Bab 46

4.8K 221 14
                                    

BUNYI deruan ombak membuatkan seorang wanita tersenyum gembira. Hatinya terasa tenang sekali. Serentak dengan bunyi deruan ombak , suara bising datangnya dari arah belakang menyentakkan Armel yang sedang leka menghayati pemandangan pantai.

Dia memusingkan badan. Tidak jauh dari mana dia berada , Tengku Hatta yang sedang mendukung puteri sulung mereka asyik bergelak ketawa dengan bayi yang berumur satu tahun itu. Entah apa yang lucu tak tahulah.

Puteri sulung? Ya , dialah anugerah yang menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga kami. Tengku Hanez Armaya , pernah dengar bukan? Nama itu pernah bermain dimimpiku sewaktu aku masih koma. Aku dan Tengku Hatta bersetuju untuk memberi nama indah itu terhadap anak kami.

Setelah setahun kami menjaga anak kami , segala pahit manisnya kami tempuhi bersama. Walaupun sejak kebelakangan ini Tengku Hatta agak sibuk dengan kerjanya , namun dia tetap meluangkan masa untuk aku dan Hanez. Perasaan gembira yang aku sedang rasakan sekarang ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sejak kehadiran puteri sulung kami , hubungan aku dan suami semakin erat.

"Eh , tengok mama tu. Senyum sorang-sorang," tegur Tengku Hatta sambil menghampiri Armel yang tersenyum simpul dipersisiran pantai. Hanez yang berada dalam dukungan papanya hanya bermain dengan jari-jemarinya.

"Kenapa? Salah ke kalau mama senyum sorang-sorang?" tukas Armel lalu mengambil Hanez. Pipi gebu milik puterinya dikucup laju.

"Tak salah pun. Tapi senyuman yang terukir dibibir Mrs. Jonathan abang ni haruslah tersenyum kerana abang. Tak naklah kalau Mel senyum sebab lain." Lelaki itu mencebik.

"Sebab apa?"

"Yalah manalah tahu Mel senyum sebab nampak lelaki hensem ke yang lalu dekat sini..." Tengku Hatta memandang sekelilingnya. Sempat dia melirik semula ke arah Armel yang tersenyum simpul.

"Memang pun. Mel senyum sebab nampak lelaki hensem dekat sini," ujar Armel , sengaja membuat suaminya sakit hati.

Laju Tengku Hatta menoleh. Cermin mata hitam yang dipakai dibuka. Terserlahlah sepasang anak mata yang sentiasa menjadi idaman Armel. Mata yang membuatkan dia jatuh hati terhadap lelaki itu. Mata yang terpancar dengan penuh rasa cinta. Mata yang bersinar-sinar tatkala si dia menatap wajahnya.

"Apa? Mana lelaki tu?" soal Tengku Hatta berbaur tidak puas hati.

Dia kembali mencari kelibat lelaki yang sedang bersiar-siar dipantai tersebut. Matanya tertancap pada seorang lelaki bergaya sedang melambai tangan ke arah mereka. Panas hati Tengku Hatta apabila Armel membalas lambaian tangan lelaki itu. Baru sahaja Tengku Hatta hendak meluru ke arah lelaki tadi , lengannya disambar oleh Armel. Armel ketawa kecil. Merah muka suaminya menaham geram.

"Gelak kenapa? Lepaslah. Abang nak tumbuk muka lelaki tu. Lelaki tu eh yang buat isteri abang ni senyum tadi?" Dia menunding jari ke arah lelaki itu.

"Taklah. Bukanlah. Lelaki yang buat Mel senyum ada depan mata Mel. Lelaki yang paling hensem yang pernah Mel lihat... ceh." Hidung dicuit tanda luas hati. Niatnya untuk meluahkan kata-mata manis kepada Tengku Hatta terhenti apabila Tengku Hatta menggeletek perut Armel.

Suka kenakan aku ya?

"Eh! Jangan geleteklah! Nanti Hanez jatuh!"

Tengku Hatta menghentakkan kaki lalu membelakangi isterinya. Kononnya merajuk.

"Alah... tak payahlah merajuk. Buruklah muka tu... macam mak lampir," kata Armel sebelum berlari anak. Dia tahu sebentar lagi suaminya akan mengejarnya. Yelah muka sehensem Tengku Hatta tu dikata mak lampir? Siapa yang tak sakit hati oi?

"Oh...mak lampir eh..." Tengku Hatta berlari mendapatkan Armel. Bahaya betul. Anak ada dalam dukungan pun terikut sama dengan sesi kejar-mengejar itu.

Tengku Hatta mencempung tubuh Armel dari belakang. Hanez yang berada dalam dakapan Armel itu dipeluknya erat. Nasib anak tak jatuh!

"Eii! Bahayalah! Nanti Hanez jatuh!" adu Armel , dia tergelak kecil. Malu bila orang ramai mula memandang mereka.

"Tak jatuh punyalah. Suami Armel Ariana ni kan kuat orangnya?" ujarnya sambil kening diangkat berkali-kali. Sengihan nakal yang ditayangkan Tengku Hatta membuatkan Armel geram. Ditarik kuat telinga suaminya sampai melebar.

"Mulut! Jaga sikit! Dah turunkan Mel!"

"Malam ni biar mummy dengan daddy jelah yang jaga Hanez. Lagipun mummy dengan daddy ada dekat restoran sana tu." Bibir dimuncungkan ke depan.

"Kenapa mummy dengan daddy pulak yang kena jaga Hanez? Mel kan ada?" Armel menyoal , masih tidak mengerti maksud Tengku Hatta.

"Apa kata kalau kita bagi dia orang cucu kedua? Tak ke meriah rumah tu nanti?"

Armel mendongakkan wajah memandang langit biru. Otaknya ligat memerah otak. Setelah beberapa saat berfikir , akhirnya Armel menangkap maksud sebenar dari kata-kata Tengku Hatta. Dipukul lembut dada bidang lelaki itu.

Disudut yang lain , kebahagiaan Armel dan Tengku Hatta membuatkan seorang lelaki tua tersenyum sinis. Hanya sepasang matanya sahaja yang kelihatan disebalik tingkap kereta. Tatkala tingkap kereta diturunkan sepenuhnya , terpampanglah seraut wajah yang amat dikenali oleh mereka.

"Mel akan menyesal sebab khianati ayah..." bisiknya sebelum menutup semula tingkap keretanya.

-----

Halu , halu , halu!

Saya sambung balik cerita ni. Saya akan tambah konflik dan sedikit aksi. Disebabkan ramai yang sudi baca cerita saya , saya nak panjangkan lagi bab untuk cerita ini.

Huh , tunggu apa lagi? Jom baca!

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now