"Terima kasihlah sebab sudi betulkan semula pintu rumah saya ni."
"Sama-sama Tengku. Hal kecil je ni. Nanti kalau ada kerosakan lagi , call je saya."
"Mestilah."
Tengku Hakim bergelak ketawa bersama pekerja yang telah memperbaiki pintu utama yang tercabut semalam. Bahagia rasanya tengok pintunya tersergam indah didepan mata. Gara-gara Tengku Hatta , habis rosak isi rumah ini.
"Dad," tegur Tengku Hatta. Mukanya kelihatan serius.
"Xari? (Apa?)"
"Ćhán khid wā ćhan xyāk ca phā kheā pi meūxng thiy (saya rasa saya mahu membawanya ke Thailand)," ujar Tengku Hatta dengan keluhan. Selepas terjadinya kejadian semalam , Tengku Hatta risau dengan keselamatan Armel. Jika gadis itu tinggal di sini akan jadi sangat sukar untuknya hidup bebas seperti orang lain. Nak jadi isteri kepada mafia ini memang sukarkan? Nyawa selalu dalam bahaya.
"Huh? Nak pindah ke Thailand ke? Dr. Armel macam mana? Dia setuju?" tanya Tengku Hakim ingin tahu.
"Tak. Hatta belum bagitahu lagi dekat dia pasal ni. Lepas kejadian semalam tu , Hatta takut kalau Armel jadi taruhan sebab dia kahwin dengan lelaki yang..."
"Khêācı (faham). Apa je keputusan Hatta , daddy ikutkan je. Eh tapikan.." Lelaki tua itu melirik anak lelakinya yang kelihatan resah. Senyuman terukir dibibirnya.
"You love her , right?" usiknya dengan sengihan. Rambut Tengku Hatta diserabaikan.
"Taklah. Mana ada. Dia kan isteri Hatta. Mestilah Hatta risau keselamatan dia. Apalah daddy ni." Tengku Hatta mengatur langkah hendak naik ke tingkat atas.
"Mengaku jelah. Macamlah daddy baru kenal Hatta."
"Whatever daddy."
Lelaki tua itu ketawa kecil. Dia menghantar kelibat Tengku Hatta hingga hilang dari pandangan.
"Perjalanan Hatta masih panjang lagi," bisiknya dengan senyuman.
Derap langkah diatur menghampiri si dia yang masih lena dibuai mimpi. Usai menunaikan solat subuh , Armel terus menyambung semula tidurnya. Gadis itu langsung tidak mahu bercakap dengan Tengku Hatta. Trauma mungkin? Suami tanya sepatah , hanya anggukan yang diberikan.
"Bangunlah. Dah pukul tujuh pagi pun masih nak buat tahi mata ke?" perli Tengku Hatta seraya membuka luas tingkap bilik itu. Sinaran cahaya matahari menerangi seluruh bilik itu.
Armel bangun. Dengan perlahan dia turun dari katil namun pergerakannya dihalang oleh Tengku Hatta. Sikit pun gadis itu tidak memandangnya. Sakit jugalah hatinya bila tengok muka beku gadis itu. Rasa nak tepuk je pipi dia.
"Awak marahkan saya?"
"Taklah."
"Jadi? Kenapa dari subuh tadi awak langsung tak bercakap dengan saya?"
"Tiada apa-apa yang saya nak cakap dekat awak. Saya diam jelah." Armel memeluk tubuh. Dipandang sekilas lengan Tengku Hatta yang berbalut itu. Tengku Hatta pun satu , pakai singlet hitam tanpa lengan je sekarang ni. Sajalah tu nak tayang badan dia.
"Sakit lagi ke luka tu?" Armel bersuara lembut.
"Tak. Tempat lain yang sakit." Lelaki itu membuat muka sepuluh sen.
"Dekat mana?"
"Hati saya."
PAP!
"Orang gurau sikit je terus nak pukul. Sakitlah. Nak bunuh suami ke?"
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...