53

116 23 82
                                    

˗ˋ THE ONE | FIFTY-THREE ˊ˗

 ˗ˋ THE ONE | FIFTY-THREE ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

53  ㅡ Fire

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━


" ARGH! "


Badan aku diheret dengan kasar masuk ke dalam sebuah gudang lama sebelum salah seorang daripada mereka melemparkan badanku hingga terhempas pada lantai simen. Rasa hentak pada badan terasa perit.




Aku bernafas laju, panik. Darah yang mengalir keluar di hujung bibir itu semakin banyak. Rambutku dicekak kasar oleh lelaki berhoodie itu dan dia memaksa aku mendongak, memandangnya.



Secara jujurnya, aku tak tahu lokasi aku sekarang. Bila aku bangun dari pengsan, aku hanya nampak sebuah gudang lama. Mereka menarik aku keluar dan memaksa aku melangkah masuk ke dalam namun disebabkan aku silap langkah, aku terjelopok jatuh. Mereka berempat berang, lalu salah seorang dari mereka terus mengheret aku dengan menarik kolar baju kemeja hingga leher aku rasa dijerut.



Tch.



" L-lepaskan aku!" Aku menggigit bibir bawah dengan kuat. Bibirku menggeletar apabila mereka berempat semakin dekat. Di tangan masing-masing ada sepucuk pistol. Aku menelan liur, tetapi terasa payah.



Salah seorang daripada mereka yang bertopeng, bercangkung di hadapan aku. Dia menarik topeng hitam, membiarkan wajahnya and ditatap oleh aku. Muncung pistol itu diacukan di bawah daguku, sehingga aku dapat rasa muncung senjata api itu sangat rapat dengan kulit bawah dagu.




" Lepaskan? Apa faedahnya?" Lelaki itu tersengih sinis menampakkan gigi taringnya. Dia berdiri, kemudian memandang tiga rakannya yang lain sebelum mereka ketawa besar.




Sekali lagi, air mata berjuraian jatuh ke pipi. Aku bernafas berat. Rasa takut dan cuak semakim mencengkam.




" A-apa k-korang nak dari a-aku?" Terasa air liur tersekat di kerongkong sekaligus menyukarkan aku untuk bersuara. Terasa perit, dan sesak dada. Tanganku yang diikat dengan tali langsung tidak boleh berbuat apa-apa.




Tolonglah sesiapa, selamatkan aku!




" Kitorang hanya terima arahan daripada boss kami."



Mereka berempat kemudian ketawa lagi. Aku mengubah posisi duduk sebelum aku mengesot ke belakang perlahan-lahan apabila mereka berempat melangkah, mendekati aku. Perut aku dah kecut. Mindaku mula fikir tindakan mereka seterusnya yang bakal aku terima.




Kelakuan aku terhenti apabila aku tersandar pada dinding gudang itu. Gigiku digeserkan sebelum aku berdecit kerana tiada tempat lain lagi nak lari.



The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now