Bab 40

5.3K 256 14
                                    

TENGKU HATTA turut diam membisu. Dia pelik bila Armel memandangnya lama. Tangannya naik lalu dilambai tepat didepan muka milik isterinya. Sudah kenapa Mel ni pandang aku macam baru nampak hantu? Sedar dari koma je terus macam ni? Aku ingatkan bila dia dah sedar dia terus peluk aku. Tapi harapan aku punah semuanya. Armel renung aku macam nak terkam adalah.

"Mel? Kenapa Mel tengok abang maca-"

"Kenapa abang masih hidup?" Selepas beberapa minit mendiamkan diri , akhirnya Armel membuka suara. Tengku Hatta membulatkan matanya tatkala soalan itu yang Armel tanyakan terhadapnya. Entah bahagian mana yang lucu , tiba-tiba lelaki itu ketawa mengekek. Lawak apa pulak ni?

"Apa maksud Mel ni? Abang tak faham," soal Tengku Hatta , bingung. Muka kacaknya berkerut seribu. Lagi dia terkejut beruk apabila Armel menolak tubuhnya sehingga tersungkur diatas lantai. Sikitpun Armel tidak mahu Tengku Hatta mendekatinya. Bukan apa , dia masih keliru dengan apa yang sudah terjadi sebelum ini.

Yang dia tahu Tengku Hatta sudah meninggal dunia kerana menghidapi penyakit barah otak tahap empat. Kalau suami aku dah mati , siapa pulak insan yang terbaring simpul dibawah tu? Takkanlah mimpi kot? Kalau mimpi sekalipun kenapa aku rasa macam mimpi tu seolah-olah nyata?

"Apa ni main tolak-tolak?" Tengku Hatta menyoalnya sambil duduk bersila diatas katil. Dilihatnya Armel seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Selepas lima bulan akhirnya Armel tersedar dari koma. Tup tap dah bangun perkataan pertama yang dia kata dengan Tengku Hatta macam ni 'kenapa abang masih hidup?' Tak ke lucu tu?

"Macam mana abang boleh hidup balik? Bukankah abang dah pergi?" Armel menyoalnya lagi. Terdapat banyak tanda soal yang berada diatas kepalanya.

"Oh! Tu senang je. Abang keluar dari kubur balik. Aduh apa ni sayang? Mel mengarut apa ni? Mana ada abang pergi tinggalkan isteri abang ni. Suka hati je kan cakap abang ni dah mati? Kenapa? Mel suka tengok abang mati?" Tengku Hatta duduk dihujung katil pesakit. Bukan apa kang kalau Tengku Hatta duduk dekat dengan Mel tak pasal-pasal kena tendangan padu daripada dia.

"Aku tahu! Kau Satra kan?! Kau menyamar jadi Hatta kan?!" bentak Armel lalu menarik rambut suaminya sehingga lelaki itu terbaring dikatil pesakit. Bukan suara jeritan yang kedengaran tapi suara ketawa milik Tengku Hatta. Armel tarik rambut dia kot sekarang ni , tapi dia tak jerit? Ketawa dah kenapa?

Bertambah kelirulah Armel dibuatnya.

"Sabar! Sabar! Eh!" Dalam sekelip mata Tengku Hatta menggenggam erat pergelangan tangan Armel. Dapat dia rasakan yang rambutnya sudah terpacak ke kanan semuanya. Alah , macam kena tiup angin masa bawa kereta tu.

"Mel dah melampau kan? Sedar dari koma je terus cakap abang dah mati. Apa ni?"

"Memang abang dah mati! Mel sendiri ada disitu masa abang hembuskan nafas terakhir!"

"Kalau abang dah mati , siapa pulak lelaki yang ada didepan mata Mel sekarang ni? Satra? Satra celah mana pulak ni sayang? Nama beruk mana yang Mel sebut ni herm?"

Armel mati kata. Keadaan wad yang putih dipandang. Macam mana aku boleh ada dihospital?

"Okey macam ni. Mel ingat tak masa ada babun yang suka hati dia je nak pukul Mel hari tu? Ingat tak?" Tengku Hatta menceritakan satu-persatu kejadian yang menyebabkan Armel koma selama lima bulan. Walaupun masih bingung dengan apa yang terjadi namun Armem tetap menggangguk tanda masih ingat.

"Masa abang nak pergi dekat Mel tu , ada satu kereta kurang cerdik tiba-tiba langgar Mel. Dia langgar Mel teruk sangat sampai isteri abang ni koma selama lima bulan. Selama lima bulan tu jugaklah abang menahan rasa rindu abang terhadap Mel," kata Tengku Hatta lalu menguntumkan senyuman menawan.

