˗ˋ THE ONE | THIRTY-EIGHT ˊ˗
38 ㅡ Punch Kiss━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
AKU pandang Api dengan wajah keliru. Namun Api hanya mengangguk lalu tersengih. Sebelah keningnya dijoketkan.
" Kau ajak aku semata-mata nak teman kau main bola keranjang je..?"
" Lah, dah tu? Kau ada expect aku nak bawak kau pergi dating ke?" Senyuman sengetnya terukir di bibir, mengejek. Tangannya mengeluarkan phone lalu diserahkan kepada aku.
Aku berdecit marah lalu bola di tangan aku bagi padanya dengan kasar. Terasa berbahang sedikit wajah selepas Api berkata begitu. Aku menolak tepi mulut dengan lidah, membentuk satu gelembung. Api ketawa mengekek sebelum dia bergerak ke tengah gelanggang.
Aku pula melabuhkan punggung di atas lantai simen itu lalu duduk bersila. Kain yang terselak aku perbetulkan sedikit supaya tidak terdedah bahagian kaki aku. Anak mata pula masih setia memandang aksi lincah jejaka di tengah-tengah gelanggang itu.
Sementara menunggu dia puas bermain dengan bola tu, aku mengeluarkan phone dari dalam poket blazer sebelum membuka aplikasi Instagram. Agak lama juga aku skrol dan membuang masa di aplikasi tu untuk like gambar manusia yang aku follow, dengan tengok explore. Habis tengok Instagram, aku bukak Twitter. Habis Twitter, Tiktok lepastu Snpachat. Benda yang sama aku buat pada setiap aplikasi hiburan yang aku ada sehingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Langsung tidak menyedari sudah hampir sejam aku duduk di situ.
" SLAM DUNK! YAHOO !"
Hampir terlepas phone dalam genggaman apabila mendengar Api menjerit secara tiba-tiba. Aku mengangkat wajah, memandang Api yang berlari anak mendekati aku. Dengan riak wajahnya ceria, tak padan langsung muka tu berlebam sebab kena belasah.
" El! Kau nampak tak tadi? Aku boleh buat slam dunk at last! Yeah!"
" Aku main phone tadi, tak perasan pulak kau buat slam dunk tadi. Err..." Serba salah pulak aku bila riak wajah Api tadi dari ceria, terus menjadi suram. Dia melepaskan keluhan berat sebelum duduk bercangkung depan aku.
Anak matanya tajam menikam, dalam ke anak mata aku. Aku meneguk liur yang tiba-tiba terasa kelat. Dia marah ke?
" Kau ni... janganlah asyik hadap benda ni je. Tak elok kau tau tak, nanti boleh sakit mata. Dari kau tengok phone tu, lebih baik kau tengok aku. Hensem pun hensem." Api tersengih, dengan jari telunjuk dan ibu jarinya terletak di bawah dagu membentuk pose. Aku menggulingkan mata ke atas tanda menyampah mendengar ayat perah santannya. Beberapa saat kemudian, anak mata aku tertancap pada bahagian lengannya yang terdedah.
YOU ARE READING
The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓
Fiksi Penggemar【 13+ 】 Anda ingat siapa Elwyn Aisyah? Ya, seorang gadis yang perlu mencari siapakah The Right One sekaligus mula mengorek rahsia satu per satu diri jejaka itu. ㅡ sambungan #chapter 37 dari @quanted- [ WARNING! ] ++ buku ni cringe, sumpah tak tipu...