Bab 43

4.6K 233 3
                                    

T-SHIRT berwarna hitam disarungkan pada tubuh sasanya. Rambut yang masih basah dikeringkan dengan menggunakan tuala kecil. Senyuman terbit dibibirnya apabila memandang Armel melalui pantulan cermin. Selesai sahaja Tengku Hatta mandi , mata Armel tidak berkelip memandang lelaki itu. Dimana saja Tengku Hatta berjalan , pasti anak matanya turut ikut menghantar kelibat suaminya.

Disebelah katil yang diduduki oleh Armel terdapat banyak dokumen-dokumen tebal yang perlu Tengku Hatta semak. Pada mulanya Tengku Hatta mahu menyemak semua dokumen itu dipejabatnya sahaja. Tetapi dalam keadaan Armel yang masih belum pulih sepenuhnya , lelaki itu membuat keputusan untuk membuat kerja dirumah sahaja. Lagipun kalau dirumah senanglah dia jaga Armel.

"Hari ni dan hari seterusnya , abang ada je dekat rumah. Bolehlah abang tengok-tengokkan Mel," ujar Tengku Hatta selepas menyarungkan jam tangan dipergelangan tangannya. Terhiris juga hatinya bila Armel tidak mahu berbual dengannya seperti selalu. Sejak sedar dari koma ni , Armel lebih suka mendiamkan diri sambil menghayati keindahan ciptaan tuhan didepannya.

Armel diam ada sebabnya. Dia yakin bahawa apa yang dia lihat sekarang ini hanyalah mimpi. Lelaki yang berbual dengannya sekarang ini hanyalah angan-angannya sahaja. Dia takut. Takut kalau Tengku Hatta menghilang lagi dari pandangannya. Tidak sanggup lagi Armel mengalami keperitan itu. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Armel yakin semua ini hanya khayalan.

Bagaimana kalau keesokan harinya Tengku Hatta menghilang lagi?

Armel tidak sedar Tengku Hatta sedang menghampirinya. Begitu jauh sekali dia khayal sampaikan tidak sedar wajah suaminya sudah berada didepannya. Tiupan lembut yang menyapa mata kanannya menyedarkan Armel dari khayal. Sebaik sahaja dia nampak wajah Tengku Hatta sangat hampir dengannya , dia terus menjarakkan diri.

Bukan apa ,masih tidak biasa. Keadaan agak kekok sekali ketika ini.

"Berbuallah dengan abang. Dah lama abang tak dengar suara Mel," kata lelaki itu seraya mendekatkan dirinya kepada Armel yang kaku bak ais. Dilihatnya isterinya tetap begitu. Anak mata saja yang bergerak.

"Apa yang Mel nampak sekarang ni bukan mimpi. This is me. Suami kepada Armel Ariana si mak lampir," usik Tengku Hatta. Mendengar gelaran mak lampir disebut , Armel menguntumkan senyuman. Tapi bukankah Armel tidak suka kalau dipanggil dengan nama itu? Kenapa sekarang dia macam suka bila Tengku Hatta memanggilnya dengan gelaran mak lampir?

Melihat senyuman yang selama ini dia rindui , Tengku Hatta juga tersenyum. Tengku Hatta mahu Armel percaya yang semua ini adalah realiti dan bukannya mimpi. Dia tahu Armel masih trauma diatas apa yang sudah terjadi. Dengan perlahan dia meraih tangan Armel lalu dilekapkan ke pipinya. Kemudian dia beralih pula mengucup lembut tangan Armel.

"Kenapa Mel taknak bercakap dengan abang? Mel takut kehilangan abang sekali lagi?" Tengku Hatta bertanya , dia menantikan jawapan daripada Armel. Harapannya untuk mendengar suara ayu milik isterinya punah sekali lagi apabila Armel tidak membuka suaranya. Dia mahu tidak mahu saja untuk menjawab pertanyaan Tengku Hatta.

"Janganlah diam je. Abang rindu nak dengar suara Mel."

KRIK , KRIK.

