Bab 52

5.8K 226 7
                                    

SEBUAH van hitam memasuki perkarangan rumah Encik Rifqi. Terdapat beberapa orang lelaki yang turun dari van tersebut. Sehinggalah seorang lelaki tua berbadan gemuk serta botak kepalanya , tersenyum meleret tatkala bertemu pandangan dengan Encik Rifqi yang sedang menyambut kedatangannya. Dia terus menyapa tetamu kurang diajarnya itu.

"Awal datang. Eh kenapa banyak sangat orang yang ikut lu ni? Takkanlah.."

"Aku memang saja je nak bawa ramai orang bersama aku malam ni. Manalah tahu suami anak lu nanti datang? Maunya aku mati kena tembak dengan dia? Hah sebab tu aku bawa dia orang semua ni. Kalau jadi apa-apa nanti , mereka boleh settle kan suami Armel tu," balas Encik Leong. Dia tertawa.

"Oh. Tapi apa yang lu cakap tadi tu ada silapnya tau," ujar Encik Rifqi membuatkan muka tua Encik Leong berkerut seribu.

"Di mana silapnya?"

"Armel bukan lagi isteri Hatta ma! Dia orang sudah bercerai semalam!"

"Oh ya kah? Bolehlah aku kahwin dengan anak lu nanti!"

"Mestilah!"

Disudut yang lain , Armel duduk didalam bilik itu tanpa sebarang cahaya lampu. Sinaran bulan menerangi bilik itu lalu menampakkan seraut wajah sembab. Dia duduk ditepi katil sambil memeluk lututnya. Tangisannya tidak berhenti sejak tadi. Penyesalan yang tiada kesudahannya. Macam mana Armel boleh menuduh Tengku Hatta bahawa lelaki itu adalah punca anak mereka mati? Kenapa begitu mudah dia mempercayai kata-kata ayahnya?

Armel bukan sengaja melakukan itu semua. Ego dan amarahnya kian membara dalam hatinya lalu mengundang rasa dendam yang amat. Armel tertanya-tanya juga dalam hati , adakah Tengku Hatta akan mencarinya? Sudikah lelaki itu memaafkannya? Dan... masih adakah sisa cinta didalam hati Tengku Hatta untuk Armel? Dia tidak dapat membayangkan kalau lelaki itu sudah membuangnya pergi jauh dari hidupnya. Sudahlah Armel kehilangan anak , lepas tu kehilangan lelaki yang sangat dia cintai. Mampukah aku menempuhi saat-saat memeritkan itu?

Sudah beberapa kali Armel menyusahkan keluarga Tengku Hakim. Biarpun mereka tahu yang Armel adalah anak kepada musuhnya , namun keluarga itu tetap melayaninya seperti ahli keluarga. Begitu banyak budi mereka terhadap Armel. Tetapi apa yang dia balas? Hanya penghinaan semata-mata akibat terlalu marah dengan apa yang telah terjadi. Sebarang penjelasan daripada Tengku Hatta langsung Armel tidak dengari. Yang dia tahu Tengku Hatta salah! Keluarga dia semua salah! Jadi siapa yang salah sebenarnya? Dia ataupun keluarga Tengku Hakim?

"Maafkan Mel... Mel silap..." esaknya dengan tangisan. Dia amat merindui Hanez dan Tengku Hatta.

Sarung tangan kecil kepunyaan Hanez dikeluarkan daripada kocek seluarnya. Ditatap sayu sarung tangan itu sebelum dihidu. Haruman Hanez masih ada. Dapatlah dia mengubati rasa rindunya terhadap anaknya yang telah pergi untuk selamanya. Tetapi macam mana dia mahu mengubati rasa rindunya terhadap Tengku Hatta pula? Lelaki yang telah dia hina , berkata kasar dan dia tidak hormati? Mahu peluk sudah tidak boleh. Armel berbisik dalam hatinya , adakah Hatta juga merindui aku seperti aku merinduinya? Sudah tawarkah cintanya terhadap aku?

"Maafkan Mel daddy , mummy..."

Tangisannya terjeda seketika apabila pintu itu sudah terbuka luas. Terpampanglah dua tubuh yang berlainan saiz di muka pintu.

"Wah... dia nangislah. Macam mana ini?" perli Encik Leong dengan ketawa setannya. Semakin kuat Armel menangis mengenang nasibnya selepas ini. Seorang bapa yang berada disamping lelaki cina itu hanya tersenyum bangga menampakkan barisan giginya yang tidak berapa lengkap itu.

