Bab 31

5K 229 12
                                    

Sniper diselaraskan. Sasarannya tepat menunjukkan kepala seorang lelaki tua yang sedang dalam perjalanan menuju ke keretanya. Keadaan yang gelap tidak menampakkan seluruh wajah lelaki yang duduk di sebuah tempat usang. Yang kelihatan hanya mata saja. Anak mata kelabunya bergerak memerhatikan tindak-tanduk lelaki tua itu dari jauh.

"Jadi lelaki ni yang... upah orang untuk belasah Hatta?" Lelaki yang dikenali sebagai Satra Ritthirong menjeling sekilas rakannya disebelah. Jelingan matanya saling tidak tumpah seperti Tengku Hatta. Terdapat parut pada keningnya.

"Dia lah orangnya. Orang yang menyebabkan adik kau masuk hospital hari tu." Austin Tanawat , rakan Satra sejak kecil.

Lolipop yang masih tersisa didalam mulutnya digigit sehingga hancur. Terserlah gigi taringnya. Tiba-tiba Satra menumbuk dinding bangunan usang itu sehingga hancur. Akibat tumbukan yang kuat , dinding itu terbuka luas sehingga menampakkan seluruh wajah kacaknya.

Mata , hidung , bibir dan raut wajahnya mirip seperti Tengku Hatta. Yang membezakan mereka adalah parut pada kening dan riak muka garangnya.

"Chan mi txngkār seīy welā xīk tx pi, (saya tidak mahu membuang masa lagi,)" ujar Satra seraya menekan picu penembak sehingga menembusi kepala Encik Rifqi. Dari jauh lagi tubuh lelaki tua itu sudah rebah ke tanah dengan berlumuran darah.

"Khun hmāy thung xari? (Apa maksud kau?)," tanya Austin bingung.

Satra bangun. Tudung hoodie ditarik ke hadapan.

"Aku nak jumpa keluarga aku sekarang juga."

"Tak boleh! Kalau atok tahu macam mana?"

"Biar dia tahu. Sejak dari dulu lagi dia pisahkan aku dengan keluarga kandung aku. Tak habis-habis nak control itu ini. Menyampah tahap tong gas aku!" luah Satra seraya menyengetkan bibir. Mulutnya bergerak mengata atoknya dalam diam. Ayah kepada Tengku Hakim.

Tatkala mereka leka mengutuk atok mereka , seorang lelaki membuka pintu lalu menundukkan sedikit kepalanya. Tanpa disuruh , sniper yang dipegang oleh Satra diambilnya lalu diletakkan didalam sebuah kotak berwarna hitam. Jaket hitam yang tersarung pada badan Satra dikemaskan olehnya.

"Atok kamu berdua mengarahkan saya supaya menjemput kamu berdua pulang. Dia sedang menunggu kamu di sana," ujarnya sopan.

Satra menjelingnya tajam. Cermin mata bulat yang dipakai pembantu mereka ditarik lalu diangkat tinggi ke udara. Sejak dari dulu mereka suka membuli pembantu mereka ini. Dengan rambut belah tengahnya lagi , takin baju sampai paras pusat , pahal dho?

"Kau yang bagitahu atokkan yang kami ada disini?" soal Satra. Kini dia pula yang memakai cermin mata tadi. Selang beberapa saat , cermin mata tadi sudah bertukar tangan. Austin pula yang memakainya.

"Erk.. mana ada. Atok kamu yang paksa saya untuk bagitahu dia dimana keberadaan kamu. Saya tak salah. Saya cuma mengikut arahan." Begitu nerd sekali pembantu kepada mafia ini.

Dapat dia mendengar suara dua orang lelaki itu sedang mentertawakannya. Tak guna punya majikan!

"Erk.. mana ada. Atok kamu yang paksa saya untuk bagitahu dia dimana keberadaan kamu. Saya tak salah. Saya cuma mengikut arahan." Satra mengajuk Fern a.k.a si paku pakis lalu menyambung semula ketawanya. Perangai saling tak tumpah macam Tengku Hatta. Suka mengajuk apa yang orang kata.

"Jadi apa yang dia suruh , kau ikutlah? Kalau atok suruh kau terjun bangunan , kau nak ikut?" perli Austin pula.

"Entah dia ni. Asyik-asyik ikut apa yang atok cakap. Kang nanti kepala kau ni Fern , botak dekat tengah-tengah. Sama macam kepala atok kami! Hahaha!" kata Satra lagi. Kali ini ketawa mereka semakin kuat kedengaran.

Disaat mereka ketawa macam orang gila , seorang lelaki tua berpakaian serba hitam muncul dipintu dengan muka yang sukar ditafsirkan.

Dengan perlahan kakinya melangkah menghampiri cucu-cucunya yang kelihatan seronok mengata dirinya botak. Bibir dikemam rapat. Kedua tangannya naik menarik cuping telinga Satra dan Austin. Tak semena-mena mereka menjerit kesakitan. Eric Ginginyangberterabung , merangkap ketua mafia bagi kawasan ini.

Bila nak eja nama atok ni , jangan tersyasyul pula ya. Jangan pula ada yang terbaca Giginyaberterabur! Kang ada yang berterabur gigi kejap lagi. Ayahnya nama gitu , anaknya pula gini. Aduh , pelik aku.

"Argh! Maaf atok maaf!" jerit mereka serentak. Telinga mereka dipulas mengikut arah jam.

"Seronok mengata atok ya? Seronok?!"

"Aduh.. maaf atok." Satra dan Austin sudah insaf. Mereka janji tak buat lagi. Berdenyut-denyut telinga mereka jadinya. Fern yang sedang leka mengetawakan dua budak itu dipandang tajam. Isyarat tangan ditayang.

"Dah jom balik. Kita ada banyak perkara nak diselesaikan." Eric berura-ura hendak berlalu pergi namun dihalang oleh Satra. Dia perlukan keizin dari atoknya untuk membenarkan dirinya berjumpa dengan keluarga kandungnya.

"Atok. Boleh tak Satra nak jumpa keluarga Satra?"

"Boleh cu boleh," jawab Eric lalu membelai rambut Satra bak seorang bayi.

"Boleh. Tapi dalam mimpi. Dah jom balik!"

Terus mati senyuman Satra. Dasar lelaki kerepot ikan kering plus sotong kering! Aku nak jumpa dengan keluarga pun tak boleh! Dah berapa kali aku cuba untuk curi-curi keluar dari tempat tu tapi tak boleh. Dimana-mana saja ada anak buahnya memerhatikan aku! Argh! Atok tua!

You should die!

----

Super short. Sorry. Btw ada watak baru guys. Satra Ritthirong dan Austin Tanawat.

Berdasarkan apa yang awak semua baca dalam bab ini , ada yang tak faham tak? Satra ni abang kembar Tengku Hatta. Kiranya diorang terpisah sejak kecil.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now