Flashback Bab 25,

"Lepas! Hatta nak bunuh lelaki ni!" Dia meronta-ronta. Tajam matanya memandang insan yang lemah itu.

"Hatta! Sudah! Armel perlukan Hatta sekarang ni!" Apabila nama Armel di sebut, Tengku Hatta terus berhenti mengamuk. Perlahan dia bangun, lalu segera mencari kelibat Armel di sekitar itu.

Tidak jauh dari mana Tengku Hatta berada, dia melihat Armel sedang berusaha untuk bangkit di tepi jalan raya. Perit hati Tengku Hatta apabila melihat luka dan lebam pada wajah isterinya pada ketika itu.

Tanpa membuang masa, Tengku Hatta berlari pantas ke arah Armel. Serentak dengan itu, sebuah kereta berwarna hitam tiba-tiba melimpasi Tengku Hatta lalu melanggar Armel yang baru sahaja hendak pergi mendapatkan Tengku Hatta.

Depan mata Tengku Hatta sendiri, dia melihat kereta itu melanggar isterinya. Tubuh kecil itu terbuang ke tepi.

"Mel!" jerit Tengku Hatta sebelum meluru ke arah Armel yang sudah terbaring lemah di atas jalan raya. Parah keadaan Armel saat itu. Dia tidak sedarkan diri.

"Bangun, Mel! Bangun!" Tengku Hatta menepuk-nepuk pipi Armel namun tiada sebarang respon darinya.

Matanya tertumpu pada sebuah kereta yang telah melanggar Armel tadi. Kereta itu berhenti seketika di depan Tengku Hatta. Tidak lama kemudian, kereta itu meluncur laju meninggalkan tempat itu.

Tengku Hatta terus mencempung Armel lantas membawanya ke hospital.

End Of Flashback.

Armel terpegun memandangnya. Lepas apa yang dah jadi , dia perasan sesuatu pada suaminya. Tengku Hatta semakin kacak dan mengancam sekali. Dengan rambutnya yang serabai akibat perbuatan Armel tadi , dua butang bajunya terlepas , lengan baju pula ditarik hingga ke paras siku. Pergh , menggoda kalbu!

Argh! Apa sebenarnya yang berlaku ini? Adakah aku mimpi lagi?

"Abang rasa abang tahu apa yang Mel alami sebelum ni. Mungkin Mel mengalami lucid dream?" duga Tengku Hatta. Muka Armel yang dingin diusap sebelum tangannya menarik lembut kedua belah pipi Armel supaya dia tersenyum paksa.

Lucid Dream? , ulang Armel dalam hati.

"Apa tu?" tanya Armel ingin tahu.

"Google kan ada? Carilah sendiri," jawab Tengku Hatta acuh tak acuh. Dengan perlahan dia membaringkan tubuh Armel ke katil pesakit semula. Kemudian dia pula yang baring disamping Armel. Sudahlah katil sempit , dekat situ jugak dia nak baring. Siapa sebenarnya yang sakit ni?

"Abang sakit barah otakkan?" Armel menyoal lagi.

"Huh? Sebelum ni memanglah. Kan abang dah menjalani pembedahan untuk buang tumor tu?"

"Mel tak mimpi kan sekarang ni?"

"Tak sayang. Tak mimpi pun." Tengku Hatta sudah bersedia hendak memejamkan matanya disisi Armel. Dipeluk erat tubuh kecil isterinya.

"Abang memang tak matikan?"

Automatik Tengku Hatta membuka matanya semula. Dia menepuk dahi tanda 'apalah yang Armel merepek ni?'

"Tak sayang. Tak mati. Dah diam. Sementara doktor dan yang lain belum tahu yang Mel dar sedar dari koma , apa kata kita tidur sini? Rindu betul abang nak peluk Mel masa tidur." Armel ditarik rapat ke arahnya sehingga deruan nafasnya menderu-deru ke pipi mulus isterinya.

Armel pula kaku seketika. Diamati dalam-dalam wajah Tengku Hatta. Betulkah ini semua bukan mimpi? Adakah lelaki yang berada disebelah aku ni adalah suami aku? Tengku Hatta?

Sebenarnya Armel masih belum puas lagi untuk memastikan perkara yang sebenar. Tanpa amaran , telinga Tengku Hatta ditariknya kuat untuk membuktikan bahawa lelaki itu bukan khayalan semata-mata.

"Arghhhhh!!!"

----

Maaf kalau ada typo dll. Mimpi Armel bermula di Bab 25.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now