ARMEL tersenyum ditepi tangga apabila melihat telatah keluarga itu berbual diruang tamu. Semua keluarga berkumpul disitu untuk menghiburkan hati Tengku Hatta. Alhamdulillah, selepas tiga hari terbaring di wad hospital akhirnya Tengku Hatta dibenarkan keluar oleh doktor. Didalam kegembiraan hendak pulang ke rumah , terselit juga rasa sedih yang amat.
Pesanan doktor yang merawat Tengku Hatta menimbulkan kerisauan kepada semua orang. Menurut apa yang doktor lelaki itu katakan , keadaan Tengku Hatta semakin merosot hari demi hari. Emosinya tidak stabil. Cepat marah dan suka menyendiri. Kanser diotaknya mula merebak ke tempat yang lain.
Suara ketawa milik Tengku Hatta mengubati luka pada hati Armel saat ini. Kerenah Satra dan Austin lagi , tak payah cakap. Suara ketawa mereka berdua mengalahkan speaker. Mau cakap tertelan mic pun , entahlah. Dari tingkat atas lagi Armel dapat mendengar suara dua rakan itu.
Pada mulanya Tengku Hatta terasa bingung selepas mengetahui identiti Satra. Dia seakan tidak percaya yang dirinya mempunyai kembar. Sejak dari hospital sampailah sekarang , mereka belum habis berbual. Dari ekor mata Armel , Tengku Hatta kelihatan sangat sihat. Seperti tidak sakit. Senyumannya tetap menguntum pada bibirnya. Kadang-kala Armel terfikir juga macam mana kalau satu hari nanti senyuman yang terbit dibibir suaminya akan hilang?
"Kesian Kak Ari kan?" tegur Indira Benz dari belakang. Gadis itu turut memandang ke arah yang sama sambil mencebik.
"Kesian kenapa?" soal Armel , menyampah.
"Yalah , abang Hatta kan tak lama lagi nak mati? Kak Ari tak kisah ke kalau jadi janda? Janda muda? Hahaha," sindir Indira. Sebenarnya dia terpesona melihat Satra yang duduk disebelah Tengku Hatta. Baginya , Satra lebih mengancam daripada Tengku Hatta.
"Kalau kau tak nak kena tampar dengan aku , lebih baik kau diam," marah Armel. Dadanya naik turun.
"Marah ke tu? Marah sebab tak lama lagi jadi janda? Oh! Faham. Suami dah nak matikan memang akan meroyan macam ni-"
PANG!
Akhirnya , tangan Armel naik menampar pipi berdebu tebal milik Indira Benz. Gadis itu terdorong ke kanan. Matanya terbuntang luas memandang Armel. Berani dia tampar aku? Berani dia?!
"Apa masalah kau ni arh?!" Indira Benz bersuara mengejutkan semua orang. Tengku Harlan paling laju melangkah mendekati kakak iparnya sebelum yang lain membuntuti langkahnya.
"Kau dah melampau Dira! Jangan sampai kaki aku pulak yang naik!" Armel geram. Membara hatinya apabila Indira Benz suka hati berkata Tengku Hatta akan mati tidak lama lagi.
"Kenapa ni kak? Apa yang si mak lampir ni buat?" Tengku Harlan menyoal.
"Dia cakap-" Niat Armel hendak memberitahu semua orang terhenti apabila dia terlihat Tengku Hatta sedang menghampirinya. Sabar Mel sabar. Jangan disebabkan kau tengah marah , perasaan suami kau terguris.
"Cakap apa kak?"
"Dira kata... Muka Harlan macam siput kering," tuduh Armel , berniat untuk menukar topik.
Mata Tengku Harlan mencerlung tajam ke arah Indira Benz. Merah mukanya bila dikata begitu. Muka hensem macam aku ni dia cakap siput kering? Kalau aku siput kering , dia pula apa? Aku tahu! Ikan kering!
"Too much! Sebelum aku simbah asid dekat mu-"
"Lan. Benda boleh bincang , buat apa nak marah?" pintas Satra seraya berdiri dihadapan Indira Benz. Senyuman paling mengancam diberi.
"Kau... memang menyusahkan," kata Satra sebelum naik ke tingkat atas. Malas mahu melayan kerenah gadis tak cukup umur itu. Daripada terus nak bertekak , lebih baik aku tidur!
"Apa?!" Indira Benz fikir Satra mahu minta nombor telefonnya dan mahu berkenalan dengannya. Tetapi harapannya punah apabila itu ucapan yang diberi oleh Satra.
