Bab 15

6.2K 322 18
                                    

"I love you."

BANG!

Tengku Hatta dan Armel terkejut apabila terdengar bunyi dua das tembakan. Mereka berpaling ke belakang. Seorang lelaki telah melindungi Tengku Hatta dari depan. Dengan perlahan , lelaki itu rebah ke tanah. Tengku Hatta meluru ke arahnya. Susuk tubuh ini... sangat dia kenali. Tapi takkanlah...?

"Harith?" panggil Tengku Hatta seraya membaringkan kepala Tengku Harith ke ribanya. Ditepuk lembut pipi adik bongsunya. Berharap agar Tengku Harith tidak memejamkan mata.

"Lembablah abang Hatta ni..." Tengku Harith bersuara lemah. Banyak darah yang mengalir keluar dari mulutnya. Tembakan tadi tepat menusuk ke bahagian organ penting.  Tetapi sejak bila Harith datang ke sini? Kenapa tiada satu orang pun yang bagitahu aku tentang hal ini?

Armel datang membantu. Ditekan perut Tengku Harith yang terkena tembakan tadi. Dia melakukan itu semua supaya tidak banyak darah yang mengalir keluar. Tidak jauh dari mana mereka berada , terdapat enam orang anak buah Tengku Hakim sedang ligat berbalas tembakan dengan ahli mafia yang sudah lama ingin memburu Tengku Hatta.

Termasuk Tengku Harlan. Sambil dia menembak , sambil dia memandang adik bongsunya yang kelihatan lemah diatas riba Tengku Hatta. Mahu saja dia berlari memeluk Tengku Harith. Tetapi keadaan yang semakin buruk ini membatalkan niatnya. Entah kenapa hari ini begitu banyak sekali ahli mafia yang datang hendak memburu abang sulungnya.

"Tak guna!" Tengku Harlan menghempas kepala salah seorang musuh sehingga menembusi cermin tingkap kereta.

"T.. tak bagitahu Harith pun.. yang abang Hatta dengan... Kak Mel dah okey sekarang ni.." Pandangan Tengku Harith semakin gelap. Wajah abang kesayangannya kian kabur. Dia cuba untuk tidak memejamkan mata. Kerana kalau dia berbuat begitu , mungkin riwayatnya akan tamat begitu sahaja. Dapat Tengku Harith rasakan degupan jantungnya semakin lemah. Niat aku nak jumpa dengan abang Hatta... akhirnya termakbul juga. Mungkinkah hari ini adalah hari terakhir aku melihat wajahnya? Seraut wajah yang sangat rapat denganku sejak kecil.

"Call ambulance!" jerit Tengku Hatta. Air mata jantannya mengalir ke pipi. Melihat keadaan Tengku Harith sekarang ini amat mencengkam kuat dadanya.

"Kenapa Harith buat macam tu? Kenapa! Kenapa tak biarkan abang je yang kena tembak?"

"Mana... boleh macam tu.. Hero dalam cerita mana boleh mati. Be.. betul tak , Kak Mel?"

Armel juga menangis. Tangannya masih menekan luka pada perut adik iparnya. Bunyi das tembakan semakin kuat menerpa ke telinga. Armel bangun. Dia cuba untuk mendapatkan bantuan. Kalau dibiarkan begini , Tengku Harith akan mati. Nak harapkan ambulance? Entah bilanya nak sampai. Keadaan bahaya macam ni , ada ke yang berani nak maju ke hadapan? Sekarang ni aku yang kena buat sesuatu. Aku tak boleh biarkan Tengku Hatta sedih macam ni.

Disudut yang lain , sebuah kereta masuk ke perkarangan kawasan dimana semua ahli mafia berada. Lelaki itu memberhentikan keretanya tatkala terlihat satu susuk yang sangat dia rindui selama ini. Gadis itu.. melimpasi keretanya. Wajahnya kelihatan sembab. Tuan Chaisai bungkam. Mungkinkah itu adalah dia? Cinta yang selama ini aku sia-siakan.

"Ari?" bisik Tuan Chaisai. Dia terus keluar dari perut kereta. Dia membuntuti Armel yang berlari anak disekitar tempat itu. Kenangan manis mula bermain diruang matanya. Disaat Armel tersenyum kerananya , ketawa , gembira bila bersamanya. Membuatkan Tuan Chaisai tekad hendak menebus semula kesilapannya terhadap Armel atau dia panggil dengan nama Ari.

"Ari!" jeritnya seraya memberhentikan langkah. Armel tersentak. Cepat-cepat dia menoleh ke arah suara itu. Waktu seakan-akan berhenti. Lelaki yang telah melukai hatinya , kini berada didepan mata.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now