"I know it! Mesti diorang cuba nak porak-perandakan majlis ni." Tengku Harlan menampar sofa.
"Harith rasalahkan , orang Xavier tu sasarkan Kak Mel je. Mungkin abang Hatta dah tahu sebab tu dia lindungi Kak Mel. Ye dok?"
"Harlan pun fikir benda yang sama. So daddy , nak kami hapuskan mereka? Malam ni?"
Tengku Hakim duduk diantara lima orang bodyguardnya. Mereka semua masih lagi berpakaian baju melayu. Disebabkan kekacauan hari ini , majlis resepsi terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir. Semua tetamu melarikan diri sewaktu mendengar bunyi das tembakan pada waktu itu.
"Harlan ikut daddy. Kita uruskan mangkuk-mangkuk tu malam ni jugak. Harith , jaga semua orang yang ada dalam rumah ni. Pastikan tiada sesiapa pun yang ceroboh masuk ke dalam," ujar Tengku Hakim , dingin lalu bergegas keluar dari rumah. Langkahnya diikuti oleh Tengku Harlan yang sudah bersiap-sedia untuk memberi pengajaran terhadap mangkuk-mangkuk yang telah menembak abang kesayangannya.
"Aduh! Perlahanlah sikit! Pedih tahu tak?" Tengku Hatta menjerit kesakitan apabila Armel selamba saja mengubati lengannya yang kena tembak masa itu. Mujur hanya hujung lengannya saja yang kena.
"Dah siap." Usai mengubati luka pada lengan suaminya , gadis itu terus membalut lengan Tengku Hatta dengan lembut sekali. Dikerling sekilas Tengku Hatta yang bermuka masam.
"Sorry," ucap Tengku Hatta dengan suara yang serak.
"Sorry for what?"
"Yelah lengan sayakan luka? Nak gerak sikit pun rasa pedih. Nampaknya malam ni tak bolehlah kita sambut malam pertama," usik Tengku Hatta dengan sengihan nakal.
Dilihatnya Armel sudah mengangkat tangan mahu memukulnya. Tetapi Tengku Hatta lebih pantas menahan perbuatan gadis itu. Disambar lembut pergelangan tangan Armel. Dia mencebik.
"Nak pukul saya ke sayang? Mana boleh pukul kasar macam tu. Pukul manja dahlah," katanya lalu mengucup laju tangan Armel. Dia tersenyum simpul.
"Eh! Apa ni? Suka hati awak je kan nak cium tangan saya? Nasib baiklah awak tu tengah sakit. Kalau tak dah lama saya kerjakan awak!" kata Armel. Bukan marah sebenarnya tapi malu bila diperlakukan sebegitu oleh Tengku Hatta. Lagi-lagi bila lelaki itu menyandarkan tubuh ke kepala katil. Dengan sengihan nakalnya lagi , ya ampun.
"Saya tak kisah kalau awak nak kerjakan saya sekarang. Tapi tulah , saya penat sangat. Tak larat nak join sekali." Mata dipejam rapat. Sempat Tengku Hatta membuka sebelah matanya lalu ketawa mengekek macam orang gila. Muka Armel merah menahan malu mungkin? Ataupun marah? Tak tahulah.
"Shut your mouth , Tengku Hatta. Dah sakit tu diam-diam jelah." Armel hendak berlalu pergi namun pantas dihalang oleh Tengku Hatta.
"Nak pergi mana? Saya tak habis cakap lagi ni," ujar Tengku Hatta lalu menarik lembut gadis itu agar duduk semula disampingnya. Armel memutarkan anak mata ke atas. Dia akur saja.
"Nak cakap apa lagi ni?"
Diam. Tiada sebarang balasan daripada lelaki itu. Mereka saling berpandangan. Tengku Hatta pula buat muka seriusnya. Ditatap lama sepasang mata milik isterinya yang menawan. Armel menggosok leher. Segan bila ditenung lama oleh suami sendiri. Tidak lama kemudian , Tengku Hatta mengukirkan senyuman manis. Diusap lembut kepala Armel yang masih dilitupi dengan tudung.
"Sekarang ni , awak bukan saja doktor peribadi saya. Malah awak juga isteri saya yang sah. Saya minta maaf kalau perkahwinan kita ni buat awak rasa marah. I promise , rumah tangga yang kita bina ni akan berkekalan untuk selamanya. Awak takkan menyesal kahwin dengan saya. Memang masa ni kita masih belum kenal pasangan sendiri. Tapi sepanjang kita hidup bersama , kita bolehlah kenal dengan lebih rapat lagi," ucap Tengku Hatta dengan senyuman. Dia menyiku lembut lengan Armel. Kening diangkat satu.
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...