"Sudahlah. Apa gaduh malam-malam ni?" Tengku Hakim menggeleng kecil. Tidak faham dengan sikap anak saudaranya yang suka mencari pasal.
"Bang Austin , main game jom?" cadang Tengku Harlan sambil menguntumkan senyuman. Austin memang sekepala dengan Tengku Harlan. Dalam bab game , dia memang arif. Termasuk mempermainkan perasaan kaum wanita. Hoho
"Jom!" Dua lelaki itu berjalan beriringan menuju ke ruang tamu.
"Hrm Mel , bawa Hatta naik ke bilik. Suruh dia makan ubat. Lepas tu suruh dia tidur. Hah lepas tu-"
"Mummy , Hatta tahu nak buat apa." Tengku Hatta tersenyum. Sejak dari hospital sampailah ke sini , Puan Farahin tidak habis-habis mengingatkan Armel supaya buat itu ini.
Armel memaut pinggang suaminya lalu dengan langkah yang perlahan , dia membawa Tengku Hatta masuk ke dalam bilik.
"Baik-baik," bisik Armel. Tengku Hatta menghempaskan tubuhnya ke katil. Sesungguhnya dia amat merindui katil ini.
"Abang tunggu sini ye. Mel nak ambil ubat abang kejap," kata Armel tergesa-gesa. Namun belum sempat dia berjalan menuju ke almari , Tengku Hatta tiba-tiba mengangkat kakinya tanda tidak mahu Armel pergi. Armel mengangkat kening tanda apa? Bibirnya memuncung ke depan. Tak semena-mena Tengku Hatta tersenyum memandangnya.
"Ambil ubat tu cepat sikit," pesannya.
Armel menggangguk. Dengan pantas kakinya menuju ke arah almari. Ubat-ubatan milik suaminya diambil lalu dibawa ke katil. Teko berisi air mineral dituang ke dalam gelas. Tengku Hatta pula sudah duduk bersila diatas katil. Dipandang lama Armel yang sedang mengeluarkan ubat-ubatan pada botol kecil itu dengan senyuman.
Dia rindu dengan isterinya. Rindu mahu mengusiknya seperti dulu. Sebelum ini mereka selalu bermasam muka sejak penyakit Tengku Hatta semakin teruk.
"Telan ubat ni ya? Say aaaa?" Armel membuka mulut berniat mahu Tengku Hatta melakukan perkara yang sama.
Lelaki itu tidak bercakap. Tanpa berlengah dia terus membuka mulutnya. Matanya langsung tidak berkelip merenung Armel. Dengan bantuan isterinya , Tengku Hatta meneguk air itu. Terasa loya tekaknya hendak menelan segala ubat-ubatan yang dibagi oleh doktor.
"Okey. Sekarang ni abang tidur. Mel nak turun bawah kejap. Nak isi teko ni." Armel berura-ura hendak mengangkat punggung tetapi Tengku Hatta menghalangnya. Disambar lembut lengan Armel lalu ditarik ke arahnya.
"Mel belum bagi abang ubat yang satu tu lagi," ujar Tengku Hatta. Kening diangkat berkali-kali sebelum bibirnya menguntum senyuman nakal. Dia mahu meluangkan masa dengan Armel sebelum dia pergi untuk selamanya.
"Ubat yang mana?" Armel menyoal balik , tidak faham apa sebenarnya maksud disebalik kata-kata suaminya sebentar tadi.
"You." Laju lelaki itu menjawab. Teko yang dipegang oleh Armel dicapai lalu diletakkan diatas meja lampu. Ikatan rambut Armel pula ditarik lembut. Rambut isterinya yang panjang menawan dihidu. Haruman rambut Armel membuai dirinya.
"I miss you," ucapnya dengan renungan mata yang menawan. Dikucup dahi Armel sebelum tubuh isterinya dibaringkan perlahan ke katil. Jari-jemarinya pula bermain di sekitar wajah isterinya.
"Erm... Abang kena tidur ni. Kena rehat. Kalau abang susah nak tidur nanti macam mana?" Armel hendak bangun namun Tengku Hatta terus menindihnya.
"Abang rindukan isteri abang," luahnya dengan romantis. Tangannya beralih menyentuh bibir Armel.
"T... tapi-"
Renungan tajam yang diberikan Tengku Hatta membuatkan Armel diam. Dia tidak boleh menolak kemahuan suaminya. Dia harus patuh apa saja yang Tengku Hatta inginkan. Termasuklah sekarang ini. Setelah beberapa saat merenung wajah pasangan masing-masing , akhirnya Armel akur dengan kemahuan Tengku Hatta.
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...