55

135 23 70
                                    

˗ˋ THE ONE | FIFTY-FIVE ˊ˗

 ˗ˋ THE ONE | FIFTY-FIVE ˊ˗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

55 ㅡ Blue Eyes


━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

17 JUN | 4.00 P.M.



Hari ketiga aku duduk di sini.


Doktor cakap kalau tiada apa-apa, malam ni aku dah boleh discharge. Reaksi aku bila mendengar itu? Kosong. Tak rasa gembira atau sedih. Aku cuma... tak rasa apa-apa.



Hari ini pun aku ada pelawat dan semestinya mereka tu Aina dan Ilyia. Bukan mereka berdua sahaja, malah ada lagi empat orang rakan sekelasku yang sudi melawat aku pada waktu-waktu macam ni.



" Kau sihat harini?" Aina menyapa aku dengan lembut. Tangannya dia genggam dengan erat sebelum dia peluk aku secara tiba-tiba. Aku kaget, tapi perlahan-lahan aku membalas pelukan dia.



" Ya. Kalau takde apa-apa aku dah boleh keluar malam ni. Tapi kena rehat kat rumah sampai hujung minggu nilah."




" Risau gila kitorang tahu tak? Macam nak tercabut jantung rasa bila kitorang dapat tahu yang kau kena culik do." Ilyia menghimpit di sebelah Aina menyebabkan Aina hampir terjelopok jatuh dek ditolak Ilyia itu.



Aku ketawa kecil sebelum seorang demi seorang aku perhati wajah mereka. Lagi empat orang tuㅡ Lisa, Maya, Haziq dan Mikael. Mereka hanya melemparkan senyuman nipis kepadaku, dan aku membalasnya.



Hanya perbualan kecil yang kini menjadi topik perbualan, sebelum bertukar kepada topik di sekolah, gosip dan banyak lagi. Mereka berenam rancak bercerita pada aku. Aku pula hanya diam mendengar dan tersenyum saja walaupun tak tahu apa-apa. Hampir sejam kami berbual di situ.



" Kau okey tak? Bawah mata kau ada lingkaran hitam, muka kau pucat. Kau cukup tidur ke tak ni?" Lisa bertanyakan tentang keadaan aku setelah sekian lama aku menyedari bahawa matanya memang tak pernah renggang dari aku walau sesaat pun.



" Kau... tak tidur?" Kali ini, Ilyia pula menoleh memandang aku. Anak matanya bergerak-gerak atas bawah, memerhatikan keadaan di wajah aku. Dia bangun secara mengejut sebelum kedua-dua pipi aku ditekup kuat olehnya. Aku terkejut gila dengan dengan perbuatan spontan Ilyia tu.



" EH HAAH LAH MATA KAU MACAM PANDA! KAU TIDUR KE TAK?"



" Ilyiaㅡ!" Aina menarik tangan Ilyia supaya jauh dari aku.



Aku terkebil-kebil memandang Ilyia yang kelihatan seperti cemas itu sebelum aku ketawa kecil. Ilyia, kalau tak bongok memang tak sah.



" Aku tak boleh tidur sebab tak selesa. Jangan risaulah, balik rumah nanti aku tidur puas-puas. Alah, ini hal kecik jelah." Aku memaksa sebuah senyuman terukir pada masa aku berasa sakit kerana menipu.



The One 2 | [𝐛𝐨𝐛𝐨𝐢𝐛𝐨𝐲] ✓ Where stories live. Discover now