________

TENGKU HATTA dan yang lain sudah bersiap sedia untuk pergi ke rumah Encik Rifqi. Masing-masing membawa pistol sendiri kecuali Tuan Chaisai. Tuan Chaisai mempunyai senjatanya sendiri iaitu penyuntik khas untuk membuat manusia tertidur mahupun pengsan serta-merta. Siapa datang dekat mari , kena suntik dengan dialah! Terus pengsan macam orang kena renjatan elektrik oh!

"Abang Hatta," sapa Indira Benz dengan senyuman. Melihat Tengku Hatta kesulitan untuk melipat lengan bajunya , gadis itu hendak menghulurkan bantuan. Namun belum sempat Indira Benz berbuat begitu , Tengku Harlan pantas menepis tangannya. Gadis itu membulatkan mata. Di mana ada aku disitu ada dia! Kalau aku mahu bermanja dengan abang Hatta , dialah perosak bahagia!

Puih!

"Tak payah nak menggedik dekat sini , Dira. Abang Hatta hanya milik kak Mel saja. Kau boleh pergi duduk ditepi tong sampah sana," perlinya sambil mencebik.

Panas hati Indira dibuatnya. Tanpa amaran ,gadis itu terus menarik rambut Tengku Harlan sehingga lelaki itu terdorong ke depan. Menjerit kesakitan Tengku Harlan dibuatnya. Sudahlah setengah jam dia buat rambut. Cantik dan sangat memukau mata! Tapi munculnya si Indira , merosakkan rambutku yang sangat bergaya!

"Arghh!!"

Tengku Randy mendekati mereka yang sedang leka bergaduh manja itu. Dia tersenyum manis melihat sepupunya diperlakukan sebegitu.

"Korang kahwin jelah," kata Tengku Randy sambil menyarungkan jam tangannya.

"Kahwin dengan dia ni?! Dalam mimpi pun aku tak ingin nak memperisterikan budak tak cukup umur ini. Masak pun tak reti," sindir Tengku Harlan.

"Apa kau cakap?!" Indira Benz bersuara lantang. Dia sudah membuka langkah hendak menumbuk lelaki itu kalau dia terus-menerus menyindirnya.

"Kau pekak ke? Aku cakap kau tak reti masak!" Tengku Harlan menjelirkan lidah sebelum anak matanya diputarkan ke atas.

"Kau ni...."

"Apa gaduh-gaduh ni? Orang dulu-dulu cakap , kalau benci akan bertukar jadi cinta. Hah macam Dira dengan Harlan lah. Mula-mula gaduh lepas tu? Cinta!" sampuk Tengku Rossam dengan lenggokan tangannya. Dia menutup mulutnya hendak ketawa bak anak dara.

"Yelah. Dah tepi!" ujar Tengku Reza.

________

KLEK!

Pintu bilik ditutup Encik Leong serta dikunci sekali. Dia berjalan menghampiri Armel yang duduk ditepi katil.

"Sudah lama aku nantikan saat ini. Akhirnya kau akan jadi milik aku juga," ujarnya sambil menarik peniti yang tersemat pada tudung Armel. Armel menepisnya. Dia menjarakkan diri.

"Keluar!" bentak Armel. Pipinya masih belum kering lagi.

Encik Leong pula semakin mendekat.

"Aku kata keluar! Keluar!"

Tanpa berlengah , Encik Leong terus menyambar tangan Armel lalu menghempas kasar tubuh kecil itu di atas katil. Dengan perlahan butang bajunya dia buka. Terserlahlah perut boroinya.

"Mana boleh begitu. Ayah kau sudah bagi kau dekat aku." Serentak dengan itu , Encik Leong menarik kasar tudung yang melitupi rambut Armel yang menawan. Dia terpegun melihat kecantikan Armel dengan rambutnya yang terurai. Cantik. Sangat cantik!

Lelaki tua itu mula menghampiri Armel yang bersandar di kepala katil. Tangisan dan rayuannya hendak dilepaskan tidak diendahkan.

"Jangan!"

DUM!

Tiba-tiba pintu ditendang dari arah luar sehingga tercabut. Terserlahlah seraut wajah tampan yang menahan geram tatkala melihat seorang lelaki tua sudah menghempap tubuh wanita yang sangat dia cintai. Rahangnya bergerak.

"Abang!"

"Tak guna kau!"

-------

Tukar tajuk lagi :3

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now