"Abang , tak payahlah ikut ayah pergi sana." Sedaya upaya Armel memujuk Tengku Hatta supaya membatalkan niatnya hendak menemani Encik Rifqi ke lapangan terbang.
Bukan apa , tadi pagi Encik Rifqi ada mengajak Tengku Hatta untuk pergi bersamanya. Armel yang mendengar mula berasa curiga dengan kelakuan ayahnya. Dia tahu ada sesuatu yang ayahnya mahu lakukan terhadap Tengku Hatta disepanjang perjalanan menuju ke lapangan terbang.
Tidak semudah itu Armel membiarkan Tengku Hatta pergi. Dia takut kalau Encik Rifqi dan anak-anak buahnya berbuat sesuatu kepada Tengku Hatta. Walaupun rancangan itu adalah rancangan ayahnya sendiri , namun Armel tetap tidak rela membiarkan suaminya dijadikan mangsa keadaan. Kalau Tengku Hatta pergi , mungkin Armel tidak akan berjumpa dengan lelaki itu sampai bila-bila.
"Kenapa pula? Ayah cuma nak abang temankan dia pergi airport jelah. Bukannya buat apa-apa pun." Tengku Hatta senyum tanpa Armel sedari. Dia tahu kenapa Armel bersungguh-sungguh memujuknya supaya tidak mengikuti Encik Rifqi. Dia takut kalau ayahnya apa-apakan suami tercintanya ini.
Setiap rancangan Encik Rifqi semuanya berada dalam kepala Tengku Hatta. Dia tahu semua rahsia lelaki itu. Orang upahan Tengku Hakim berjaya menyamar menjadi anak buah kepada ayah Armel. Kiranya secara senyap mereka akan memberitahu Tengku Hatta dan yang lain tentang rancangan jahat Encik Rifqi itu. Musuh dalam selimutlah katakan.
"Tak payahlah pergi. Abang temankanlah Mel dekat rumah ni. Mel bosanlah," pujuk Armel lagi. Kali ini dia bersuara manja , berharap agar lelaki itu kalah dengan pujukannya.
"Not today , Mrs. Jonathan. Sebagai menantu yang baik , abang kena ikut apa yang ayah mertua abang suruh. Jaga diri," ujar Tengku Hatta lalu mengucup dahi Armel.
Kemudian dia menghampiri pintu untuk segera turun ke tingkat bawah. Tetapi sebelum kakinya menapak keluar dari bilik , Armel sudah melekat dimuka pintu itu. Badan kecilnya menutup pintu yang terbuka luas. Kepala digeleng laju tatkala Tengku Hatta menarik lembut tangan Armel supaya menjauhkan diri daripada pintu. Namun Armel tetap tidak berganjak. Geli hatinya melayan kerenah Armel sangat manja dengannya.
"Janganlah pergi..." rengek Armel sangat manja. Lelaki itu menggeleng kecil , menandakan bahawa dia tidak akan termakan dengan pujukan Armel. Bersama gelengan , Tengku Hatta senyum.
"Janganlah macam ni sayang. Abang cuma temankan ayah pergi airport je. Abang janji abang tak akan cuci mata tengok perempuan cantik dekat sana. Janji," kata Tengku Hatta , ketawa dia tahan.
"Mel kata jangan pergi , jangan pergilah. Abang tak kesian dekat Mel ke asyik merayu macam orang gila macam ni?" Dada bidang suaminya ditolak ke belakang. Menghalang Tengku Hatta daripada terus menapak ke hadapan.
Macam mana aku nak halang Hatta? Kalau ayah buat sesuatu dekat dia , macam mana? Tak , ini tidak boleh dibiarkan. Lantaklah kalau aku terpaksa khianati kepercayaan ayah! Nyawa Hatta lebih penting untuk aku. Dan aku akan berperang habis-habisan untuk menghalang Hatta daripada melimpasi pintu lorong hitam ini!
"Kenapa dengan Mel ni? Biarlah abang temankan ayah. Abang pergi sekejap je. Peliklah abang denga... astaghfirullahalazim..." Tengku Hatta pasrah apabila Armel menariknya menuju ke katil. Gari besi yang berada didalam laci dicapai lalu mengunci pergelangan tangan Tengku Hatta ditiang katil. Tengku Hatta ternganga. Sampai macam ni sekali Mel halang aku?
"Apa salah abang sampai kena gari macam ni?" soal Tengku Hatta , terkejut sebenarnya.
"Sebab abang tak ikut apa yang Mel nak! Duduk situ diam-diam!" Armel berura-ura hendak melenyapkan kunci gari ke dalam mulutnya. Mujur dia cepat sedar. Telan kunci? Apa hal?
