Armel keliru dengan Tengku Hatta. Kenapa Hatta boleh dapat tahu tentang hal ini? Siapa yang bagitahu dia? Maknanya Hatta dah tahu yang aku ni adalah anak musuh ayahnya? Armel tertanya-tanya juga dalam hati. Adakah Hatta akan membencinya? Adakah Hatta akan membuangnya jauh dari sudut hatinya?
"Jom!"
Selepas puas mentertawakan Encik Rifqi yang sudah pengsan didalam kereta , lelaki itu terus menarik Armel supaya pergi dari situ. Sikitpun dia tidak memarahi Armel bila kebenaran sudah terbongkar didepan mata. Armel betul-betul keliru sekarang ini. Kenapa Hatta tak biarkan je aku dekat sini? Kenapa dia harus membawa aku bersamanya? Bukankah sepatutnya dia membenci aku?
"Ada kereta sedang tunggu kita dekat sana. Jo-"
BUM!
Langkah terhenti. Bunyi letupan yang kuat membuatkan mereka membantutkan langkah untuk maju ke hadapan. Dari jauh lagi Tengku Hatta sudah melihat kereta yang menunggu mereka itu telahpun meletup. Lelaki itu merengus geram. Macam mana dia boleh tidak tahu tentang hal ini?
"Abang!"
Tengku Hatta tersentak apabila tangan Armel ditarik kuat ke belakang. Disaat Tengku Hatta ingin memusingkan tubuh ke belakang , mukanya dipukul dengan menggunakan kayu besbol yang berada ditangan seorang lelaki tegap. Tengku Hatta rebah ke tanah. Darah mula mengalir dimulutnya.
"Hatta kan?" soal lelaki itu dengan sengihan. Kayu besbol tadi dia tampar lembut ke tapak tangan. Terdapat lima orang lelaki yang berada disitu. Salah seorang daripada mereka menahan Armel daripada menghampiri Tengku Hatta.
"Taklah. Aku atok kau," jawab Tengku Hatta seraya maju ke hadapan. Darah pada bibirnya dikesat kasar. Kaki lelaki itu dia sepak sehingga lelaki itu terkangkang. Kayu besbol tadi dirampas olehnya lantas disandarkan ke bahunya. Senyuman sinis ditayang.
"Tak guna! Maju!" Yang lain mula meluru ke arah Tengku Hatta. Kayu besbol dihayun.
"Argh!"
Sesi pergaduhan itu disaksikan sendiri oleh Armel. Tengku Hatta sangat tangkas mempertahankan diri. Setiap pergerakan musuhnya dapat dia baca. Berkali-kali kayu besbol dihayun ke arah Tengku Hatta namun tiada satu pun yang kena pada tubuhnya. Setiap serangan mereka dilumpuhkan oleh lelaki itu.
"Lembablah kamu semua ni!"
Seorang lelaki tiba-tiba muncul dengan senapang ditangan. Sasarannya tepat menghala ke kepala Tengku Hatta. Dengan perlahan picu penembak ditekan. Namun disebabkan pergerakan Tengku Hatta terlalu pantas , agak sukar untuk dia menembak musuhnya itu. Argh! Tembak sajalah! Yang penting kena.
BANG!
"Argh!"
Untuk kali keduanya lengan Tengku Hatta ditembak. Kaki kanannya mendarat ke tanah. Pedih , sakit. Baru sahaja dia hendak mengangkat wajah ke hadapan , kepalanya ditendang kuat oleh lelaki tadi. Tendangan demi tendangan yang hinggap pada badan Tengku Hatta.
"Abang! Lepaslah! Lepa... argh!" Kerana tidak tahan mendengar suara jeritan Armel , lelaki yang menahannya terus menumbuk perut Armel sehingga dia jatuh pada lengan lelaki itu.
"Bisinglah kau ni!"
"Le.. lepaslah!" Armel tetap meronta-ronta. Namun kali ini pipinya pula yang ditampar. Dia tampar bukan sekali geng , tapi dia tampar berkali-kali! Tengku Hatta yang masih bertahan itu memusingkan tubuh ke arah Armel yang mula lemah. Membara hatinya tatkala Armel diperlakukan sebegitu.
"Aku kata diam!"
"Tak guna!" jerit Tengku Hatta.
Walaupun terasa lemah , namun Tengku Hatta sedaya upaya hendak bangun. Rasa sakit yang dirasakan tidak dapat dibandingkan dengan rasa sakit yang sedang dia saksikan didepan mata. Sebelum kaki lelaki itu hinggap ke wajahnya , Tengku Hatta pantas menangkap kakinya lalu disiku sehingga kedengaran bunyi tulang patah.
