Bab 49

4.3K 207 5
                                    

                 "KAU okey tak ni? Kenapa muka kau macam orang tak cukup tidur?" Itulah pertanyaan yang ditanya kepada Tengku Hatta sebaik sahaja dia menuruni tangga rumah. Selimut tebal turut dibawa bersama lalu menutupi tubuhnya yang terasa sejuk dan dingin. Bertentang mata dengan kak ponti punya pasal , sampai demam Tengku Hatta dibuatnya. Menggeletar seluruh tubuhnya.

"Aku okeylah. Cuma demam sikit je," jawabnya , cuba untuk menutup rasa malunya.

Yalah sebelum ini Tengku Hatta tidak pernah melihat makhluk halus yang menakutkan itu. Tup tap semalam masa mahu menyiasat dikawasan luar perumahan mereka , boleh pula kak ponti main sorok-sorok dicelahan semak-samun tu. Siap kena lontar batu lagi tu oleh Tengku Hatta.

"Macam baru lepas nampak hantu je kau ni," kata Tuan Chaisai , dia menggosok dagunya.

"Diamlah kau."

"Nampak hantulah tu.." usik Tengku Harlan.

Dilihatnya abangnya memandang tajam ke arahnya. Kerana terlalu marah bila diusik , Tengku Hatta berlari anak mendapatkan adiknya. Tetapi niatnya terbantut apabila Tengku Harlan bersembunyi dibelakang Tengku Hakim. Tersentak lelaki tua itu dengan sesi kejar-mengejar tadi. Mereka ni... Sudah dewasa pun masih nak bergaduh lagi?

"Kenapa ni Hatta? Harlan?" soalnya.

"Tak ada apa-apa."

"Jadi apa rancangan Hatta lepas ni?" soal Tengku Hakim selepas menempatkan punggung di sofa.

"Harith mati disebabkan dia. Dan sekarang ni dia mula nak pengaruh pemikiran Armel untuk tinggalkan Hatta. Rasanya Hatta nak... tembak dia macam mana dia pernah buat dekat Harith dulu," kata Tengku Hatta , serius.

Bunyi cawan kaca yang telah pecah mengejutkan mereka. Tengku Hatta menoleh ke belakang. Dia terkejut. Dilihatnya Armel sudah berdiri tidak jauh dari mereka semua. Tubir matanya pula mula penuh. Mungkin dia sudah terdengar rancangan Tengku Hatta untuk membunuh ayah mertuanya sendiri. Dendamnya terhadap Encik Rifqi masih belum lunas lagi. Ternampak akan dirinya sedang memeluk Tengku Harith yang sudahpun pergi untuk selamanya.

"Abang cakap apa tadi? N...nak bunuh ayah?" Armel mula menangis.

Sungguh dia tidak menyangka yang suaminya itu ada niat untuk membunuh ayahnya. Jadi apa yang ayah bagitahu aku sebelum ni , betullah? Hatta nak bunuh kami sekeluarga? Masihkah mereka menyimpan dendam terhadap keluarga aku?

"Mel sayang , Mel cakap apa ni?" Tengku Hatta mula menggelabah.

Dia takut kalau dia akan kehilangan Armel suatu hari nanti. Dia tidak mahu kerana disebabkan perkara ini Armel menjauhkan diri darinya. Dengan perlahan tangan dinginnya meraih tangan isterinya namun ditepis kasar oleh Armel.

"Mel.. tak salah dengarkan? Abang nak bunuh ayah Mel..?" Armel menyoal.

Semua orang yang berada diruang tamu mula mendekati mereka. Terutamanya Tengku Hakim. Dia cuba untuk menenangkan menantunya. Salah mereka juga sebab tidak berbincang ditempat lain. Tetapi lambat laun pun perkara ini akan Armel ketahui juga nanti. Sama je ceritanya.

"Sayang salah dengar ni... maksud abang tadi , abang nak-"

"Mel tak pekak lagi abang. Betul ke apa yang Mel dengar tadi? Abang nak bunuh ayah?!" Suara Armel naik satu oktaf. Berkali-kali dada Tengku Hatta ditolak. Hatinya punah , terluka dan kecewa sekali.

Tengku Hatta diam membisu. Dia tidak tahu macam mana untuk berterus-terang pada Armel. Dipandang mata isterinya yang sembab itu.

"Kenapa diam?! Bagitahu Mel!"

"Jawab abang!" Armel mendesaknya.

"Jawab!"

