˗ˋ THE ONE | FORTY ˊ˗
40 ㅡ Biscuit━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
PENSEL picit ditekan laju-laju seraya mata pensel itu keluar dan menjadi semakin panjang sebelum aku menekan ke permukaan meja untuk memasukkan kembali ke dalam pensel itu. Perkara yang sama diulang bersama fikiran aku yang melayang entah ke mana.
Dari semalam aku hanya memikirkan perkara itu. Bunga yang Daun berikan pada aku beberapa hari yang lepas.
Kenapa mesti bunga ungu tu?
Adakah dia tahu maksud bunga tu dan nak bagi aku amaran, tetapi amaran untuk apa?
Kalau dia tahu sekalipun, apa yang bahaya bakal terjadi kat aku?
" Hoi ! Menung jauh, fikir masa depan ke?"
Aku menjeling sekilas apabila Aina menepuk bahu aku secara mengejut, sengaja nak bagi aku melatah masa tengah kelas agaknya walhal aku sedikit pun tidak terkejut. Mungkin otak lebih kerah memikirkan pasal semalam berbanding sekarang.
" Jangan jeling macam tulah. Takut aku. Hei, kau okey tak ?" soal Aina dalam nada suaranya separa berbisik. Sekali sekala anak matanya menjeling-jeling ke arah hadapan, takut-takut kalau cikgu yang tengah mengajar sekarang perasan yang ada di antara anak muridnya tidak memberi tumpuan dalam kelasnya.
" Okey. "
" Weh, ini bukan El yang aku kenal sebelum ni do. Kau tak pernah mengelamun macam dah nampak masa depan kau yang memang takkan cerah tu. Ada masalah ke?"
" Bunga."
Aina memandang aku pelik. Aku menghela nafas panjang sebelum aku mengulang kembali perkataan yang disebut.
" Bunga? "
" Kau ingat bunga ungu yang aku jumpa haritu? " soal aku dalam nada berbisik. Tanganku memberi isyarat kepada Aina supaya tengok depan sebab Miss Najmiyah sekarang seperti tengah usha setiap pelajar dalam kelas sebelum dia sebut nama untuk tanya soalan.
Aina hanya mengangguk.
" Aku lupa sekarang ni aku simpankannya dekat mana. Rasanya macam dah hilang."
Pahaku dicubit. Akibat tidak expect dengan cubitan ketam Aina, aku secara tidak sengaja terjerit kecil lalu menarik perhatian satu kelas. Dengan kuatnya aku menampar tangan Aina supaya dilepaskan cubitan itu namun dia masih berdegil.
" Yes, Elwyn Aisyah? So do you want to read the next paragraph?"
Aku mencarut dalam hati.
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fanfiction【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...