˗ˋ THE ONE | FIFTY ˊ˗
50 ㅡ Fever━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
12 JUN | 8.00 A.M.
" Sayang, kalau nak makan tu mama dah sediakan makanan dekat dapur. Nanti El jangan lupa makan ya, lepastu makan ubat. Kalau apa-apa call mama ayah, takpun abang."
Pipiku dicium sekilas oleh mama sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu. Aku yang serabai masih berpakaian pijama tidur dan dahi ditempek kool fever, melambaikan tangan ke arah kereta Volkswagen Jetta kelabu yang kini telah keluar dari perkarangan rumah.
Aku melepaskan keluhan panjang sebelum pintu utama aku tutup lalu aku kunci. Langkah dibawa ke sofa sebelum aku merebahkan badan di atas sofa bentuk L warna hitam tersebut. Kipas yang berpusing menjadi tatapan sementara sebelum aku menutup mata dengan lengan.
Hari Jumaat. Aku tak pergi sekolah.
Ya, aku demam. Semalam masa Ammar ambil aku pun, badan aku dah start panas semacam. Lagi teruk bila aku muntah, tapi hanya keluar air. Memang perit, padah sebab aku tak makan waktu rehat.
Maaf, Along. Termuntah atas baju Along pulak hm.
Aku mengubah posisi baringku di atas sofa tersebut, namun rasa tak selesa pula lalu aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilik kembali. Kalau nak tengok TV pun, kang kepala aku pening pulak. Kalau nak buat kerja pun, bukannya aku larat jadi aku putuskan aku tidur je.
Yelah, dah demam. Kau nak expect aku kemas rumah, memang tak lah.
Sunyi betul kalau duduk sorang-sorang kat rumah. Ayah dengan mama kerja, Ammar pun sama. Aisy dengan Aidan awal-awal lagi dah dekat kolej. Hanya aku saja yang berkurung dalam rumah macam orang kena kuarantin, heh.
Perlahan-lahan aku merangka naik atas katil sebelum selimut tebal aku capai lalu membaluti tubuh badanku. Rasa hangat selimut tebal ni buatkan aku rasa macam nak tidur terus, taknak bangun dah.
Tetapi mata pulak taknak bekerjasama. Aish.
Phone di atas laci mini sebelah katil aku capai. Terdapat beberapa mesej yang masuk dan kebanyakannya adalah Aina dan Ilyia yang kerja spam nya tak habis-habis. Pagi-pagi buta lepas Subuh pulak tu.
Ikon aplikasi Whatsapp ditekan lalu mesej Aina dan Ilyia dalam group aku jenuh skrol sebab diorang ni spam ayat yang sama.
Elwyn demam, protecc her! (ง'̀-'́)ง
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fanfiction【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...