Lelaki itu mengeluh. Dia meleraikan genggaman tangannya lantas menjauhi Armel. Tiga dokumen biru diambil lalu dibelek-belekkan. Muka kacak itu berubah keruh. Dia buat-buat tidak nampak Armel yang sedang memandangnya. Sakit jugalah hati bila diperlakukan sebegitu. Tinggal satu bilik tapi tak bertegur? Tak ke pelik tu?

Niat Armel untuk membantu Tengku Hatta menyemak dokumennya terbantut apabila lelaki itu terlebih dahulu merampas dokumen tersebut. Tengku Hatta sengaja menguji Armel. Dia mahu tengok sejauh mana Armel mampu bertahan kalau Tengku Hatta tidak menegurnya sepanjang hari. Biar dia rasa apa yang Tengku Hatta rasa.

"Jauh sikit , boleh? Semaklah," perli Tengku Hatta.

Armel sedikit terkejut. Dia menjarakkan diri. Matanya mula merah menahan rasa sedih. Tengoklah sekarang ini , Tengku Hatta mahu Armel menjauhinya. Tubir mata Armel mula bertakung. Hanya menunggu masa sahaja hendak jatuh membasahi pipi. Suara esakan tangisan Armel tidak diendahkan oleh Tengku Hatta. Dia buat-buat bodoh sambil membaca satu-persatu isi kandungan yang tertulis pada kertas kerjanya.

"Diam boleh tak? Orang tak boleh nak fokus," perlinya lagi. Sebuah jelingan diberikan pada Armel membuatkan hati isterinya semakin sebak.

"Orang tengah buat kerja ni kan? Jangan kacau. Pergi main jauh-jauh." Tengku Hatta menjarakkan diri apabila Armel mula mendekatinya. Disebalik muka dingin yang ditayang oleh lelaki itu , tersimpan rasa gembira. Lelaki itu menampar bibirnya. Cuba untuk tidak menguntumkan senyuman.

"Apa ni? Jauh sana. S.E.M.A.K. Semak." Tengku Hatta menambah lagi tetapi kali ini suaranya tegas.

"Nak peluk." Akhirnya Armel membuka suara.

Dia sudah menangis teresak-esak. Dia sudah bersedia untuk dipeluk oleh lelaki itu. Semalam pun masa Tengku Hatta peluk Armel terus dia siku perut lelaki itu. Tiada peluang Tengku Hatta mahu bermanja-manja dengan isterinya yang sekian lama koma di hospital. Tatkala dia mahu memeluk suaminya , Tengku Hatta pula jual mahal. Ditepis lembut tangan Armel.

"Tak payah peluk. Pergi peluk tiang sana," tegas Tengku Hatta.

"N...nak peluk..."

"Tak payah."

"Mel rindu," luah Armel , merah hidungnya.

"Tapi abang tak rindu," nafi Tengku Hatta , bibir dikemam rapat.

"Janganlah buat Mel macam ni... Mel tak nak abang tinggalkan Mel lagi."

"Nak buat juga. Abang nak tinggalkan Mel lepas ni. Lepa..." kata-kata Tengku Hatta terhenti apabila Armel terus memeluk erat tubuhnya. Dengar sahaja perkataan 'abang nak tinggalkan Mel lepas ni' ,  terus dia sebak. Lelaki itu tersentak.

"Janganlah tinggalkan Mel..." Suara Armel tidak berapa jelas. Masa dia bercakap tu pun mukanya dia sembamkan ke dada bidang Tengku Hatta.

Senyuman yang sudah lama ditahan akhirnya menghiasi wajah kacaknya. Lelaki itu meleraikan pelukan. Wajah Armel yang dibasahi dengan air mata dihapusnya. Dokumen-dokumen yang menjadi pemisah diantara mereka ditolak ke tepi oleh Tengku Hatta.

"Abang main-main jelah. Abang tak akan tinggalkan Mel lagi," ucapnya , romantis. Armel tidak mampu berkata-kata lagi. Dia ingin memeluk Tengku Hatta sampai bila-bila. Sekali pun tidak mahu meleraikannya. Tatkala Tengku Hatta mendepakan tangannya ke arah Armel , dia terus memeluk Tengku Hatta. Erat. Sangat erat.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now