"LEPASKAN saya! Buka tali ni!" Armel menjerit sekuat hatinya berharap agar ada insan yang baik hati mahu menolongnya ketika ini. Namun sudah beberapa kali dia terpekik begitu didalam bilik yang dia sendiri tidak tahu macam mana rupanya. Matanya ditutup dengan menggunakan kain. Yang Armel nampak hanyalah kegelapan. Tangan dan kakinya pula diikat dikerusi. Pergerakannya terbatas.
"Diamlah kau! Tak penat ke asyik menjerit je?!" Suara garau milik seorang lelaki membuatkan Armel terdiam. Berkali-kali dia cuba untuk meleraikan ikatan pada tangannya namun tidak berjaya.
"Siapa kau hah?! Kenapa kau culik aku?!" Armel bertanya lagi dengan suara yang kuat.
"Aku Hezri. Dan yang ini Owen. Bos kami yang suruh kami culik Puan Armel dan bawa cik pergi sini. Relakslah. Kami takkan buat apa-apa pun dekat Puan," ujar Hezri.
Bos? Jadi ada orang yang upah mereka untuk culik aku? Tapi... apa salah aku sampai kena macam ni sekali?
"Siapa bos kau?!"
"Nanti Puan Armel tahu sendirilah. Dah diam! Kami nak buat kerja pun tak senang!"
Bunyi seolah-olah sebilah pisau sedang diheret dimeja mengejutkan Armel. Seram sungguh bunyi itu. Air liur ditelan kelat. Tiba-tiba bunyi pemetik api mula kedengaran. Armel semakin cemas. Bau asap api mula menusuk ke dalam rongga hidungnya. Ya Allah , diorang nak buat apa dekat aku ni? Diorang nak bunuh aku ke? Atau mereka nak bakar aku?
Ya Allah , bantulah aku untuk keluar dari sini.
Armel mula menangis tatkala mengenangkan nasibnya. Dia mengucap dalam hati. Nama Tengku Hatta mula terngiang-ngiang ditelinga. Abang , datanglah ke sini. Mel perlukan abang sekarang ni, desis hatinya.
"Kenapa kau letak barang tu dekat situ? Letaklah didepan dia tu. Hish kau ni , lembab betul! Buat kerja tu cepat sikit! Nanti bos datang , habis kita!" marah Owen.
Bunyi tapak kaki mula memenuhi ruang bilik itu. Semua diam membisu termasuk Armel. Ini mesti bos diorang yang datang!
"Erk... kerja kami dah selesai bos. Boleh kami pergi sekarang?"
"Hrm," balas bos mereka.
"Hei kau! Buka tali ni aku nak keluar!"
Dapat Armel rasakan yang lelaki merangkap bos mereka itu mula menghampirinya. Bunyi kerusi ditarik membuatkan Armel mula terasa tidak selesa. Dia hendak menjarakkan diri namun tidak boleh. Hembusan nafas lelaki itu menderu ke pipinya.
"S...siapa kau? Kenapa perlu culik aku?" Armel bertanya. Dia mula menangis.
"J... jangan sentuh aku! Jangan!" Armel terkejut apabila lelaki itu mula mengusap pipinya. Kemudian bibir merah lelaki itu hinggap ke dahi miliknya. Armel semakin takut. Mahu saja dia bawa kerusi ini untuk lari bersamanya.
Suasana sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah suara tangisan Armel. Kain yang menutupi matanya mula dileraikan oleh lelaki itu. Seluruh tubuhnya menggeletar. Sebaik sahaja ikatan sudah dibuka sepenuhnya , Armel terus mencerlung tajam ke arah lelaki tersebut. Niatnya untuk memaki hamun lelaki itu terbantut apabila melihat seraut wajah yang sangat dia kenali.
"Hai , Mel sayang," ucap Tengku Hatta Jonathan.
Armel bungkam plus terkejut ya ampun. Macam mana pula suami aku ada disini sedangkan aku sendiri yang hantar dia pergi lapangan terbang? Bukankah dia sudah bertolak ke China tadi? Ya Allah , mimpi lagi ke ni?
"Abang...?"
"Terkejut bukan? By the way , do you miss me? Baru je kita terpisah tadi tapi abang dah mula rindukan Mel," ujarnya seraya meleraikan ikatan tali pada tangan dan kaki isterinya pula.
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...