Setelah berjaya menjatuhkan musuh , Tengku Hatta mengambil kayu besbol diatas tanah lalu bergegas menghampiri lelaki yang suka hati memukul isteri kesayangannya. Tangan Armel dia tarik ke arahnya. Ditendang kuat dada lelaki botak itu sehingga rebah ke tanah.
"Berani kau pukul isteri aku?!" Tengku Hatta mula hilang kawalan.
Mukanya bengis. Dipukul badan lelaki botak itu sehingga terluka. Darah yang mengalir pada wajah Tengku Hatta menampakkan lagi betapa gerunnya dia. Apa yang Armel sedang lihat bukanlah satu pergaduhan yang biasa tapi sangat luar biasa.
Yang dia fokus adalah memandang Tengku Hatta yang nampak sangat mengancam sekali bila mengamuk. Aduh Mel , tak padan dengan lemah. Keadaan lemah macam ni pun kau masih nak menggatal?
"Abang Hatta!"
Tengku Harlan yang baru tiba dikawasan itu terus bergegas mendapatkan abangnya. Sedaya upaya dia hendak menghentikan pergaduhan itu namun tidak berjaya. Kali ini abangnya kelihatan sangat marah. Berkali-kali kayu besbol dihayunkan ke muka lelaki itu.
"Abang Hatta , berhenti! Dah!" Ditolak kasar Tengku Harlan ke tepi. Tengku Hatta masih belum puas memukul lelaki yang telah menyebabkan Armel lemah. Darah mula membasahi tanah. Merah mata Tengku Hatta sekarang ini.
"Jangan matilah bodoh! Bangun!" Satu pukulan diberikan pada kaki lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu.
"Aku kata bangun!"
"Hatta! Berhenti!" Figura Tengku Hakim mula kelihatan.
Dia dan beberapa anak buahnya meluru ke arah Tengku Hatta. Pergaduhan akhirnya dileraikan dengan adanya bantuan anak buah Tengku Hakim. Bahaya betul Tengku Hatta. Sampai pengsan orang dibuatnya.
"Lepas! Hatta nak bunuh lelaki ni!" Dia meronta-ronta. Tajam matanya memandang insan yang lemah itu.
"Hatta! Sudah! Mel perlukan Hatta sekarang ni!" Apabila nama Armel disebut , Tengku Hatta terus berhenti mengamuk. Perlahan dia bangun, lalu segera mencari kelibat Armel di sekitar tempat itu. Pantas Tengku Hatta berlari mendapatkan Armel yang kelihatan lemah saat itu.
☆☆☆
Setibanya mereka dihospital , Tengku Hatta membaringkan tubuh isterinya pada katil pesakit. Lelaki itu risau. Hatinya bagaikan dihiris-hiris bila melihat keadaan Armel sekarang ini. Hujung bibir Armel luka. Pedih hatinya melihat Armel lemah sebegitu.
"Mel bangun Mel." Beberapa orang jururawat mula menolak katil pesakit menuju ke bilik wad. Tengku Hatta turut membantu. Seorang jururawat yang mahu membawanya ke bilik rawatan ditolak ke tepi. Dia tidak kisah luka pada badannya. Yang dia kisah adalah Armel.
"Hatta? Kenapa ni?" Kebetulan Tuan Chaisai juga berada disitu. Dia mengenakan jaket putih pada badan. Katil pesakit yang menempatkan Armel dipandang. Ya Allah , macam mana boleh jadi macam ni?
Tiada jawapan dari Tengku Hatta. Tangannya naik menyentuh kepala yang terasa sakit akibat dihentak kuat. Penglihatannya mula kabur. Rasa sakit dikepala mula menyengat sehingga ke seluruh tubuhnya.
"Abang Hatta? Phyābāl! (Nurse!)," jerit Tengku Harlan.
Dia sempat menyambut Tengku Hatta yang hampir jatuh ke lantai. Beberapa orang jururawat mula datang. Dengan pantas tubuh lelaki itu dibaringkan ke katil pesakit. Sewaktu dirinya sedang dibawa jauh dari Armel , Tengku Hatta sempat memandang Armel yang sudah hilang dari pandangan. Baru sekarang rasa sakit pada seluruh badannya mula mencengkam kuat dadanya.
----
Maaf kalau hambar.
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...