64

149 25 57
                                    

˗ˋ THE ONE | SIXTY-FOUR ˊ˗

˗ˋ THE ONE | SIXTY-FOUR ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


64 ㅡ Warning

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━


4 JULAI | SABTU

Dah hari Sabtu. Aku masih berbaring di atas katil, tanpa berbuat apa-apa langsung harini. Jam di dinding, aku kerling. Pukul 3 petang, dan aku masih tiada rasa nak bergerak seinci pun dari katil. Semalam pun aku hanya hadap siling, duduk sengsorang kat rumah pada masa orang lain pergi kerja dan sekolah. Tapi aku masih di sini. Di atas katil.


Tadi Mama dan Ammar sesekali menjenguk keadaan aku. Tak lupa juga mereka ada memujuk aku suruh bangun dan makan walaupun sedikit. Aku dah dua hari tak makan, tapi aku langsung tak rasa lapar. Rasa tu macam dah mati.

Perlahan-lahan tangan aku menggosok mata yang membengkak akibat aku kerap menangis, lagi-lagi bila tengah malam. Walaupun aku tahu tak elok sedih pada waktu malam tapi entahlah. Aku macam terlampau sensitif pula sekarang walaupun sebelum ni benda yang aku tak pernah ambil hati pun boleh jadi isu.

Contohnya, Aisy. Dia tidak sengaja meninggikan sedikit suara dia menyuruh aku turun makan tapi aku pulak yang menangis macam budak kecik. Hm, apa nak jadi dengan aku sekarang ni? Aku pun tak faham.

Boleh lemau badan aku kalau terus-terusan macam ni. Walaupun rasa malas dan badanku seperti terlampau berat untuk bangun dari katil itu, tapi aku gagahkan diri. Aku menjilat bibir yang sudah kering mengelupas, efek dari seharian aku tak minum air jadi badan aku kekurangan air. Sengaja aku kupil, tapi makin teruk pula bila ada banyak ketulan darah beku di bibir.

" Anak mama dah bangun?"

Aku mendongak sedikit memandang Mama yang muncul di muka pintu bilik. Seperti biasa, senyumannya yang penuh aura lembutnya sebagai seorang ibu tidak pernah lekang dari bibirnya. Aku hanya menatap wajahnya dengan pandangan kosong. Tiada angguk, atau geleng, atau sebarang bunyian sebagai menyahut.

Perlahan-lahan tangan Mama mengusap kepala aku dengan lembut sebelum dia merapikan rambut aku yang serabai. Aku hanya membiarkan saja tangan lembut Mama mengusap perlahan rambut aku, sebelum tangannya dibawa ke pipi dan menyentuh lembut.

" Makanan lebih tadi ada Mama simpan bawah tudung saji. El nak, pergi tengok kat dapur."

Kata Mama lalu dia menghilang di sebalik dinding. Aku hanya merenung di muka pintu sebelum perlahan-lahan aku melangkah menuruni anak tangga dan ke dapur. Disebabkan aku baring di atas katil terlalu lama dari kebiasaan, jadi pandangan aku agak kabur kerana kepala aku terasa berpusing.

Aku mendekati Coway lalu gelas yang di rak aku capai. Beberapa saat aku menunggu supaya air di dalam gelas sudah hampir penuh lalu aku cuba menyisip sedikit. Namun saat bibir aku menyentuh mulut gelas,

The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now