Bab 1

25.3K 673 51
                                    

Lapangan Terbang , Kuala Lumpur.

DERAP langkah diatur dengan penuh bergaya menuju ke balai ketibaan. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam kocek seluar sementara tangan yang satu lagi sedang menolak bagasi bersamanya. Lelaki tinggi lampai bak tiang lampu itu hanya tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya apabila melimpasi sekumpulan gadis.

"Woi! Dia senyumlah gila!"

"Gigi taring dia woi!"

"Argh! Dia tengah pandang akulah!"

Lelaki yang dikenali sebagai Tengku Hatta Jonathan itu menurunkan sedikit kaca mata hitamnya. Sebuah kenyitan diberi kepada gadis-gadis tadi sebelum Tengku Hatta meneruskan langkahnya. Gadis-gadis itu menjerit histeria.

Sampaikan ada seorang gadis yang sedang syok menatap wajah kacak milik Tengku Hatta senyum sehingga tidak menyedari yang dirinya sedang berjalan menuju ke tiang balai tersebut.

GEDEBUK!

"Aduh!" Gadis itu duduk bertapa ditengah-tengah balai ketibaan. Dahinya yang kemerahan disentuh. Baru sahaja gadis itu hendak bangun , tiba-tiba ada satu tangan dihulurkan kepadanya. Gadis itu mendongak dan memandang siapakah gerangan yang hendak membantunya itu.

"Are you okay?" soal lelaki itu dengan penuh bergaya.

Automatik pipi berubah merah. Woi! Dia pandang tepat ke mata akulah siot!

"Ya. I'm okay."

Tengku Hatta menjongket kening sambil memberi isyarat pada gadis itu agar menggenggam tangannya. Gadis tadi tu apa lagi , dengan hidung kembang kempis dia terus menaikkan tangannya mahu bersatu dengan tangan berurat milik Tengku Hatta.

Tetapi belum sempat tangannya selamat mendarat ke tapak tangan lelaki itu , Tengku Hatta terus menarik semula tangannya lalu dilekapkan ke dada miliknya. Sebuah senyuman manis diberi.

"Eh. Tak boleh pegang. Berdosa. Bye. Assalamualaikum," ucap Tengku Hatta sebelum berlalu pergi. Dia tergelak kecil melihat riak masam gadis itu.

Tak guna! Fake hope rupanya!

Kaca mata hitamnya digantung di kolar baju kemeja miliknya. Rambut yang mula serabai diraup ke belakang. Ada belahan didagu Tengku Hatta. Terserlah ketampanan lelaki kacukan Thailand-Melayu itu. Kening tebal diangkat satu.

Mata menawannya meliar mencari sesuatu. Siapa lagi kalau bukan aku? Ya aku. Dari ayat pertama sampailah ayat sekarang ni akulah yang ceritakan satu-persatu kejadian yang baru berlaku tadi. Pft , puji diri sendiri pula aku.

Nama diberi Tengku Hatta Jonathan Bin Tengku Hakim Ginginyangdiaha. Baik-baik sikit bila sebut nama penuh daddy aku tu. Jangan pula korang terbaca giginya tiada. Kalau salah sebut nanti , aku gigit kang. Nama daddy aku memang pelik. Maklumlah campurankan.

Aku menempatkan punggung diatas bagasi tadi.  Telefon Iphone milikku aku tatap lama. Tidak jauh dari tempat aku berada , gegendang telingaku menangkap satu suara aneh datangnya daripada hujung balai ketibaan itu. Aku menaikkan wajah. Suara itu semakin jelas.

Dari ekor mataku , aku terlihat seorang lelaki yang mengenakan baju berwarna pink , kasut pun pink juga. Dapatku lihat bibirnya yang tak berapa nak seksi tu juga tercalit benda merah. Tangannya pula tergapai-gapai diudara. Lenggokan tubuhnya membuatkan bulu romaku naik menegak. Tengkuk aku gosok tanda seram.

Seram bila pak cik aku sendiri berpakaian sebegitu. Biarpun kami ni berasal daripada keluarga... tak payah bagitahulah. Nanti kamu semua lari daripada tatapan mataku. Haish!

"Anak saudara aku dah balik! Oh my Hatta! Muka tu mat salih sangat! Meh kiss sikit.." Itulah dia pak cik gedik a.k.a Tengku Raykal Terhelanhulang. Bukan tertelan tulang ya! Sebut nama pak cik aku tu baik-baik. Takut nanti ada yang tertelan tulang ayam!

Aku menjauhkan diri dari Pak Cik Raykal. Geli-gelaman aku jadinya. Kenapa teruk sangat Pak Cik aku ni? Tak padan dengan identiti keluarga kami. Eh korang jangan pandang rendah dengan Pak Cik Raykal tu. Dia memang lembut ala-ala sotong.

Tapi bila kau buat dia mengamuk atau marah , silap hari bulan pinggang kau bengkok ke tepi pula. Tendangan dia tu pergh... sakit! Aku pernah kena sekali. Alhamdulillah , tak bengkok pinggang aku ni.

"Abang Hatta!" tegur seseorang daripada belakang. Aku tersenyum hingga ke telinga. Tangan aku depakan supaya adik lelaki aku tu senang nak peluk abang dia yang hensem lagikan bergaya ni. Dialah Tengku Harith Nathan. Adik bongsu aku. Sebenarnya aku ada dua adik-beradik. Yang satu tu entah pergi mana. Entah-entah menyinggah ke tempat lain.

"Hei Harith." Aku pantas mengubah hala tuju Tengku Harith supaya memeluk Pak Cik Raykal. Tengku Harith membesarkan mata bila menyedari perbuatan aku tadi. Dia membuat muka pelik lalu berbisik,

"Bau sotonglah dia ni.."

Aku pantas menekup mulut. Tawa terpaksa aku tahan daripada meletus keluar. Sempat aku menarik cuping telinga Tengku Harith sebelum kami bertiga berjalan keluar daripada balai ketibaan itu. Baru setapak kami melangkah , aku terlihat seorang jejaka sedang leka berbual mesra dengan seorang gadis.

Aku berpeluk tubuh lalu berdehem kuat.

"Ehem! Tengku Harlan Lethan!" tegurku dengan suara yang tegas. Lethan ya bukannya setan.

"Eh! Abang Hatta! How's your day?" Dengan kurang ajar sekali Tengku Harlan meninggalkan gadis itu terpinga-pinga. Satu perkataan selamat tinggal pun tiada diucapkan. Main blah macam tu saja bila nampak muka aku tadi.

"Makin nakalkan kau ni?" soalku.

"Senakal-nakal Harlan. Nakal lagi abang Hatta tau. Tapi dekat rumah nanti abang dah tak boleh nakal lagi tau. Sebab..."

Aku mengerut dahi tanda pelik.

"Sebab?"

"Sebab ada orang baru yang garang tinggal bersama kita," jawab Tengku Harlan bersahaja.

"Siapa dia?" tanyaku ingin tahu.

"Dia doktor peribadi yang akan merawat ahli keluarga kita kalau ditimpa kemalangan atau sebagainya. Dia garang sangat. Suka tumbuk orang. Nama dia Armel Ariana."

Dengan perlahan bibir merahku tersenyum penuh makna. Lidah aku tolak ke pipi sementara tanganku meraup rambut yang makin serabai akibat terkena tiupan angin.

Yang garanglah aku suka usik!

--------

So how? Maaflah kalau ada kekurangan. Jangan lupa vote dan komen kalau anda suka dengan cerita ini.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now