Bab 19

6.2K 285 11
                                    

"Abang tak nak bawa Mel pergi jalan-jalan lagi ke?" Kini sudah masanya untuk Armel memanggil Tengku Hatta dengan panggilan abang. Peristiwa kemarin merupakan satu langkah yang baik dalam hubungan mereka. Walau apa pun yang terjadi , aku tetap berada disampingnya. Aku mula sedar... yang aku mula mencintainya dalam diam. Biarpun ucapan cinta masih belum aku luahkan padanya , namun aku perlu memastikan dahulu perasaan ini.

"Awak cakap apa?" Dokumen kerja dilempar ke kanan oleh Tengku Hatta sebaik sahaja mendengar Armel memanggilnya dengan panggilan abang. Bergetar tulang rusuk dibuatnya.

"Tak nak ke bawa Armel jalan-jalan lagi?"

"Bukan itu yang abang....eh abang pula. Bukan yang tu saya nak dengar , saya nak dengar perkataan yang pertama sekali awak sebut. Ulang boleh?" Tengku Hatta membuat muka ceria. Dia bangun dari duduk. Armel yang malu-malu hendak memandang ke matanya diketawakan olehnya.

"Kenapa awak gelak?" Armel bertanya tanpa menoleh ke arah suaminya. Rasa malunya semakin menebal. Tak tahu nak letak muka dekat mana.

"Saya gelak sebab muka awak merah."

"Mana ada." Armel muncungkan bibir lagi tanpa dia sedari. Laju Tengku Hatta mengucup bibirnya dengan sengihan nakal. Dia tahu apa yang bermain diminda isterinya. Malulah tu.

"Muncungkan bibir lagi. Kan dah kena kiss dengan saya." Tengku Hatta senyum namun selang beberapa saat senyumannya mati. Armel sangat menguji kesabarannya. Apa taknya , muncungkan bibir beberapa kali dengan malu-malu kucing lagi tu. Terserlahlah siapa yang lagi gatal disitu.

"Sejak bila awak pandai menggatal dengan saya ni? Siapa yang ajar?" soal lelaki itu.

"Tengku Hatta Jonathan yang ajar. Pergi pukul dia. Dia penyebab saya dah pandai menggatal dengan awak sekarang ni." Armel memeluk suaminya. Erat dan hangat sekali berada didalam pelukan seorang suami.

"Mana Tengku Hatta tu? Biar saya ajar dia. Suka hati dia je kan ajar isteri saya menggatal macam ni?" ujar Tengku Hatta. Pelukan Armel dibalas. Dicium ubun-ubun Armel sebelum bibirnya beralih mengucup seluruh wajah Armel yang kecil.

Tiada jawapan daripada Armel. Dia bahagia bila bersama dengan Tengku Hatta. Rasa takut hendak jatuh cinta untuk kali kedua hilang begitu sahaja setelah dia bertemu dengan lelaki itu. Layanan manjanya , sikapnya yang maco plus kadang-kala pandai berubah membuatkan Armel hendak memiliki cintanya.

"Berbalik kepada soalan saya tadi , boleh tak awak ulang balik perkataan indah tu?" tanya Tengku Hatta dengan penuh harapan. Diangkat tubuh Armel lalu diletakkan diatas katil. Barulah nampak tinggi!

"Abang," kata Armel dengan penuh manja.

"Cakap lagi sekali?"

"Abang."

Kebahagiaan yang dirasakan sekarang ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hadirnya insan tercinta ini merupakan takdir yang paling terindah dalam hidupnya. Larilah sejauh mana sekalipun. Selatan? Utara? Kalau sudah jodoh , memang takkan ke mana.

"I love you," ucap Tengku Hatta dengan penuh harapan agar Armel membalas ungkapan cintanya itu.

"I... I nak pergi toilet. Nak tukar baju!" Armel turun dari katil. Dia berlari laju hendak meloloskan diri ke dalam kamar mandi namun dihalang sekeras-kerasnya oleh Tengku Hatta. Tubuh kecil itu kembali diletakkan diatas katil. Ditepuk lembut pipi Armel tanpa menyakitinya.

"Apa ber I dengan saya? Mana perginya abang?"

"Abang kan ada depan mata Mel sekarang ni." Armel menyubit hidung Tengku Hatta.

Lelaki itu hanya senyum. Berbunga-bunga hatinya bila bersama dengan insan tersayang. Pandai Armel mengambil hatinya.

"Boleh tak abang..." Tengku Hatta ketawa. Mukanya merah menahan malu. Nak sebut panggilan abang memang susah.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now