di bahagian betis, memang jelas tampak kesan kena jilat api.
Tch. Ini semua salah perempuan tu.
Aku mengorak langkah walaupun aku tak tahu di mana aku ingin tuju. Tiada destinasi tertentu untuk aku pergi denga tujuan. Nak di pusing satu akademi ni, entahlah. Terlampau besar, takut aku semput pula tengah jalan.
" Mata biru..." Secara spontan ayat itu keluar dari mulut apabila aku mendongak ke langit biru. Aku ingat lagi, mata biru sapphire yang aku jumpa pada pertama kali. Nak dibandingkan dengan mata biru Angin haritu, aku yakin ianya sama seratus peratus.
Tetapi aku tak yakin kalau itu hanya ilusi semata-mata. Mungkin sebab masatu aku terlampau mengantuk dan mood aku tak stabil akibat tak cukup tidur.
Aku melangkah lagi, kali ini berjalan di sekitar kaki lima bangunan Tingkatan Lima. Rata-rata pelajar Tingkatan Lima kebanyakan mereka suka lepak di kaki lima berdekatan dengan kelas masing-masing.
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fanfiction【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...