44

160 23 50
                                    

˗ˋ THE ONE | FORTY-FOUR ˊ˗


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


44 ㅡ New Case



━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━



BEG dilemparkan di atas meja tanpa sebarang amaran menyebabkan Aina yang sedang elok terlentok kepala atas meja, terkejut beruk dek bunyi hempasan yang kuat itu. Bukan Aina sahaja, malah beberapa orang yang berada di dalam kelas itu juga secara automatik terhenti aktiviti mereka pagi itu.





Aku malas nak cakap banyak, terus keluar dari kelas itu tanpa berkata apa-apa. Penumbuk digenggam erat hingga menampakkan urat hijau yang tersembul di belakang tapak tangan itu.






Bunga yang aku terima semalam kali kedua memang buatkan hati aku semakin galau. Rasa tidak sedap hati semakin lama semakin membuak sejak aku dapat bunga ungu itu pada pertama kali namun aku hanya anggap itu perasaan aku je.






Tetapi ini sudah kali kedua, memang ada sesuatu.






Aku sudah berdiri di hadapan kelas 5-A walaupun ramai di antara rata-rata pelajar yang suka lepak di kaki lima pada waktu awal pagi itu telah memandang aku dengan pandangan semacam.





Ah, apa aku kisah !






Namun sebaik saja aku memegang tombol pintu itu, ianya tak terbuka apabila ditolak. Aku mencarut dalam hati. Kunci pulak. Tapi takkanlah antara mereka takde budak lain yang sampai kat kelas ni?






Aku menggumam bibir. Hanya ada satu tempat saja memang aku pasti mereka akan berkumpul di situ.







Terus kaki menuju ke destinasi yang dituju.

















Seperti yang kuagak, hanya Boboiboy, Ying dan Yaya sahaja sedang duduk di situ. Mereka semua sedang berbual kosong. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu tanpa memberi sebarang salam menyebabkan mereka terkejut dengan kehadiran aku.






" Eh, Elwyn! Selamat pagiㅡ"






" Daun, jumpa aku di luar sekarang."





Semua terdiam apabila melihat reaksi serius aku. Daun apatah lagi, dengan wajah polosnya, dia menuding jari ke dirinya sendiri sebelum dia menoleh ke kiri dan ke kanannya meminta kepastian. Cepat-cepat dia turun dari meja itu apabila melihat reaksi mendatar itu.






The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now