"Ye! Aku memang nak bunuh Rifqi!" Tengku Hatta bersuara lantang. Selimut yang menutupi tubuhnya dihumban kasar ke lantai. Merah mukanya menahan marah.

"Tapi kenapa?!"

"Sebab lelaki tu dah bunuh adik aku! Kau sendiri nampak! Lelaki tua tu tak sesuai untuk dipanggil ayah kau tahu tak?! Aku buat perangkap supaya kau kahwin dengan aku pun sebab aku nak selamatkan kau daripada lelaki tu!" jerit Tengku Hatta tanpa henti.

Menurut apa yang mereka tahu , Encik Rifqi pernah ada niat untuk menjual anak perempuannya kepada lelaki asing untuk dilacurkan. Disebabkan rasa hormatnya seorang lelaki terhadap seorang wanita , Tengku Hatta terpaksa melakukan itu semua untuk kebaikan Armel. Namun perancangan tuhan memang adil. Perasan cinta mula berputik dihatinya untuk Armel.

"Lelaki yang kau panggil ayah tu pernah nak jual kau!" sambungnya lagi.

"Jangan cakap pasal ayah saya yang bukan-bukan! Ayah bukan macam tu!" Armel membalas. Dia menolak kasar dada suaminya sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

"Sejak dari dulu lagi keluarga abang memang ada dendam dengan keluarga Mel! Sebab tu abang fitnah dia kan? Abang nak Mel derhaka dengan ayah Mel sendiri! Abang nak Mel ikut apa yang keluarga abang cakap!"

Suasana tegang itu disaksikan sendiri oleh Tengku Hakim , Tengku Harlan dan Tuan Chaisai Imran. Tiba-tiba pintu utama dirempuh kasar. Terpampang wajah pilu milik Puan Farahin di muka pintu. Hanez yang berada dalam dakapannya dipeluk erat. Puan Farahin tidak tahu macam mana hendak menjelaskan perkara yang baru sahaja berlaku terhadap cucunya. Tersedu-sedu dia menangis.

"Hanez... Hanez..." ujarnya , lemah. Disaat tuala yang menutupi seluruh tubuh bayi kecil itu dibuka , masa itulah banyak darah yang mengalir keluar. Armel bungkam. Dia terus merampas Hanez dari dakapan Puan Farahin.

"Kenapa ni?! Kenapa dengan Hanez?! Kenapa boleh banyak darah macam ni?!" tanya Armel , terdesak sekali. Matanya mencerlung tajam terhadap semua ahli keluarga Tengku Hakim. Kemudian matanya kembali menatap wajah comel milik anaknya. Pergelangan tangan bayi itu dia sentuh. Tiada lagi denyutan nadi yang terasa.

"Maafkan mummy Mel. Masa mummy bawa Hanez bersiar-siar dekat taman , tiba-tiba... tiba-tiba ada orang tembak Hanez dari jauh... mummy..."

Tengku Hakim terduduk lemah di sofa. Satu-satunya cucu yang dia ada sudah kembali bertemu sang penciptanya. Banyak sekali darah yang mengalir.

"Astaghfirullahalazim... Hanez... anak papa," Tengku Hatta menghampirinya. Dia juga menangis.

"Kau buat apa dekat anak aku ni huh?! Kau kata kau nak jaga dia! Tapi apa yang kau buat?! Kau memang saja je kan nak bunuh anak aku!?" Armel memarahi Puan Farahin. Serentak dengan itu kata-kata Encik Rifqi terngiang-ngiang dikepalanya.

Hatta ada niat yang tak baik dekat Mel! Dia nak bunuh cucu ayah! Dia nak bunuh Mel!

"Mel! Hormat sikit mummy! Apa yang jadi dekat Hanez bukan salah mummy. Tapi salah abang. Salah abang sebab tak upah bodyguard untuk jaga mummy dengan Hanez tadi..." sayu suara Tengku Hatta. Dia ingin memeluk Hanez namun dihalang Armel.

"Memang salah kau! Kau dan keluarga kau memang nak keturunan aku mati! Disebabkan kau... disebabkan kau Hanez mati! Kau yang upah orang untuk tembak Hanez kan?!" Armel tidak dapat mengawal perasaan marahnya.

"Betul apa yang ayah cakap! Kamu semua ada niat yang tak baik dekat aku dan anak aku! Termasuk kau!"

"Armel!"

-----

Konflik dah mula. Sabar. Ini baru sikit. *alien smile

Kalau ada typo maaf. Nanti saya betulkan.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now