Tengku Hatta pula menyembunyikan senyumannya. Dia lagi suka kalau Armel berbuat begini. Sebenarnya dia pun tak ingin menemani Encik Rifqi pergi ke sana. Tapi rancangan Tengku Hakim punya hal , terpaksalah ikut.
"Buka gari ni please. Ayah dah tunggu dekat bawah tu. Kesian dia tunggu abang."
"Tak nak. Mel kata jangan pergi janganlah pergi. Abang tak sayangkan Mel ke?" Geram lelaki itu dengan sikap Armel yang manja. Haih , masa nilah dia berani bermanja dengan aku. Sebelum ni tak pernah pun.
"Mel sayang , buka gari ni?" pinta Tengku Hatta dengan muka sepuluh sen.
"No."
"Bukalah."
"Tak nak."
"Armel Ariana , thami dūx cang? (Armel Ariana , mengapa kamu begitu degil?)," tanya Tengku Hatta. Dia ingat Mel faham ke apa yang dia cakap tadi?
"Chan dūx pherāa thex! (Saya degil kerana awak!)" jawab Armel. Bangga sebenarnya kerana berjaya menjawab pertanyaan Tengku Hatta. Eleh , dia ingat hanya dia je ke yang tahu berbahasa Thailand? Aku pun tahulah! Tapi sikit-sikit jelah.
Mata lelaki itu terbuntang luas. Armel? Bertutur dalam bahasa Thailand? Sejak bila dia belajar pulak ni? Tengku Hatta menekup mulut. Menahan ketawa sebenarnya. Disambar tangan Armel lalu dibawa duduk disampingnya. Rambut Armel yang serabai diselitkan ke telinga. Lawak betul isteri aku bercakap dalam bahasa Thailand.
"Sejak bila Mel pandai berbahasa Thai ni?" tanyanya ingin tahu.
"Sejak Mel tahu yang suami Mel ni kacukan Thai." Armel memeluk tubuh. Lucu juga bila diingat semula kata-katanya tadi.
"Ye ke? Okey. Abang tanya , Mel jawab tau."
Armel membuat muka cemberut. Dia mengganggukkan kepala.
"Khun rak chan? (Awak sayang saya?)," tanya Tengku Hatta dengan senyuman.
"Chan kelīyd khun? (Saya benci awak?)." Armel bingung. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang dia katakan sebentar tadi. Apa yang terlintas dimindanya , terus dikeluarkan. Hantam sajalah!
Tengku Hatta pula membesarkan mata. Dia kata apa? Bencikan aku? Oh tidak.
"Mel benci dengan abang?"
"Eh taklah. Mel jawab Mel sayangkan abanglah tadi. Kenapa?" Armel menayangkan muka cemberut sebelum dagunya digosok perlahan.
"Mel cakap dengan abang tadi yang Mel benci dekat abang. Betul ke?"
Aku cakap macam tu ke tadi?
"Taklah mana ada. Oh mungkin Mel tersalah cakap kot? Hehe."
Tengku Hatta menjongket bahu. Apa-apalah! Tanpa berlengah , lelaki itu terus merampas kunci dari genggaman tangan Armel. Sepantas kilat dia berjaya membuka gari itu. Baru sahaja Armel hendak merampas semula kunci itu , Tengku Hatta terus memasukkan kunci itu ke dalam bajunya.
"Nak ambil? Boleh. Tapi Mel kena buka baju abanglah baru boleh dapat. Nak ke?" ugutnya dengan sengihan nakal. Armel mengalah. Kalau cara ni tak jalan jugak , aku tak ada cara lain. Aku kena ikut Hatta pergi sana jugak!
"Mel nak ikut." Lelaki itu menoleh.
"Nak ikut? Jomlah."
Jelingan tajam Encik Rifqi membuatkan Armel naik seram. Mel ikut kami ke? Dah kenapa pula dia nak ikut!
"Erk.. Mel nak ikut kami ke?" soalnya.
"Ya. Mel nak ikut. Kenapa? Tak boleh?"
Lelaki tua itu mengetap kuat bibirnya. Geram dengan anaknya yang tiba-tiba mahu ikut sama. Dia tahu Armel akan menghalang rancangannya untuk melenyapkan Tengku Hatta untuk selamanya. Kalau Mel ikut , rancangan aku macam mana?
Tanpa mereka sedar , Tengku Hatta dan Tengku Harlan berbalas pandangan. Mereka juga mempunyai rancangan mereka sendiri. Mel jangan risau , abang akan selalu ada disamping Mel sampai ke hujung nyawa.
-----
Vote & Comment if like this story. Feel free to share my story with your friends. Thank you ❤
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...